Saturday 3 September 2016

Resepi Kek Cawan Pisang Yang Lembut, Gebu dan Sedap

Assalamualaikum. Selamat bertemu kembali setelah beberapa hari tk menulis di ruangan ini.

Dah beberapa hari saya bertangguh nak buat kek pisang ni. Biasa lah, mempunyai anak ramai memang kalau tak betul-betul nekad nak buat sesuatu kerja, takkan menjadi sebab dalam senarai tugas tu macam-macam yang nak kena buat kan. Jadi kena betul-betul nekad atau keadaan mendesak baru menjadi..haha




Dalam situasi saya ni, pisang yang ada dah berubah warna kulit sebab ranum sangat. Tapi memang dari awal nampak nak ranum terus saya simpan dalam peti sejuk. Jadi, kalau dua tiga hari tak sempat buat, boleh lagi guna pisang tu. Berbanding kalau tinggalkan di luar peti ais, pisang mungkin akan masam atau berulat. Kadang-kadang dah seminggu ranum baru sempat buat. Alhamdulillah masih elok jadinya.

Kali ni saya memang mencari-cari resepi kek pisang yang lembut dan gebu. Tekstur ringan gitu. Sebab kadang-kadang bila buat kek pisang, tekstur rasa berat dan dan agak mendap. Semalam dah dua kali saya buat kek pisang tapi versi kukus. Yang tu walaupun tak gebu tapi anak-anak dan suami makan juga sampai terpaksa buat kali kedua. Alhamdulillah, petang ni saya cuba google resepi kek pisang yang lembut dan gebus. Alhamdulillah terjumpa resepi ni di blog ninamirza.com. Resepi asal anda boleh tengok DI SINI.

Bahan-bahannya:

8 biji pisang emas (saya guna pisang lain, orang Kedah panggil pisang masam. Pisang saya kecil-kecil saya letak 10 biji)

3/4 cawan gula

2 cawan tepung naik sendiri (boleh juga guna tepung gandum tai mesti tambah 2 sudu kecil soda bikarbonat)

1/2 sudu kecil baking powder

Secubit garam

4 biji telur

1/2 cawan minyak (boleh guna minyak jagung@minyak sayuran@minyak masak@mentega yang dicairkan). Saya guna minyak masak.

Choc Chips / Choc Rice / Badam Cincang dan lain-lain sebagai hiasan.


Cara Membuatnya:

1) Lenyek pisang, saya masukkan dalam blender je. Blend sampai tak berketul.

2) Dalam bekas lain, putar @ pukul telur bersama gula hingga kembang.

3) Masukkan pisang, tepung, soda, minyak dan putar menggunakan mixer hingga sebati. Kalau tak ada mixer, boleh kacau guna senduk je.

4) Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180 darjah selama 10 minit.

5) Sediakan cawan kertas, masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam cawan kertas sebanyak 3/4 cawan. Jangan terlampau penuh nanti kek akan mengembang. Boleh je masukkan menggunakan apa-apa kaedah pun kalau tak ada piping bag. Saya selalu juga masukkan dalam jug atau bekas yang ada muncung, senang nak tuang ke dalam cawan kertas.

6) Akhir sekali taburkan bahan hiasan atas kek tadi.

7) Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau sehingga masak.


Cuba lah buat resepi ini. Anak sulung saya yang tak berapa suka kek pisang pun boleh makan beberapa biji. Memang sedap dan lembut. 

Ok sehingga berjumpa lagi, selamat mencuba. Bye..


4 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Terima kasih banyak sudi singgah blog nina yang tak beberapa dan cuba resepi yang nina kongsi kan
    Nina tumpang kek pisang nya menepati selera Najihah sekeluarga....

    Nanti try resepi-resepi lain lak yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang gumbira.... tertinggal lak ayat
      Heheee

      Delete
    2. Tumpang gumbira.... tertinggal lak ayat
      Heheee

      Delete
  2. Alhamdulillah...
    Terima kasih banyak sudi singgah blog nina yang tak beberapa dan cuba resepi yang nina kongsi kan
    Nina tumpang kek pisang nya menepati selera Najihah sekeluarga....

    Nanti try resepi-resepi lain lak yaa

    ReplyDelete