Tuesday 20 June 2017

Resepi Red Velvet Almond Cookies Yang Pasti Memikat Selera Semua

Salam Ramadhan yang ke 25. Pejam celik pejam celik kejab je dah nak raya kan? Korang dah ready ke dengan persiapan raya, baju, kuih-muih? Alhamdulillah persiapan raya kami sekeluarga ala kadar je. Tak delah order kuih banyak-banyak, ada jiran tunjuk kuih raya dia ambik order, akak pun order la 2 jenis sebagai meraikan jiran..hehe..



Dalam kepala memang ada plan nak buat beberapa jenis biskut raya tahun ni. Tiap kali tengok resepi biskut raya, berkobar-kobar je rasa nak buat biskut raya. Jadinya, malam tadi sempat la akak membaking Red Velvet Cookies ni. Resepi ni pun akak ambik dari page Cikgu Azlina Ina Fans. Memang best resepi-resepi cikgu Azlina ni tau. Ok jom kita tengok ada tak bahan-bahan ni kat rumah korang, kalau ada boleh buat la malam ni..kejab je ni..


BAHAN-BAHANNYA:

Bahan A
150 gm (1/2 cawan) marjerin
1 cawan gula perang (blh kurangkan sikit jika nak kurang manis).
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren
1 sudu kecil cuka masakan
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 3/4 cawan tepung gandum (akak guna tepung jagung Cap Ros)

Bahan D
Coklat Chips Putih
Almond Slice


CARA MEMBUATNYA:

1. Kacau Bahan A menggunakan whisk hingga sebati.

2. Masukkan Bahan B dan kacau lagi.

3. Masukkan Bahan C (tepung) sedikit demi sedikit dan adun menggunakan tangan.

4. Akhir sekali masukkan Bahan D coklat cip dan almond ikut kesukaan anda. Tapi, kalau tak nak manis, coklat cip tak perlu banyak sangat sebab kalau banyak nanti manis pula jadinya.

5. Adun guna tangan sampai sebati, rehatkan adunan dalam peti sejuk (chiller) lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan tutup bekas dengan plastik wrap atau apa-apa penutup,



6. Panaskan oven suhu 175-180 darjah selsius, sapu loyang kuih dengan marjerin. Ambik adunan kuih tadi, bentuk ikut suka anda, saiz pun ikut suka. Macam akak ni besar sikit, boleh kecikkan sebab dia mengembang juga.





7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Senang je nak buat cookies ni. Rasa dia memang sedap. Korang cubalah sendiri ye. Oh ya, adunan ni kalau buat kecik-kecik boleh dapat dalam 70-80 biji cookies. Akak dapat 3 balang comel ni. Boleh bagi mak dan mertua sorang sebalang raya nanti..

Ok korang, selamat mencuba ya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 18 June 2017

Resepi Choc Chips Almond Yang Rangup dan Sedap

Seminggu lagi dah nak raya, mood nak membaking pun dah kunjung tiba. Tapi, kekadang tu bila fikir buat kuih raya tapi tak sempat tunggu raya, tragis sungguh rasanya kan? Especially untuk para ibu yang ada ramai anak, kalau buat awal kuih raya nampaknya memang tak sempat tunggu raya pun dah habis.



Actually Choc Chips Almond Cookies ni baru kuih ke-3 akak buat untuk raya tahun ni. Tapi seperti biasa, biskut pertama iaitu cornflakes mentega kacang madu dan biskut kedua iaitu semperit dah selamat masuk perut anak-anak. Eh bukan anak-anak saja, ummi pun tumpang sekaki makan dengan diaorang..hehe

Ok kali ni akak nak kongsikan resepi biskut Choc Chips Almond yang akak buat kelmarin buat tatapan korang semua. Boleh juga jadi simpanan akak untuk masa depan. Lain kali kalau nak buat tak perlu bersusah lagi nak cari resepi. Buka je blog akak ni kan?

Untuk pengetahuan korang, resepi ni akak ambik dari page cikgu Azlina Ina Fans yang terkenal dan pemurah dengan resepi-resepinya. Banyak resepi yang dikongsikan di page beliau. Korang boleh la usha page cikgu Azlina untuk dapatkan pelbagai resepi ya.



Untuk resepi yang akak buat ni, sukatannya akak buat 1/2 daripada sukatan cikgu Azlina Ina. Boleh dapat sampai 100 biji dan kalau korang buat kecik-kecik lagi mungkin boleh up sampai 120 biji tau. Rasa? Memang sedap sangat, rangup semua ada. Memang terbaiklah resepi ni. Ok, jom akak kongsikan resepinya.

