Sunday 30 September 2018

Kisah Ibrah di Arafah: Pengalaman Menginsafkan Ketika Ribut Pasir Melanda Arafah Pada Malam 9 Zulhijjah 1439H

Alhamdulillah, saya dan suami telah selesai mengerjakan Rukun Islam ke-5 dan telah selamat tiba di tanahair tercinta pada 2 September 2018 yang lalu. Kami sangat-sangat bersyukur telah dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu-Nya pada musim haji yang baru berlalu ini.


Bergambar dengan latar belakang Masjidil Haram


Sebenarnya, pelbagai cerita suka duka yang saya dan suami lalui sejak dari kami menerima surat tawaran haji pada bulan November 2017 (yang membuatkan kami nyaris menolak tawaran haji tersebut) sehinggalah selesainya urusan penting ibadah haji kami pada 12 Zulhijjah 1439H yang lalu. Namun, kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua peristiwa getir ketika kami dilanda ribut pasir ketika berada di Arafah. InsyaAllah jika berkesempatan, ingin sekali saya kongsikan pengalaman-pengalaman lain yang mungkin boleh dijadikan panduan dan teladan buat semua.

Arafah ketika saya sampai pada tengahari
8 Zulhijjah


Wuquf di Arafah merupakan ibadah kemuncak bagi jemaah yang menunaikan haji setiap tahun. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Haji itu adalah Arafah (wuquf di Arafah". Tanpa wuquf di Arafah, ibadah haji seseorang itu seolah-olah tiada maknanya.

Sewaktu berada di Arafah, para jemaah haji dari seluruh dunia, tanpa mengira perbezaan warna kulit, latar belakang negara dan bangsa, dalam berpakaian ihram yang sama, masing-masing memohon keampunan daripada Allah SWT dengan sepenuh perhambaan diri kepada-Nya. Secara simboliknya, ia menggambarkan seolah-olah seluruh manusia berada di padang Mahsyar pada hari perhitungan kelak.


Bergambar di luar khemah
pd petang 8 Zulhijjah


Berbalik kepada pengalaman yang ingin saya kongsikan ini, sebenarnya sejak mengikut kursus-kursus haji lagi jemaah diingatkan tentang ujian-ujian dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh para jemaah sejak mula mereka menerima tawaran haji hinggalah tiba hari kemuncak iaitu ketika berada di Masyair (Arafah, Muzdalifah dan Mina). Jadi, para jemaah mestilah bersedia fizikal dan mental sepanjang melakukan ibadah haji ini.


Menunggu di lobi hotel
sebelum berangkat ke Arafah

Dah lama berdiri, duduk berehat
pula tunggu bas tak sampai-sampai..

Keadaan jemaah ketika menunggu bas
di lobi hotel


Nak dipendekkan cerita, kami diarahkan untuk bertolak ke Arafah dari hotel penginapan pada pagi 8 Zulhijjah iaitu kira-kira jam 7 pagi. Saya dan suami ditempatkan di hotel Land Premium (Maktab 84) dan kami adalah kumpulan jemaah paling awal dalam maktab 84 yang akan bertolak ke Arafah menaiki bas.


ARAFAH MEDAN UJIAN
 

Kami berhadapan dengan ujian kecil apabila bas yang sepatutnya tiba jam 7 am tidak kunjung tiba sehinggalah jam 9.30 am. Jemaah yang menunggu di lobi hotel ada yang dah mula merungut disebabkan kelewatan bas tadi. Maklumlah..ada jemaah yang dah berusia dan tidak kurang juga yang sudah letih berbaris menunggu bas tiba.

Haa..ni baru je ujian kecil tau. Dan bila bas tiba, saya dan suami dapat bas no. 4..kiranya antara bas yang terawal juga la.

Bas mula bergerak

Perjalanan ke Arafah, bas kami sesat!


Boleh tersenyum lagi abang aji..

Sesat 3 kali di laluan yang sama..


Ujian kecil kedua ialah ketika menaiki bas dan berada dalam bas. Bas kami tak ada tempat letak beg..masing-masing kena pangku sendiri beg yang agak berat tu atas riba. Dengan keadaan bas yang penuh sesak dan ada beberapa jemaah yang terpaksa berdiri. Alhamdulillah, walau sempit dan dihimpit beg yang berat, saya dan jemaah lain masih lagi dapat duduk dengan baik sambil bas mula bergerak.

