Setiap pasangan suami isteri tentunya ingin memiliki anak dalam masa-masa tertentu mengikut perancangan masing-masing. Namun, kadangkala apa yang kita impikan tidak tercapai sebagaimana yang dihajatkan.
Sebagai manusia, kita tidak boleh berputus asa dan berpeluk tubuh sahaja jika sesuatu impian kita tak tercapai. Allah mengajar kita untuk berikhtiar dan berusaha, disamping berdoa dan terus berdoa kepada-Nya supaya dimakbulkan segala hajat yang diingini.
Di sini, saya ingin kongsikan kisah Puan Hartini Badri yang berhajat untuk hamil setelah lama lebih 7 tahun tidak hamil selepas mengandung anak kedua. Alhamdulillah, setelah ikhtiarnya tanpa putus asa dengan mengambil suplimen semulajadi Shaklee, dengan izin Allah hajat beliau untuk hamil anak ketiga, dimakbulkan.
Jom kita ikuti kisah beliau..
...........
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 41 : HARTINI BADRI
.
[PENANTIAN SATU PENYIKSAAN, BERKAT IKHTIAR DENGAN SUPLEMEN DENGAN IZIN ALLAH SAYA DISAHKAN HAMIL]
.
"Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya.
Saya seorang ibu kepada 2 orang anak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus(rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes mcm saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata.
Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan.
Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3 tahun. Selama tu juga saya tidak datang period.
Selepas menanggal implan pada Disember 2014, saya fikir tahap kesuburan saya akan kembali normal. Yer lah memandangkan jarak kedua anak sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya jadi sebaik menanggal implan mesti senang je nak lekat.
Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor, menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap kesuburan lambat untuk kembali normal.
Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic. Kemudian Gla Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang lain yang saya dah ambik sebelum-sebelum ni lagi.
Beberapa bulan masih juga menunggu.
Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby” oh tertekan jugak kadang-kadang. Yerlah saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab “kita doa sama-sama oke”
Pada awal Januari 2018 suplemen CoqTrol berada di pasaran. Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq dalam memberi tenaga pada sel sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil dalam badan manusia.
Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati” memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir, saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup.
Sebaik berada di pasaran saya terus beli dan makan bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan bantuan application di smartfon dan juga menggunakan ovulation kit.
Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa dan minta orang sekeliling mendoakan juga.
Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol, period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ye, Pada usia anak kedua 7 tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat berita kehamilan ini. Kini, Kandungan dah nak masuk 5bulan, gerakan baby pun dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye.
Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahayamata jangan putus asa. Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA.
Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan terima kasih Shaklee."
....
Jika anda mempunyai masalah seperti Puan Hartini dan berminat untuk mencuba serta berikhtiar dengan suplimen Shaklee, boleh hubungi saya di talian 013-4517098 (Dr. Najihah).