Saturday 17 September 2016

Kejayaan Akan Datang Jika Kita Mempunyai Minda Positif

Jika kita berfikiran positif, segala halangan dan cabaran yang mendatang pasti dapat kita redah. Jika nak berjaya dalam apa jua bidang, buanglah jauh-jauh segala alasan.


Semua manusia di dunia ini penuh dengan masalah..tapi tak perlu kita fokus kepada masalah yang kita hadapi..fokus kepada peluang yang ada..insyaAllah lama kelamaan masalah tadi akan bertukar menjadi peluang..
Dalam bisnes, kalau betul-betul nak berjaya..tak perlu lah memberi pelbagai alasan. Jangan ingat org yang anda nampak dah berjaya sangat sekarang, dia dapat naik dengan mudah. Semua orang akan bermula dari bawah dan pernah mengalami situasi seperti anda..bezanya, org itu tidak pernah mengeluh dan memberi alasan..sebaliknya terus berusaha gigih dan memanfaat peluang yang ada.
Macamana anda nak berjaya sekiranya.anda hanya asyik mencipta alasan. "Dah ramai sangat la yang menjual, mana ada lg orang nak beli dengan saya nanti." "Saya buat promosi hari-hari tapi takde pun orang pm nak membeli.." "Saya takde masa lah nak buat promosi, anak ramai pakat berebut telefon..nak buat apa pun tak boleh.." "Saya seganlah nak post pasal bisnes hari-hari, nanti kawan-kawan cakap apa pula.." dan pelbagai alasan lagi lah..
Ha..jika anda pandai mencipta pelbagai alasan sebegini, sampai bila pun anda takkan berjaya! Buangkanlah jauh-jauh segala alasan anda. Jadikan ia sebagai peluang untuk anda terus.maju ke hadapan.
Lagi satu, jika anda seorang peniaga online, fokus kepada perniagaan anda sahaja..tak perlu nak sibuk-sibuk dengan biz orang lain. Jangan memandai-mandai nak burukkan biz orang lain..Ini tidak, anda tak tahu apa-apa tentang biz rakan anda, tetiba anda tanpa rasa berdosa g viralkan perkara yang anda sendiri tak pasti ttg kesahihannya berkenaan biz rakan anda tadi..mcmna anda boleh tahu sedangkan anda sendiri tidak berada dalam kelompok biz rakan anda itu..
Sebagai peniaga yang beretika, bercakaplah berkenaan perniagaan anda sahaja, tak perlu nak burukkan perniagaan orang lain. Katakan sahaja kepada orang yang bertanya: "Maaf ya, saya tak tahu tentang perkara itu sebab saya tak terlibat bisnes itu, tapi kalau kalau anda nak tahu tentang bisnes saya, insyaAllah saya akan bg informasi secukupnya.."
InsyaAllah jika anda mempunyai sikap yang positif, perkara-positif positif lain pasti akan mengelilingi dan merapati kita! Salam positif buat semua.