Sunday 25 October 2015

Testimoni Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Supermom Shaklee Story

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak share testimoni saya sendiri menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. Ini adalah kisah benar yang saya alami dan disebabkan ini jugalah saya jatuh cinta dengan Shaklee dan mengambil keputusan untuk menjadi ahli dan akhirnya terus kongsikan kebaikan Shaklee dengan orang ramai. Sebelum anda membaca lebih lanjut, apa kata klik link testimoni Supermom Shaklee Story ini dan berikan 1 like untuk testimoni saya.



Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.


Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. 


Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda! 

Peraduan Testimoni Supermom Shaklee Story

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Page Supermom Shaklee Story

Assalamualaikum.

Group Supermom Shaklee dibawah kelolaan Master Hadhatina telah menganjurkan satu peraduan testimoni yang dinamakan Supermom Shaklee Story. Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna produk Shaklee dan SID yang berada di bawah group Supermom. Dan yang istimewanya, sepanjang Oktober ini peraduan ini terbuka juga kepada para 'leaders' dalam group Supermom Club House.



Pertandingan ini berlangsung selama 3 bulan mulai Oktober hingga Disember 2015. Peserta hanya perlu menghantar kisah benar pengalaman mereka menggunakan produk Shaklee beserta gambar sebelum dan selepas. Contoh testimoni yang telah dihantar boleh anda lihat di page Supermom Shaklee Story.

Carta Alir Peraduan

Pemenang akan dipilih berdasarkan 'like' yang paling banyak yang diperolehi daripada pengguna FB. Setiap bulan 3 pemenang akan dipilih dan akan berpeluang masuk ke peringkat akhir yang akan bermula pada Januari dan Februari 2016. Hadiah-hadiah yang menarik menanti setiap pemenang termasuklah percutian untuk 2 orang ke Bali. 

Antara Hadiah Peringkat Akhir

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh jenguk page Supermom Shaklee Story..dan jangan lupa klik 'like' untuk testimoni saya ini.

Sekian coretan saya untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi.

Monday 5 October 2015

Resepi Chewy Choc Chips Cookies

Teks: Najihah abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum..alhamdulillah dap bertemu lagi di ruangan maya ini.

Saya ni banyak memasak untuk anak-anak je kat rumah. Kiranya diorang ni macam dah jadi inspirasi untuk saya rajin memasak. Biasalah kanak-kanak ni selalu sangat cepat boring kalau kita hanya masak benda yang sama je. Jadi sebagai ibu, kita kena rajin membuat kelainan dalam masakan kita.

Antara makanan kegemaran anak-anak saya ialah cookies atau biskut. Kalau buat biskut kegemaran diorang tu, sekejab je abis. Baru-baru ni saya ada la google resepi cookies, kalau-kalau terjumpa resepi yang mudah dan nampak sedap memang saya nak buat lah untuk anak-anak. Google punya google terjumpalah blog Sallys Baking Addiction ni, buka je blog tu banyak sangat resepi-resepi cookies, brownies dan kek yang sedap-sedap dan saya rasa nak cuba buat mana yang mudah dan lazat.

Pertama kali buat saya letak choc rice 


Antaranya ialah cookies ini lah. Dah 2 kali saya buat, kejab je abis anak-anak makan. Sedap sangat diaorang cakap. Kali pertama saya buat banyak letak choc rice sebab choc chips ada sikit je. Kali kedua buat baru letak choc chip mengikut sukatan yang diberi dan saya letak badam cingcang sekali untuk kali kedua yang saya buat. Yang bestnya, cookies ni kita boleh je 'add-onn' apa-apa saje bahan tambahan yang kita suka. Resepinya anda boleh tengok di sini..

Bahan-bahannya:

170 gm unsalted butter / mentega (boleh juga kalau nak guna salted butter, tak perlu letak garam dah)

280 gm tepung serbaguna @ tepung gandum (boleh juga kalau nak guna tepung naik sendiri tapi tak perlu letak baking soda lagi)

1 sudu teh baking soda

1 1/2 tepung jagung

1/2 sudu teh garam halus (nak kurangkan sikit pun boleh)

130 gm gula perang (resepi asal 135gm)

95gm gula halus (resepi asal guna 100gm)

1 biji telur ayam + 1 biji kuning telur

1 sudu besar esen vanilla

180 gm (atau byk mana je yang korang suka) choc chips

*tambahan jika suka: walnut @ almond cincang, choc rice warna warni (blh kurangkan gula jika letak choc rice ni sbb ia agak manis)

Cara Membuatnya:

1) Cairkan mentega dengan api sederhana (jangan sampai hangus) - biarkan ia sejuk seketika.

2) Dalam bekas lain, ayak tepung, baking soda dan tepung jagung.

3) Adun mentega cair bersama gula perang dan gula halus menggunakan mixer atau pemukul telur sehingga gula agak mencair.

4) Masukkan telur dan terus pukul, seterusnya masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

5) Masukkan / Campurkan bahan-bahan kering tadi (tepung) dan gaul menggunakan spatula atau tangan (saya guna tangan je). Adunan jadi agak melekit sebab mentega cair tadi.

6) Kemudian masukkan choc chips dan bahan-bahan tambahan lain (jika ada) dan gaul sebaiknya.

7) Bila dah sebati semuanya, masukkan adunan ke dalam bekas kedap udara (saya masukkan dalam plastik je) dan simpan dalam peti sejuk (rungan sejuk biasa, bukan tempat beku) selama 2-4 jam atau maximum boleh sehingga 4 hari.

Saya masukkan dalam plastik je dan simpan dalam peti sejuk

8) Bila dah cukup masanya, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan doh menjadi sedikit lembut (room temperature) lebih kurang 30 minit (bergantung kepada berapa lama korang simpan dalam peti sejuk).

9) Sementara itu, panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170 darjah celsius.

Kali kedua buat, saya letak choc chips dan almond cincang

10) Setelah doh agak lembut sedikit, sapukan dulang dengan mentega, bulat dan leperkan doh mengikut kesukaan anda sehingga penuh dulang pembakar.

11) Bakar cookies antara 11-15 minit berdasarkan jenis oven dan saiz cookies korang. Dan jika korang suka soft cookies, jangan masak lama sangat. Jika nak rangup boleh la masak lama sikit.

12) Bila dah masak, biarkan cookies sejuk seketika barulah boleh dimakan atau disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!