Thursday, 4 August 2016

Pengedar Sah Shaklee di Kuala Terengganu yang Aktif dan Berdedikasi

Assalamualaikum dan salam ceria.

Selamat bertemu kembali. Alhamdulillah sudah hampir dua bulan akak berhijrah ke Kuala Terengganu. Untuk pengetahuan semua, akak telah bertukar tempat kerja dari UPM Kampus Bintulu ke Universiti Malaysia Terengganu berkuatkuasa pada 19 Jun yang lalu.

Mohon maaf kepada semua rakan dan pelanggan Shaklee yang mungkin akak tak sempat maklumkan tentang perpindahan akak. Tapi korang jangan risau, jika ada apa-apa sahaja pertanyaan tentang Shaklee atau ingin dapatkan stok, korang semua boleh je hubungi akak macam biasa. InsyaAllah akak akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan stok vitamin Shaklee untuk korang. Korang jangan tak tau, akak ada banyak rangkaian rakan bisnes dan ahli keluarga Shaklee di seluruh Malaysia.

Di kesempatan ini juga, akak ingin war-warkan kepada semua bahawa akak sekarang ini secara rasminya telah menjadi warga Terengganu. Jadi, kini akak adalah Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Kuala Terengganu. Akak dapat COD di sekitar Gong Badak, Padang Nenas, Batu Rakit, Wakaf Tengah, UMT, UNISZA dan kawasan sekitarnya, Pengeposan macam biasa la boleh dilakukan ke seluruh negara.

Bagi kawan-kawan atau pelanggan yang tinggal di Bintulu, tempat lama akak, masih boleh order dengan akak tau. Nanti akak akan uruskan order korang dengan anak cucu Shaklee akak yang berada di sana.

Jadi, kepada warga Kuala Terengganu, bolehlah menghubungi akak di talian 016-8867098 atau 013-4517098 untuk mendapatkan sebarang info tentang produk Shaklee, untuk membeli atau terus menjadi ahli. Jika korang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan dengan Shaklee,  jangan malu-malu untuk hubungi akak. Akak pun buat Shaklee ni secara sambilan je..tapi alhamdulillah,  pendapatannya amat berbaloi dengan usaha yang akak buat,

Sebarang pertanyaan atau info, anda juga boleh hubungi akak melalui fb Najihah Abdul Mutalib, emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com atau fb page: UmmiHusna VitaShop dan instagram: kedai_vitamin_ummihusna. InsyaAllah, akak akan berikan layanan terbaik untuk korang semua.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.