Monday, 2 February 2015

RESEPI BROWNIES COKLAT BADAM DISALUTI SOS KARAMEL

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Didoakan semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Sudah agak lama saya tak berkongsi cerita di ruangan ini. Bukan terus melupakan, niat dan keinginan tu ada tapi disebabkan kekangan masa meyebabkan rencana awal ingin menulis terus terbengkalai. Alhamdulillah, malam ini saya gagahi juga untuk berkongsi coretan dengan anda semua.

Hari-hari saya pada tahun 2015 ini diteruskan seperti biasa. Sekejab je rasanya sudah berlalu sebulan pertama untuk tahun baru ini. Dan saya masih lagi meneruskan tugas-tugas hakiki saya sebagai seorang pensyarah dan menjadi Pengedar Sah Shaklee yang menjalankan bisnes secara sambilan. Dalam pada itu saya juga tetap menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang amat bertanggungjawab dan ibu kepada 5 orang cahaya mata yang masih memerlukan banyak perhatian.

Di rumah saya membuat kerja-kerja rumah tanpa pembantu rumah, hanya dibantu oleh suami dan anak-anak dalam kerja-kerja tertentu. Sementelaah pula saya sekarang ini sedang hamil 5 bulan membuatkan suami dan anak-anak rasa lebih terpanggil untuk meringankan kerja-kerja rumah bersama-sama. Namun, untuk urusan masak-memasak memang saya yang banyak 'kontrol' bahagian itu.

Bila anak-anak suka makan apa yang di masak, memang seronok si ibu nak memasak. Ditambah pula hobi ibu memang suka memasak dan mencuba resepi-resepi baru, memang kena sangat 'buku dan ruas'nya. Petang kelmarin saya berjanji nak buatkan brownies untuk anak-anak tetapi disebabkan sibuk dengan 'closing Shaklee' untuk bulan Januari menyebabkan janji saya tak dapat ditunaikan.

Jadi, awal-awal pagi lepas subuh saya dah bertukang di dapur demi untuk tunaikan janji kepada anak-anak. Resepi brownies yang saya buat ini diambil daripada buku resepi karangan Chef Lynn Hassan bertajuk 'Baking'. Saya baru je membelinya minggu lepas. Ini buku resepi kedua Lynn Hassan yang saya beli. Cuma saya ada olah sedikit resepinya ikut kesesuaian dan citarasa saya. Saya kongsikan resepi yang saya buat pertama kali ini dengan anda semua. Rasanya sedap dan anak-anak pun suka.
Buku Resepi "Baking" oleh Chef Lynn Hassan

BAHAN-BAHANNYA:

250 gm mentega
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 cawan gulan castor (boleh kurangkan kepada 1 3/4 cawan jika nak kurang manis)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Badam cincang (jika suka)

Bahan yang diayak bersama:
1 1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung kek)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan untuk hiasan:
Sos Karamel
Kepingan badam

Bahan untuk sos karamel:
125gm gula kastor (boleh kurangkan jika ingin kurng manis)
3 sudu besar mentega
125 gm krim putar (whipping cream)



CARA-CARA MEMBUATNYA:

Adunan A: Cairkan mentega, kemudian masukkan serbuk koko dan kaca hingga sebati. Kemudian masukkan susu cair dan kacau. Ketepikan.

Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang menggunakan mixer.

Kemudian masukkan adunan A tadi dan pukul hingga sebati.

Masukkan tepung yang diayak dan badam cincang, gaul hingga sebati.

Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 10 minit.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak. Jika anda menggunakan non-stick, tak perlu alas lagi.

Bakar selama 50 minit pada suhu 170 darjah atau sehingga masak.

Sos Karamel: Panaskan gula hingga perang, masukkan mentega dan biarkan cair. Tutup Api.

Masukkan krim putar dan kacau hingga sebati dan tuang pada permukaan brownies yang telah dipotong.

Akhir sekali masukkan hirisan badam dan tabur diatasnya. Sebelum itu, hirisan badam tu saya bakar seketika dalam oven supaya ia lebih rangup dalam 5-8 min.

Rehatkan seketika brownies anda sebelum ia boleh dimakan.

Brownies yang saya buat.



Ok semua, selamat mencuba!


5 comments:

  1. Npk sgt sedap walaupun hakikatnya sy bkn penggemar brownies hihihi

    ReplyDelete
  2. saya boleh juga makan tp nak kata penggemar tak juga..selalunya kalau nak masak fikir dulu anak2 suka tak..klu kegemaran diorg mmg sekejab je abis..

    ReplyDelete
  3. assalmualaikum sis..saya nak tanya,ramai tak yang menjual makanan di imkk pgrm.?sy takut susah nak cari makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang menjual, ada yang ambik order awal2..tapi saya dengan kawan hari tu beli kat sana je..cuma kena berbaris la..

      Delete
  4. assalmualaikum sis..saya nak tanya,ramai tak yang menjual makanan di imkk pgrm.?sy takut susah nak cari makanan.

    ReplyDelete