Thursday 26 October 2017

Petua Untuk Cepat Pulih Daripada Penyakit Kencing Tikus

Kencing Tikus adalah sejenis penyakit yang makin meningkat kesnya di Malaysia. Asalnya ia adalah sejenis penyakit bawaan tikus, namun kini banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah kepada bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Penyakit Kencing Tikus atau nama sainsnya Leptospirosis boleh berjangkit dan sekiranya tidak dirawat sebaiknya, ia boleh membawa maut.




Faktor Risiko Jangkitan Kencing Tikus

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tempat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda Atau Gejala Kencing Tikus
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Testimoni Pesakit Kencing Tikus

Cerita Encik Amirul:

Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos. 



Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan. 



Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU. 



Bahaya Kencing Tikus Jangan Dipandang Remeh


Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya. 



Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat. 



Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut. 



Pulih Dalam Masa Seminggu



Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu. 



Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.

Vitamin Shaklee Yang Diambil Oleh Encik Amirul

1) Vivix


Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.


2) Nutriferon



NutriFeron® adalah sebatian proprietari eksklusif ekstrak empat tumbuhan yang diperolehi daripada biji labu, bunga Safflower, biji plantago dan bunga Japanese Honeysuckle.

Ahli sains dan pakar perubatan telah mengenal pasti interferon sebagai komponen utama yang memastikan fungsi sistem imun yang kuat.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:


 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday 23 October 2017

Cikgu Ini Kongsikan Cara Beliau Legakan Masalah Ulser Mulut

Ulser mulut merupakan perkara biasa yang boleh berlaku pada semua orang. Namun begitu, keadaan ulser yang dialami oleh seseorang mungkin berbeza antara satu dengan yang lain. Sehingga kadangkala ia boleh menjejaskan aktiviti seharian si pengidap ulser itu.



Kebiasannya, apabila berlaku ulser, individu itu akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Walaupun nampak ulser ini tidak begitu kritikal sakitnya tetapi ia boleh menjejaskan produktivit kerja harian seseorang. Jika tidak diambil tindakan sewajarnya, pesakit boleh juga terkena demam dan kelesuan akibat ulser mulut yang berpanjangan. Dan ada di kalangan pesakit yang sentiasa mengalir keluar air liurnya akibat ulser ini.

Testimoni Pesakit Ulser Mulut

Kali ini akak nak kongsikan dengan anda semua kisah seorang cikgu yang dulunya amat kerap mengalami ulser mulut. Alhamdulillah kini beliau telah bebas ulser setelah konsisten mengambil vitamin Shaklee. Jom ikuti kisah beliau.

Apa khabr semua? Nama saya Nor Silawati binti Ngah. Saya lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan FB terutama rakan-rakan SID. Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffect Cik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX.


Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yg sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41kg ke 43kg. Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.

Kisah Dahulu 


Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa. Kenapa mengganggu? kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan. Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.


Sekali terkena, dua atau tiga biji. Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar. Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala. Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu. Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut. Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.


Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.


Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni. Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.

Apa Yang Cik Laa Amalkan?


Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung. Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi dan Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.



Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak. Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut. Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap. Makan pon jadi kurang selera.


Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur. Bila di ingat balik, mungkin asbab konsisten 4 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut dan Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sndiri. Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah...


Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut? Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor. Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.


Sebagai contoh ESP, iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa. Selain itu, Zinc juga sangat membantu dalam penyembuhan luka tapi sekakarang Zinc takde stok. Boleh ganti dengan Vitalea kerana dalam Vitalea jugak ada kandungan zinc.


Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.


B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.

Syukur...Masalah Ulser Dah Selesai


Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini. Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.


Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan. In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.

Alhamdulillah seronok dengar cerita cikgu Sila ni kan? Jika anda berminat untuk dapat vitamin Shaklee sebagai ikhtiar untuk merawat ulser anda, boleh terus order secara online dengan hanya klik butang order di bawah. Atau boleh juga menghubungi akak melalui medium di berikut untuk sembang lebih lanjut mengenainya.




Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday 21 October 2017

Resepi Rotiboy Sedap Dan Lembut Yang Pasti Memikat Selera Seisi Keluarga

Rasanya dah agak lama akak tak kongsikan resepi di blog ni. Sebenarnya ada je resepi yang nak dikongsikan tapi memandangkan perasaan "M" tu datang maka bertangguhlah jadinya nak menaip resepi di sini.



Ok kali ni akak gagahkan juga menaip resepi rotiboy ni secara ringkas sebab ramai sangat yang minta akak kongsikan resepinya. Asal resepi ni akak dapatkan dari kawan tapi akak ada tukar sedikit ikut kesukaan akak..hahaha.. Jomlah kita tengok bahan-bahannya.