Bahan-Bahannya:

A
250 gm butter @ marjerin
1 cawan gula perang lembut
1/4 cawan gula putih halus
1 sudu kecil esen vanilla

B
1 bj kuning telur gred c pun ok
1/4 cawan minyak masak


1/2 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil susu tepung (jika suka)
3 sudu besar serbuk koko
3 cawan tepung gandum Cap Ros      

Ni la tepung gandum Cap Ros. Gambar dari page cikgu Azlina Ina
                                                                                


1/2 cawan almond slice @ banyak mana yang korang suka. Almond tak perlu sangai.
1 cawan choc chips @ banyak mana yang anda suka.


CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul bahan A menggunakan whisk hingga sebati.

2. Masukkan bahan B. Kacau lagi hingga sebati.

3. Ayak semua tepung dan serbuk koko kecuali susu tepung, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan A+B tadi, dan adun menggunakan tangan hingga sebati semuanya.

4. Akhir sekali masukkan almond dan choc chips dan adun sebati.

5. Simpan adunan dalam peti sejuk 45 minit hingga sejam dalam bekas yang bertutup.

6. Panaskan oven pada suhu 175 darjah selsius selama 10 minit.

7. Bentukkan doh ikut kesukaan anda, nak lagi cantik, golekkan (tekan) atas lebihan choc chips dan almond untuk nampak lebih cantik bahagian luarnya. Susun atas dulang pembakar yang dah disapu marjerin.

8. Bakar pada suhu 175 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak, kepanasan oven ni sebenarnya ikut oven masing-masing.

9. Jangan masak terlalu lama nanti hangus almond.

10. Biarkan sejuk dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.




Tarra dah siap biskut raya kita. Korang mesti cuba buat cookies ni sebab rasanya sangat sedap dan rangup. Selamat mencuba ya semua..



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 7 June 2017

Resepi Cornflakes Mentega Kacang Madu Yang Rangup Dan Sedap

Apa khabar korang semua? Dah mula buat biskut raya ke? Akak ni sejak minggu lepas anak dara akak asyik ajak buat biskut raya je. Kebetulan akak ada beli majalah saji keluaran khas raya, memang banyak sangat resepi biskut raya yang dia dok usha. Salah satunya biskut cornflakes ni lah.

Sebenarnya akak pernah ada pengalaman buat biskut cornflakes tak menjadi. Dulu-dulu la..cornflakes tu jadi lemau..tak rangup. So, lepas tu terus surrender tak nak buat lagi.



Tapi kali ni disebabkan si Husna ni beria sangat, akak ikut je lah. Bila tengok bahan-bahan pun mudah je. Bila dah siap, memang rasap rasa cornflakes ni. Tak sempat masukkan dalam cup, anak-anak dah meratah. Ok jom akak share resepinya..


Bahan-bahannya:

3 cawan cornflakes
1/2 cawan mentega kacang (peanut butter)
1/2 cawan madu
Coklat cip @ badam @ buah ceri sebagai hiasan.
Cup kertas comel.


Cara Membuatnya:

Masukkan mentega kacang dan madu dalam periuk dan kacau seketika atas api sederhana.

Bila peanut butter dah lembut dan sebati dengan madu, tutup api dan ketepiman periuk.

Masukkan cornflakes dan kacau perlahan-lahan supaya cornflakes tak hancur dan pastikan campuran peanut butter dan madu sebati dengan cornflakes.

Jika nampak macam campuran peanut butter dan madu masih banyak, bokeh tambah cornflakes.

Biarkan sejuk seketika, masukkan ke dalam cawan menggunakan sudu.

Tabur bahan hiasan seperti coklat cip, badam, ceri dan lain-lain.

Sejukkan seketika dalam peti sejuk, susun dan simpan dalam bekas kedap udara.




Senang sangat resepi ni tau. Anak -anak pun boleh buat. Rasanya pun sedap. Korang mesti cuba tau! Selamat memasak dan salam Ramadhan 12.

Sunday 4 June 2017

Dah Kerja Pensyarah, Kenapa Akak Masih Buat Bisnes Shaklee Secara Part-Time?

Mesti ada yang tertanya2 jgk, kenapa la Dr. Najihah ni dah kerja pensyarah tp masih buat biz part-time jual Shaklee. Betul tak? Baik korang mengaku, mesti ada yg tertanya2 ni, kan?




Kisah permulaan akak dgn biz Shaklee ni sebenarnya mgkn kebetulan saja. Akak dulu mmg suka berniaga. Tak payah tgk la zaman kecik2 dulu, kita tgk dari zaman akak start kerja di UPMKB je lah.