Perjalanan asal dari hotel ke Arafah lebih kurang 30 minit je..tapi macam-macam perkara boleh berlaku sepanjang perjalanan yang menjadikan tempoh perjalanan mungkin mengambil masa lebih lama.

Tanpa disangka, bas kami telah tersesat dan berpusing 3 kali di laluan yang sama. Disebabkan masalah komunikasi antara penunjuk arah dengan driver dan juga banyak laluan yang di tutup, dah 2 jam perjalanan kami masih belum tiba ke Arafah.


Suami ke depan untuk bantu
tunjuk arah pada driver

Alhamdulillah..akhirnya
sampai juga Arafah..


Saya memberi isyarat kepada suami yang boleh berbahasa Arab, supaya bangun dan pergi ke depan untuk berkomunikasi dengan driver dan menunjukkan arah yang betul kepadanya. Kebetulan minggu sebelumnya kami ada buat ziarah ke Arafah dan Mina dan suami masih ingat sikit-sikit jalan nak ke sana. Suami juga menggunakan aplikasi waze untuk mencari jalan yang betul.

Alhamdulillah, tak berapa lama lepas tu bas kami tiba juga ke Arafah. Hampir 3 jam juga bas kami sesat. Kawan-kawan yang menaiki bas lewat daripada kami ada yang dah sampai awal. Ya..saya terfikir..inilah sebahagian kecil ujian yang diceritakan oleh ustaz ustazah penceramah kursus haji sebelum ini.


Kad Bas saya


Pada masa kami tiba di Arafah, rasanya dalam jam 1 lebih hampir jam 2..cuaca di Arafah sangat panas. Memang tiada tanda-tanda langsung hari nak hujan atau gelap. Suhu masa tu memang mencecah hampir 39-41°c. Nak celik mata pun rasa tak dapat sebab terlampau berbahang.


Setelah masuk ke khemah (sebenarnya saya pun tersesat agak lama waktu nak cari khemah sendiri..haha), terasa agak dingin dan tak panas sangat sebab pihak muassasah menyediakan aircond di setiap khemah penginapan. Rakan sebilik saya yang tiba awal dulu memaklumkan, masa mereka tiba khemah masih panas sebab aircond belum dibuka.

Aircond


"Ada hikmah tu bas Jie tersesat..tengok Jie masuk khemah, sekarang dah terasa sejuk. Kami sampai awal tadi memang panas sangat dalam ni.." kata kawan bilik bila saya ceritakan bas kami tersesat hampir 3 jam, sepatutnya sampai awal lagi.


Hikmah tersesat cari khemah 
sendiri, terjumpa jemaah Terengganu
 Siti Khadijah..anak kami sama sekolah
Di Pasti Bestari Gong Badak 


Alhamdulillah..saya hanya mengiyakan kata-kata rakan sebilik tadi. Memang sesuatu yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya. Dan waktu saya tersesat sendirian mencari khemah saya, Allah temukan saya dengan rakan yang saya kenal sebab anak kami sama-sama belajar di Pasti Gong Badak, KTganu. Kalau bukan sebab tersesat cari khemah tu, mungkin saya takkan berjumpa beliau.

Tong ais untuk menyejukkan air



Pada saya, kehidupan di Arafah rasanya masih dapat saya hadapi lagi berbanding Mina. Ruang dalam khemah masih cukup untuk semua jemaah duduk, tidur dan makan. Sebabnya, saya memang dah pernah menghadiri kem, kursus dan tamrin yang berkeadaan sedikit susah seumpama ini.

Suasana dalam khemah di Arafah


Tapi, bagi mereka yang tak pernah merasa susah, memang akan tertekan sedikit dengan suasana di Arafah itu. Dengan tandas yang sentiasa penuh, ruang tempat duduk/tidur yang sempit, jika tidak bersedia dengan mental yang kuat akan menyebabkan seseorang 'naik angin', tak sabar, pentingkan diri dan sebagainya lagi.


Jemaah dalam khemah


Memang sewaktu di Arafah, dah nampak sikap-sikap yang kurang elok, yang mungkin sebelum ini dapat disembunyikan lagi. Tapi, disebabkan suasana persekitaran yang sedikit susah dan kekurangan di Arafah menyebabkan ada jemaah yang hampir berperang mulut sesama sendiri.