Bahan Inti 

200 gm mentega
60 gm gula perang @ gula castor
1sd kecil esen vanilla

Cara Membuatnya
Putar kesemuanya hingga halus.

Bahan Topping 

130 gm mentega
100 gm gula icing @ gula pasir yg dikisar
2bj telur (pukul sebentar)
130 gm tepung gandum
1/2 sudu besar nescafe dibancuh dengan 1/2 sudu air panas

Cara Membuatnya

1) Putar mentega dan gula hingga sebati.

2) Masukkan telur, bancuhan nescafe dan putar lagi.

3) Masukkan tepung dan terus putar hingga sebati.

4) Masukkan dalam plastik yg dipotong hujungnya @ bekas sos pun blh spy senang nak letak topping atas roti nti.

Bahan Roti Asas (dapat -18 biji rotiboy)

500 gm tepung gandum
1 peket yis kering (akak guna jenama Mauripan)
250 ml air suam
- 5 sudu besar gula pasir (blh nak kurang @ lbh)
1/2 sudu besar bread softener
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
1 bj telur

Cara Membuat Roti 

1) Larutkan gula dalam air suam dalam bekas agak besar, pastikan tinggalkan sedikit air suam dalam 20ml ke (tujuan untuk "cuci" bekas campuran yis supaya tak membazir).

2) Masukkan yis dalam larutan air gula tadi. Kacau biar sebati, kemudian tutup bekas dan biarkan selama 10 minit atau hingga yis mengembang.

3) Masukkan tepung dalam bekas pengadun, kalau adun guna tangan masukkan je semua bahan termasuk campuran yis (pastikan bekas yis tu dicuci dgn baki air td sbb banyak yis melekat pada bekas..ambik air tu sekali tau)..kecuali margerin/mentega. Uli sampai kental, akhir sekali baru masukkan mentega tu dan uli sebati.

4) Jika guna mesin pengadun doh, masukkan semua bahan kecuali mentega. Putar dengan low speed selama 5 minit.



5) Masukkan mentega, putar lagi dengan medium speed selama 15 minit.

6) Kemudian turunkan kepada low speed dan putar sekejab selama 5 minit.



7) Timbang doh seberat -50gm, pastikan anda gunakan tepung gandum sikit supaya doh tak melekat di tangan. Timbang sampai habis hingga dapat - 18/19 biji. Biarkan doh seketika, blh tutup dgn plastik wrap.



8) Sementara itu boleh buat inti dan topping.

9) Dah ready inti, leperkan doh dan masukkan inti. Kemudian tutup dan bulatkan doh. Buatlah hingga habis.

10) Rehatkan doh sehingga 45 min dan bila dah ready nak bakar, putar topping atas rotiboy seperti dalam video. Blh tabur choc rice jika suka.







11) Panaskan oven selama 10 min dgn suhu 175 °C (ikut jenis oven).



13) Bakar selama 15-18 minit (ikut jenis oven dan keperangan yang anda suka)

14) Sedia untuk di makan ketika panas.


Dah siap. Senang je nak buat kan. Cubalah.

Sunday 15 October 2017

Derita Gastrik 16 Tahun Berakhir, Bagaimana Wanita Ini Berjaya Atasi Masalah Beliau?

Gastrik adalah salah satu masalah kesihatan atau penyakit yang sering dihadapi oleh ramai orang sejak sekian lama. Sesiapa yang ada masalah ini pasti tahu bagaimana derita yang terpaksa mereka lalui terutamanya mereka yang mengalami masalah gastrik kronik. Kali ini saya nak kongsikan kisah benar yang dihadapi oleh Puan Maisarah Md Saupi mengenai derita gastrik yang beliau alami sejak lebih 16 tahun yang lalu. Jom ikuti kisah beliau.


Kisah Puan Maisarah


Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.



Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan, pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.


Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.


Penderitaan Berakhir


Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.

Set Gastrik Shaklee




Ini lah Set Gastrik Yang Puan Maisarah Amalkan.

Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 



Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.



Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.

B Complex mengandungi vitamin B yang lengkap dan dapat memberi rasa kelegaan dan menghilangkan tekanan dan stress akibat daripada kesakitan yang dialami.



Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

Jika anda ingin membeli secara online, boleh klik logo "order now" di bawah dan ikut arahan yang diberikan. Pembelian secara online adalah amat mudah, anda dinasihatkan untuk menghubungi saya setelah pembelian dibuat untuk konsultasi selanjutnya.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.