Saturday 17 September 2016

Mentor Saya Dalam Shaklee

Wanita dalam gambar ni lah mentor Shaklee akak, ummi Mai Md Saupi. Beliau adalah upline a.k.a mak Shaklee akak, wanita yang telah berjaya pujuk akak join Shaklee hampir 4 tahun yang lalu.



Asalnya kami hanya kenalan facebook, akak adalah customer beliau yang ketika itu menjual barangan bayi (pakaian, mainan dll). Pada masa tu sebenarnya akak dah makan vitamin Shaklee hampir setahun dah, tapi masih belum menjadi ahli. Tapi kan, akak bukan beli Shaklee dengan ummi..

Suatu ketika dalam bulan 9 2012 akak ada nampak beliau share ttg kebaikan vitamin Shaklee di fb..akak pun komen la ttg kebaikan set hamil dan berpantang Shaklee..sbb mmg akak dah mkn masa hamilkan Hanis dan amat berpuashati dgnnya..

Dan bermula dari situ lah ummi mula ajak akak join Shaklee bila dia tau akak belum menjadi ahli..tapi mulanya akak tak berminat tau..hanya selepas kali ketiga beliau ajak join baru la terbuka hati nak jadi ahli..ntah apa la yg beliau jampi kan? Hahaha

Asalnya akak join ahli hanya untuk dapat harga ahli je..untuk makan sendiri la kiranya..tp lps dua minggu akak berdiam diri, dh tgk dlm group mcm2 info disediakan akak pun cuba share kebaikan Shaklee di FB. Mudah nak share sbb akak memang pengguna dan dah rasainya kesannya..

Bila dapat respons positif dr kwn2 fb, akak mula bertanya itu ini dengan mak Shaklee akak ni..sememangnya beliau lah yang banyak bantu akak di awal2 akak mulakan bisnes ini..banyak sangat..!

Sampai sekarang beliau masih tak jemu bagi bantuan pada akak..x jemu "mengetuk" akak yang kadang2 terkeluar landasan ni..maklumlah akak ni dah bekerjaya tetap, anak 6 lak kan..dan sekarang urus rumahtangga dan anak2 sorang diri lak..mmg masa sangat limited. Jadi, ummilah yg selalu bertanya khabar akak..

Akak nak sangat jd mcm ummi mai yg sangat ambil berat tentang anak cucu Shaklee beliau..tapi sampai sekarang masih tak mampu jd mcm beliau sbb kekangan masa yang ada..insyaAllah akak akan cuba aplikasikan apa yang mentor akak ni buat..hendak seribu daya kan?

Inilah serba sedikit kisah akak dan mentor Shaklee akak..banyak lagi nak citer sebenarnya tapi masa sangat terhad untuk menulis..banyak kerja lg nak kena buat ni..hehehe

Oh ya. Gambar ni diambil masa kami sama2 dapat trip percuma Shaklee ke Long Beach, California USA. Antara kenangan terindah akak sejak join Shaklee. InsyaAllah lepas ni banyak trip lg yang kami akan pergi..


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.