Tong Ais untuk kegunaan jemaah

Alhamdulillah, pada petangnya, saya keluar khemah meninjau-ninjau suasana persekitaran. Air sejuk disediakan di luar khemah, air panas pun boleh diambil berdekatan dapur. Saya perhatikan, ada juga khemah jemaah haji yang datang dengan pakej berada berdekatan khemah kami. Cuaca pada masa tu masih panas dan berangin.



Makcik sebelah saya.. baru kenal kat Arafah


Dalam khemah



Ruangan tempat tidur saya


Suasana dalam khemah

Kenalan baru di Arafah



Satu lagi situasi yang boleh buatkan jemaah tak tahan sabar ialah ketika proses edaran makanan. Disebabkan jumlah jemaah yang ramai, semua jemaah perlu menunggu giliran untuk makanan masing-masing tiba. Jadi memang perlukan kesabaran yang tinggi.

Jemaah yang kat depan tu sedang berbaris untuk ambik air panas

Macam di khemah kami, kebanyakan jemaah adalah dari bas yang bertolak awal dari hotel penginapan di Mekah..jadinya tak sempat makan tengahari. Semua pakat terasa lapar dan kelewatan makanan memang sangat menguji kesabaran masing-masing sebab perut dah berkeroncong.


MENJELANG MALAM 9 ZULHIJJAH
 

Ketika hari hampir senja, cuaca dah bertukar gelap macam hujan nak turun. Kebetulan saya ke tandas untuk berwudhu dan memang nampak suasana di luar pada masa tu.

Hujan mula turun ketika jemaah sedang solat Maghrib. Pada masa tu saya rasa syukur sangat hujan rahmat turun membasahi bumi Arafah..kerana sepanjang berada di Mekah sebelum tu, memang hujan tak pernah turun lagi.

Namun, tak lama lepas tu, angin kuar mula kedengaran di luar khemah. Rupanya ribut pasir berlaku. Awalnya jemaah lain dalam khemah kami masih relax dan ok lagi. Masing-masing masih melakukan pelbagai ibadat selepas solat jama' tamam maghrib dan isyak.

Tapi..apabila ribut berlarutan dan terus-terusan melanda dengan kuat, masing-masing mula panik. Bunyi bising dalam khemah mula kedengaran. Ada yang menangis, ada yang terus berzikir.. berdoa..membaca ayat-ayat suci al-Quran dan bermacam-macam lagi.

Kebetulan dalam khemah kami, tiada petugas TH bersama kami..yang ada hanyalah Shabat Maktab yang sama-sama kurang pengalaman seperti yang lain juga. Jadi pada masa tu memang takde siapa yang bagi arahan kepada jemaah untuk buat apa dan apa.

Saya masa tu sempat mesej suami..suami minta saya azan, takbir dan baca ayat Quran serta doa-doa tertentu. Jadi saya dengan sekuat hati terus bertakbir dan bertalbiah. Ramai juga jemaah berdekatan saya yang turut sama-sama bertalbiah.

Ribut kuat terus-terusan. Pada masa tu saya berdoa jika Allah nak ambil nyawa kami, matikanlah kami dalam husnul khatimah. Bergegar tiang khemah yang nampak sangat kukuh itu. Khemah kami agak besar sebab jemaah ramai berbanding ada khemah lain yang kecik sedikit.

Saya pada masa tu memang tempat duduk berdekatan dengan tiang utama khemah dan tinggal di tepi dinding khemah. Memang terasa debu-debu pasir masuk melalui bawah kanvas khemah kami. Setiap kali ribut kuat, saya pegang tiang kuat-kuat dengan harapan tiang tu janganlah tercabut.. huhu

Dan dalam keadaan kelam kabut itu, lampu dan letrik semua terpadam. Kami berada dalam gelap. Alhamdulillah juga saya dan jemaah lain ada yang bawah lampu suluh, maka masing-masing keluarkan lampu dan onkan lampur tersebut.

Ribut pasir ni berlarutan sehingga hampir 2 jam. Dalam tempoh ni, macam-macam ragam jemaah yang ada dapat dilihat. Ada yang menangis, ada jemaah yang siap-siap pegang beg nak lari ke luar khemah, ada yang berpegangan tangan serta ada yang teruskan beribadat dan berdoa..memang perasaan yg tak dapat digambarkan pada masa ini.

