Sunday 13 August 2017

Resepi Kek Pisang Coklat Lembab Yang Amat Mudah dan Ringkas

Sejak minggu lepas akak bertagak nak menulis entri resepi Kek Pisang Coklat Lembab ni. Sebenarnya resepi kek ni diambil dari fb page Rasapop, page yang menyediakan resepi-resepi masakan yang ringkas dan mudah. Kalau korang nak tengok resepi-resepi lain, search je Rasapop kat fb tu. Siap dengan video disediakan tau.



Berbalik kepada Kek Pisang Coklat Lembab ni. minggu lepas tu anak no dua akak si Husna yang buat. Nampak tak betapa mudahnya resepi ni sampai budak umur 11 tahun pun boleh buat. Kira kacang sangat la ni..haha




Ok tanpa membuang masa, jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat Kek Pisang Coklat Lembab ni.. 


Bahan-Bahannya:


6 biji pisang emas @ apa-apa pisang bersaiz sederhana. Kalau saiz panjang kurangkan kepada 4 biji.

2 biji telur

1/3 buku mentega (dicairkan)

2/3 cawan gula perang

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

secubit garam

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan coklat masakan (dipotong kecil)







Cara Membuatnya:


Lenyekkan pisang hingga hancur, masukkan telur, mentega cair, esen vanilla, soda bikarbonat, baking powder, garam.

Adunkan kesemuanya hingga sebati kemudian masukkan tepung gandum.

Kacau sebentar, masukkan sebuk koko dan kacau lagi.

Bila adunan dah sebati, masukkan 1/2 cawan coklat masakan yang dah dipotong kecil. Kacau sebati.

Akhirnya taburkan baki 1/2 cawan coklat masakan tadi di atas adunan.

Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit.

Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz sederhana 6x6 @ 7x7.

Bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.



Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday 3 August 2017

Cara Dapatkan Vitamin C Shaklee Dengan Harga Murah Sepanjang Ogos Ini




Vitamin C Shaklee adalah antara vitamin yang menjadi pilihan ramai tak kira lelaki mahupun wanita. Khasiatnya yang pelbagai ditambah pula dengan keberkesanan serta kepercayaan ramai terhadap brand Shaklee yang telah wujud lebih 60 tahun di Malaysia menjadi faktor penguat kepada kehebatan vitamin ini.




Hatta satu ketika, ramai yang membeli vitamin C Shaklee dan dibuat pembungkusan semula atas nama vitamin C organik dan dijual dengan harga yang berganda-ganda. Itu pun ramai yang tertipu dengan taktor kotor para peniaga yang tak beretika ini.

Antara kelebihan vitamin C Shaklee ialah:




1) Ia diperbuat daripada ekstrak jagung menjadikan ia selamat dimakan walau oleh pesakit gastrik. Ini adalah kerana ia tidak memberi rasa pedih pada ulu hati @ perut.

2) Ia menggunakan teknologi sustained release yang memboleh ia dilepaskan ke dalam tubuh kita secara berperingkat-peringkat iaitu sebanyak 100mg setiap jam. Ia berbeza dengan vitamin C yang tidak  menggunakan teknologi ini yang mana ianya dilepaskan sekaligus. Ini akan menyebabkan pembaziran berlaku dan kurang keberkesanan kepada tubuh kita.

3) Vitamin C Shaklee amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit kerana ia membantu tubuh menghasilkan kolagen. Kolagen amat penting untuk menganjalkan kulit serta menjadikan kulit lebih anjal dan berseri.


4) Vitamin C Shaklee diformulasikan dengan bioflavonoid yang amat membantu Vitamin C berfungsi dengan lebih baik.

6) Vitamin C Shaklee baik untuk menguatkan sistem imun tubuh bagi melawan pelbagai jenis penyakit.

7) Pengambilan vitamin C Shaklee secara konsisten dapat menghilangkan pigmentasi dan bintik hitam dan putih. Secara tak langsung akan menjadikan kulit lebih cerah dan sekata.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN HARGA MURAH?