Mcm2 akak suka berniaga, antaranya kain baju..kain ela utk buat baju. Siap order dr pembekal di Sungai Petani..kdg2 ambil dr mak je..sbb mak akak pun kira mcm supplier la jgk cara org kg. Tak ckp dgn tu, setiap kali balik kg mesti bw berkotak2. Ha..dulu kakak ipar pun jd supplier utk kain ela ni. Mmg ada ambik dr dia jgk.

Jual kat kwn2 n staf upmkb, siap buat byrn bulanan lg. Lepas tu akak jual kain sutera..ambik dr Klate..selain tu akal jual jgk blouse, skirt, seluar dll..mmg muka penjual kain baju la dulu..haha

Selain tu pernah jgk berjinak2 nak jual Tu**erware, C*I, Zh*li*n, Er* Ed*r, Gia*omo, Le*o, jual handbag dan ada bbrp lg MLM..semua akak join. Tapi semua xde jodoh dgn akak. Semua xjd nak berbiz.

Akak dan suami pernah juga berniaga makanan..ni lebih kepada hobi dan suka2. Pernah jd penjual goreng pisang, tauhu sumbat, tauhu mentah home made, taufufah, air soya, akak ambik tempahan buat cupcakes, apam polkadot dan mcm2 lg lah. Semua dibuat secara part-time tau..Kdg2 seronok pulak bila ingat balik. Penat mmg xtau nak habaq la tp sbb minat, penat tolak tepi. Kdg2 tu bukan dpt untung byk pun.

Tapi pd Sept 2012 akak join shaklee selepas lbh sethn guna produk ni. Mmg byk kesan yg akak dpt sepanjang dok mkn vit shaklee ni. Pastu akak suka la menyampuk g komen kat post sorang penjual Shaklee masa tu iaitu Mai Md Saupi. Cerita kesan yg akak dpt sewaktu hamil dan berpantang Hanis dgn suplimen shaklee.

Dari situ lah Mai mula ajak akak join shaklee, walau mulanya akak jual mahal..akhirnya selepas ajakan kali ke3 akak bersetuju join ahli tp hnya sbb nak dpt harga ahli lbh murah. Padahal sblm tu dok beli dgn org lain, tp org tu xde la beriya ajak akak join shaklee.

Syukur jgk akak join dgn Mai dpt masuk bwh group hebat. Bila dh join tu 2 minggu pertama akak dok diam je..tp ms tu akak muka selidik mcmna biz shaklee ni..bc semua info dlm group sehinggalah satu hari akak beranikan diri kongsi kebaikan Shaklee di fb.

Maklumlah masa tu pun klu buka fb asyik dok scroll cerita org je kan. Kebetulan tgh berpantangkan Hanis masa tu. Takdir Allah hasil perkongsian akak tu dpt sambutan ramai dr rakan2 fb. Niat asal nak kongsi kesan sendiri dgn kwn2, hasilnya bulan pertama akak dpt bonus rm500+!

Masa tu barulah ia membuka mata akak..rupanya biz Shaklee ni selain dpt bantu org utk hidup lbh sihat , dpt juga tambah income keluarga. Maklumlah setiap drpd kita punya impian dan keperluan hidup yang pelbagai. Jd pada masa tu mmg akak nampak biz shaklee ni klu dibuat dgn betul blh pergi jauh.

Ditambah pula lps tu akak ada buat pembacaan ttg biz MLM (sbb baru tahu bahawasanya Shaklee ni adalah MLM)dan syukur Shaklee adalah MLM patuh syariah. Dan byk lg kebaikan2 lain yg akak dpt dan rasai sejak join shaklee (klu nak citer, 3 hari 3 malam tak habis ni) membuatkan akak terus setia dgn biz shaklee sampai skrg.

Bonus akak dr 3 angka berganjak ke 4 angka dan pernah mencecah 5 angka. Mmg byk sgt bntu akak bonus Shaklee ni tau. Tp yg sebenarnya ukhuwwah dlm Shaklee dan ilmu2 baru yg akak dpt sejak sertai Shaklee ni jugak yg mengikat kesetiaan akak dgn biz ini.

Sbb tu walau pelbagai ujian, dugaan dan fitnah yg dilemparkan terhadap shaklee akk tak mudah melatah. Produk Shklee dah jalani pelbagai ujian klinikal siap dgn landmark study yg dilakukan oleh para saintis yg berwibawa dan ditambah pula dgn kelulusan HALAL & KKM ..mmg xsama la dgn produk yg dikilangkan di tempat yg sama tapi dijual dgn label lain2 tu kan.

Group akak juga dh berjaya bantu ramai org jana income 3-4 angka dgn Shaklee. Korang kalau nak join jami jana income dgn Shaklee jgn malu2 pm akak ya. Jom kita sama2 capai impiqn dgn Shaklee, syarikat suplimen yang SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM ni

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.