Pengadang tandas yang roboh ditiup ribut

Suasana di luar khemah selepas ribut berhenti

Suasana di luar khemah selepas ribut

Ada kawan saya bercerita masa kami dah selesai mengerjakan urusan ibadah haji, ketika ribut tu berlaku, dalam kekalutan terus google doa-doa untuk menghindari musibah dan terus baca kuat-kuat sambil makcik-makcik sebelah mengaminkanya..

Memang terasa sangat suasana ketakutan dan kelam kabut dalam khemah pada masa tu. Automatik terbayang di wajah saya saat manusia berada dalam keadaan di mana dunia bakal berakhir..terus terbayang saat kematian dan sebagainya lagi.


RIBUT BERHENTI SETELAH HAMPIR 2 JAM 

Alhamdulillah..setelah hampir 2 jam ribut semakin reda. Para jemaah pula ada yang mula ke luar khemah untuk meninjau apa yang berlaku. Rupa-rupanya pengadang tandas khemah roboh diterbangkan angin. Syukur juga tiada kemalangan jiwa berlaku dalam khemah kami.

Antara hikmah dan pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ribut pasir tersebut ialah:

1) Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Jika DIA berkata "jadilah!" Maka sesuatu itu pasti akan berlaku. Walaupun cuaca sangat elok pada petang itu di Arafah tapi dengan kuasa Allah ribut pasir tiba-tiba melanda Arafah sejurus masuk waktu Maghrib.

2) Kita semua kena ingat Allah pada setiap waktu sama ada ketika senang mahupun susah. Jangan bila ditimpa musibah barulah kita nak ingat Allah.

3) Peristiwa ribut pasir itu juga dapat memperlihatkan situasi sebenar manusia jika berlaku sesuatu musibah atau masyaqqah. Ada sebahagian jemaah yang terus-terusan menangis, ada yang ambik beg nak lari selamatkan diri dan tak kurang juga jemaah yang terus berdoa dan melakukan ibadah lain.

4) Hikmah di sebalik peristiwa ribut pasir tersebut telah meningkat kebergantungan semua jemaah kepada Allah SWT menjelang hari Wuquf pada keesokan hari.

5) Ujian dari Allah tanda Allah sayang kepada hamba-hambaNya. Ia juga salah satu proses penyucian jiwa kami semua sebelum tiba hari Wuquf keesokan harinya.

Benarlah seperti kata-kata ustaz ustazah pembimbing ibadah haji, jemaah akan diuji hebat sewaktu berada di Arafah dan Mina. Selain ujian ribut pasir, pelbagai ujian lagi telah ditempuhi oleh para jemaah.. yang mungkin berbeza antara setiap seorang.

Ujian-ujian ini mungkin berbentuk kesenangan dan kesusahan. Dan kesemua ini adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan hamba-hambaNya kepada Allah SWT.

Sesungguhnya semua peristiwa yang berlaku sepanjang saya mengerjakan ibadah haji tahun ini khususnya ketika berada di Arafah dan Mina, telah memberi didikan mendalam buat diri saya sendiri khususnya. Semuanya itu pasti menjadi kenangan manis dan terindah dalam hidup saya.

Mudah-mudahan semua amal ibadah kami diterima Allah dan semua jemaah haji tahun ini dikurniakan haji yang mabrur.

Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat saya kongsikan pada anda semua berkaitan peristiwa ribut pasir di Arafah. Dan saya juga amat terkejut betapa cepat sekali peristiwa itu tersebar di Malaysia sedangkan kami sendiri belum tahu suasana sebenar walau kami berada di sana.. haha

Oklah setakat ini dulu cerita saya. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan kongsikan lagi pengalaman saya sewaktu mengerjakan haji pada tahun ini. Moga jadi iktibar dan panduan buat semua.


Friday 14 September 2018

Cara Mencantik dan Menghaluskan Kembali Kulit Muka Yang Rosak Teruk Akibat Elergik

Memiliki kulit wajah yang cantik, halus, mulus, bebas jeragat, jerawat dan parut jerawat adalah idaman setiap wanita. Walau adakalanya, bukan kita nak tunjuk sangat wajah kita pada orang ramai, tapi suami sendiri, ahli keluarga bahkan diri sendiri juga ingin melihat dan memiliki kulit wajah yang cantik dan sedap mata memandang.




