Saturday, 17 September 2016

Cerita Jatuh Bangun Bersama Shaklee

Sebenarnya keterlibatan akak dalam bisnes Shaklee ni bukanlah dirancang...akak mula2 join Shaklee sebab asalnya hanyalah kerana nak dptkan harga ahli dgn membeli vitamin2 Shaklee yg semenangnya akak dah makan bbrp bulan lamanya..



Jadi bila fikir2 balik, elok jg akak join blh dpt harga ahli terus..memandangkan akak plan nak ambik vitamin2 Shaklee ni sbg suplimen harian..dan nak dijadikan cerita juga, akak beli vit Shaklee sebelum ni dgn org lain..dan jadi ahli lak dgn org lain..haha..itulah perancangan Allah yg tak dpt kita sangkal..dan rezeki juga Allah nak eratkan lagi hubungan akak dgn kenalan fb pada waktu itu Mai Md Saupi.

Bila dah join tu, ditakdirkan bbrp minggu lps tu terbuka hati akak nak cuba share kebaikan Shaklee ni di fb dgn kwn2 yang lain..alhamdulillah feedback yg baik dari kwn2 menyebabkan akak teruskan niat utk cuba serius berbisnes Shaklee secara part time..

Segala urusan bisnes dibuat secara online dgn bantuan para upline dan ahli kumpulan yang lain amat memudahkan kerja akak yang sememangnya telah berkerjaya tetap. Disebabkan bibit2 percintaan yg mendalam dengan Shaklee dah mula terbit membuatkan akak tak terasa penat walau terpaksa melakukan byk kerja dan berjaga malam utk update blog dan page..

Alhamdulillah sejak join Shaklee pada penghujung tahun 2012, byk jg pencapaian perolehi antaranya; bonus akak pernah mencecah lima angka, akak dah terima bonus kereta, bonus kepimpinan, insentif tambahan yg Shaklee beri bila capai satu2 pangkat, pelbagai award dan pingat yg diterima pada National Conference Shaklee setiap tahun.

Selain daripada itu, akak juga pernah merasa intensif bercutian dalam negara dan pencapaian yang paling membanggakan akak dan tak terduga ialah percutian percuma bertaraf 5 bintang tajaan Shaklee ke Long Beach California, USA pada tahun 2014. Masa trip ke USA tu, akak berkesempatan join Shaklee Global Conference dan melawat HQ Shaklee di Pleasanton, USA.

Namun, segala pencapaian akak dalam Shaklee ni bukannya dicapai dengan mudah dan sekelip mata sahaja. Semuanya ini memerlukan usaha keras dan komitmen yang tinggi serta hati dan semangat mesti kental. Biasalah dah nama dunia bisnes, pasti akan merasa jatuh bangun ketika kita gigih berusaha..

Sepanjang bersama Shaklee, mmg banyak sangat gelombang "tsunami" yang melanda..pelbagai tohmahan dan fitnah silih berganti terhadap Syarikat Shaklee dan produknya sendiri..jika tidak punya hati dan semangat yang kental semenangnya kita akan mudah hanyut dengan gelombang fitnah ini..sudah ramai rakan2 akak yg tak tahan gelombang ini, kini dah hanyut ke mana-mana..

Syukur..Allah masih beri peluang pada akak untuk bertahan dan setia dengan Shaklee..kerana sepanjang hampir 4 tahun bersama, akak dah lakukan penelitian, pembacaan dan merasai sendiri kebaikan Syarikat dan produk Shaklee..yg penting bagi kita dalam melakukan apa2 bisnes sekalipun, semangat kental, usaha gigih dan kecintaan kita pada bisnes atau kerja yg kita lakukan.

Jangan anggap orang yg berjaya itu tidak pernah merasa gagal..gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya..kerana kegagalan itulah yang akan mematangkan dan mengajar kita utk terus melangkah ke hadapan..jd kepada pengedar baru dalam Shaklee, ayuh terus melangkah bersama2 dalam bisnes ini..jatuh bangun bersama2..jangan terus hanyut dengan gelombang ganas yang sentiasa akan mengekori kita! Moga kita sama2 mencapai kejayaan dalam Shaklee. Doakan akak naik pangkat Key Coordinator pada cycle ini ya.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.