Ha.. Berita baik untuk anda semua..sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini iaitu mulai 1 hingga 31 Ogos, sesiapa yang mendaftar sebagai ahli Shaklee beserta pembelian minimun 100uv, anda layak membeli Vitamin C Shaklee dengan harga RM60 (belum termasuk GST) @ harga Septas GST ialah RM63.60.

Tak cukup dengan itu, anda juga layak membeli Tumbler Shaklee yang berwarna pink cantik ini dengan harga RM18 @ harga selepas GST iaitu RM19.08. Anda boleh mebuat pilihan untuk membeli salag satu daripadanya atau beli kedua-duanya sekali dengan harga RM82.68 termasuk GST.

Untuk lebih ganjaran, anda boleh terus membuat belian minimum 150uv untuk menikmati cash bonus pada 15 September 2017 nanti. Pembelian tambahan juga boleh dibuat sepanjang bulan Ogos ini untuk meningkat cash bonus anda nanti.

Macamana, best tak tawaran ni? Mesti best kan? Jadi, apa tunggu lagi..war-warkan berita pada kawan-kawan atau saudara mara anda penggemar Vitamin C. Mendaftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 1 August 2017

Gelanggang Badminton Tertutup Untuk Riadah Bersama Keluarga dan Kawan-Kawan di Kawasan Gong Badak, Kuala Terengganu

Mungkin ramai di kalangan kita yang suka beriadah dan bersukan sama ada bersama famili atau kawan-kawan di tempat awam mahupun dalam tempat yang tertutup. Alhamdulillah, sejak berpindah ke Terengganu ni, jika ada masa terluang akak akan bawa anak-anak berjogging di kawasan tasik berhampiran Stadium Tertutup Gong Badak terutamanya pada hujung minggu.



Dan aktiviti ini akan jadi lebih meriah jika suami ada bersama pada minggu tersebut. Anak-anak akak ni memang suka bersukan. Kalau kat sekolah tu, macam-macam acara sukan yang mereka ikuti. Sejak di Bintulu, kami ada belikan raket tennis untuk anak-anak sebab di sana selalu juga kami bawa anak-anak bermain tennis di gelanggang tenis UPM Bintulu. Kadang-kadang ummi dan baba pun join sekali.

Bila datang ke Gong Badak ni, akak dan suami tercari-cari juga kat mana ada gelanggang tenis atau badminton yang boleh kami bawa anak-anak untuk bermain, beriadah untuk keluarkan peluh dan eratkan hubungan famili. Ada pernah bawa anak-anak main di gelanggang tenis / badminton dalam UMT tapi berebut dengan student pula. Jadi agak kurang selesa bagi akak dan anak-anak.

Satu hari tu, suami terjumpa signboard tentang gelanggang badminton tertutup di kawasan Gong Datok. Memang terletak di laluan akak dan anak-anak berulang alik ke rumah. Setelah suami akak pergi dapatkan info tentang kadar sewaan dan sebagainya, mulalah kami menyewa court di situ untuk beri keselesaan kepada anak-anak untuk bermain.

Biasanya kami akan sewa untuk 2 jam RM30. Minimum jam sewaan ialah 2 jam. Dibuka malam dan hujung minggu. Petang hari bekerja pun buka kalau tak silap. Gelanggang badminton ni terletak berdekatan dengan Gerai Nasi Kerabu Pok Din dan sebelah gelanggang ni ada kedai gunting rambut, guest house dan Restoran Edde.

Antara kemudahan yang ada dalam gelanggang tu termasuklah tandas dan surau. Dalam bangunan tertutup tu ada 6 gelanggang yang boleh di sewa. Memang puas la main dengan anak-anak, sekadar untuk keluarkan peluh dan boleh juga asah skill anak-anak dalam permainan badminton.

Berikut akak kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil ketika akak dan suami bawa anak-anak bermain badminton di situ. Sesiapa yang tinggal berdekatan, dan tercari-cari tempat beriadah untuk famili dan kawan-kawan, bolehlah bawa mereka bermain badminton di sini.

Sekian, sehingga bertemu lagi. Bye..









Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.