Namun, bukan semua orang dikurniakan kulit yang sedemikian rupa. Ada di kalangan kita yang mengalami masalah-masalah atau kekangan-kekangan tertentu yang telah menyebabkan kulit wajah menjadi rosak teruk, antaranya seperti tersilap pakai produk penjagaan kulit, elergik, masalah hormon dan sebagainya.

Pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua, masalah yang dihadapi oleh seorang wanita iaitu Shahizan Rahimi atau lebih mesra dengan panggilan Che Yan. Che Yan ni ada masalah elergik kulit yang agak teruk dan beliau elergik pada TERUNG!

Menurut beliau, semua jenis masakan yang mengandungi terung, jika beliau rasa sedikit pun, akan beri padah pada kulit wajahnya. Hatta kuahnya sahaja yang di makan bukan buah terung itu sendiri. Tenguklah apa yang berlaku pada kulit wajah Che Yan setelah beliau makan nasi berlauk gulai talang yang sebenarnya beliau tidak perasan gulai tersebut mengandungi terung.

Jom kita ikuti kisah lanjut tentang masalah yang dialami oleh Che Yan sebagaimana yang diceritakan oleh beliau sendiri dalam page Supermom Shaklee Story..


"Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.  

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan. 

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat. 

Wajah Che Yan Sebelum dan Selepas

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka. 

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela. 

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni".  

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.  

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh. 

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.  

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja. #YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam#VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".


Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin #YOUTH Che Yan. 
Che Yan juga amalkan vitamin-vitamin ini untuk memperbaiki kulit dari dalam.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.  

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya. 

Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka. There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH. "


Thursday 13 September 2018

Youth Produk Skincare Terbaru Shaklee Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Youth skincare mula dijual pada umum mulai 1 Mac 2018 yang lalu, tapi dalam masa 5 hari sahaja dah SOLD OUT dari pasaran! Fuhh, hebat sangat ni. Kenapa agaknya Youth ni menjadi rebutan sangat ye?


Jom akak kongsikan keistimewaan YOUTH Shaklee ni..




Apa yang istimewa tentang YOUTH?

  • Menjalani Research selama 8 tahun
  • 🍊Diuji oleh Pakar Oftalmologi
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • 100% vegan, berasaskan tumbuhan
  • 100% telah dibuktikan secara klinikal memiliki kulit yang lebih muda
  • Bebas daripdada 1500 bahan kimia terlarang
  • 🍊Bebas gluten
  • 🍊Tidak diuji ke atas haiwan
  • Kulit wajah 10 tahun lebih muda dari usia sebenar
  • 🍊Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Sesuai untuk peringkat umur


Bahan Utama YOUTH 



Muscadine Grape

Polifenol melindungi dan memperbaiki DNA sel dan dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Lotus Japonicus 

Mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

Apple Stem Cell Extract 

Kajian menunjukkan ia dapat mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut.

Schisandra Chinensis Fruit Extract 

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Korea dan Jepun untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Ia bertindak menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

Vital Repair + Complex 

Memberikan Nutrien Anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit dan menggalakkan sel yang sihat.


TESTIMONI PENGGUNA YOUTH











Jika anda masih tercari-cari skincare terbaik untuk anda, YOUTH lah jawapannya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan Youth Shaklee. Anda boleh membeli secara online dengan menekan button ORDER di bawah..



Selain itu, untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee yang lain, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh terus berhubung dengan saya melalui medium berikut:




 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 12 September 2018

Panduan Pengeluaran Wang KWSP Untuk Menunaikan Haji

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.


Alhamdulillah, hari ni saya terpanggil untuk buat perkongsian berkenaan urusan pengeluaran wang KWSP untuk tujuan menunaikan haji. Alhamdulillah, saya baru seminggu sampai ke tanahair selepas menunaikan haji dan berada di Madinah dan Mekah selama 47 hari.




Sebelum proses penyerahan surat jawapan tawaran haji yang saya terima pada bulan November 2017, saya baru dapat info bahawa boleh dibuat pengeluaran wang KWSP untuk tujuan menunaikan haji ni. Kebetulan, wang dalam akaun Tabung Haji belum saya penuhkan dan belum cukup dengan jumlah kos urusan haji tahun ni iaitu mesti ada dalam akaun TH sekurang-kurangnya RM10,000. Untuk serahkan surat penerimaan setuju menunaikan haji tahun ni, saya mesti penuhkan jumlah berkenaan dalam akaun TH.

Tarikh akhir untuk serahkan surat penerimaan adalah pada 6 Disember 2017, saya ke TH cawangan UTC Kuala Terengganu pada 4 Disember 2017 untuk cukupkan duit RM10,000 tu dan serahkan surat penerimaan setuju. Kebetulan, saya sengaja bersuara dan bertanya kepada staf kaunter TH tu berkenaan pengeluaran wang KWSP untuk urusan haji tu.

Rupanya, saya dimaklumkan oleh staf berkenaan, jangan penuhkan lagi akaun TH kalau betul saya nak keluarkan wang KWSP saya. Kalau dah penuh RM10,000 dalam akaun TH, saya tak dapat lagi keluarkan wang KWSP tersebut kerana katanya, wang KWSP hanya boleh dikeluarkan untuk urusan haji maksimum RM3000 sahaja yang bertujuan untuk menampung perbelanjaan tambang haji. 

Pihak KWSP akan pastikan akaun TH kita belum cukup RM10,000 baru kita dibenarkan untuk keluarkan duit tersebut. Jadi lepas berfikir beberapa lama dan atas cadangan staf TH tu juga, saya hanya cukupkan dalam akaun TH saya hampir RM7000 kerana saya nak cuba ke pejabat KWSP untuk keluarkan RM3000 itu. Lagipun, duit KWSP tu kalau sesaja nak keluarkan memang tak dapat la kan?

Tapi saya fikir, sempat ke dengan tempoh nak serah surat setuju tu, staf TH maklumkan insyaAllah sempat. Terus saya ke pejabat KWSP Kuala Terengganu untuk urusan seterusnya. Dan selepas dimaklumkan saya layak untuk memohon, saya terus isi borang berkaitan dan hanya perlu beri surat tawaran haji dan no akaun TH untuk dimasukkan duit.

Alhamdulillah, saya mohon pada pagi 4 Disember 2017, petang 5 Disember telah dikreditkan ke akaun TH saya. Dan pada 6 Disember 2017, saya terus serahkan surat penerimaan setuju untuk tunai haji pada tahun ini setelah mencukupkan lebih dari RM10,000 dalam akaun TH saya termasuk duit KWSP yang telah dikreditkan terus ke akaun TH sebanyak RM3000.

Surat pengesahan penerimaan tawaran haji yang saya terima
 selepas menyerahkan jawapan setuju


Berikut saya kongsikan beberapa info untuk urusan pengeluaran wang KWSP untuk urusan menunaikan haji..

• pastikan anda dah terima surat tawaran haji.

• pastikan amount dalam akaun TH belum cukup untuk bayaran haji (seperti dalam surat tawaran haji).

• minimum baki wang KWSP (akaun 2) untuk membolehkan wang dikeluarkan mestilah sekurang2nya RM4000.


• jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan (untuk mencukupkan bayaran haji) hanyalah RM3000.




• jika wang dalam akaun TH dah cukup utk bayaran haji tahun tersebut, anda tidak layak memohon.




• jika wang KWSP anda dlm akaun 2 tidak cukup RM4000 juga anda tidak layak memohon.




• bawa fotokopi surat tawaran haji dan salinan terkini akaun tabung haji anda untuk urusan pengeluaran di mana-mana cawangan KWSP.




• jika layak, duit akan dikreditkan terus ke akaun TH anda selepas tempoh lebih kurang seminggu. Dalam kes saya, keesokan hari dah dapat duit (dikreditkan ke akaun TH).


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang berhasrat untuk mengeluarkan wang KWSP bagi menampung perbelanjaan haji anda pada masa akan datang.

----

Oh ya, kepada anda yang berminat nak mencuba atau tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee, bolehlah hubungi saya untuk kita sembang-sembang lanjut. Kalau nak vitamin untuk kesihatan sepanjang menunaikan haji dan umrah pun saya boleh cadangkan yang terbaik. InsyaAllah..saya akan melayani anda sebaiknya.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: 



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu 

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.