Monday 29 August 2016

Projek D.I.Y: Botol Vitamin Bertukar Menjadi Bekas Yang Cantik

Jika anda mempunyai botol vitamin Shaklee, jangan dibuang bila isinya telah habis. Kerana botol-botol kosong tu kita boleh transform menjadi bekas menyimpan makanan yang sangat cantik. Sebenarnya saya mendapat idea ni setelah melihat rakan-rakan fb buat bekas menyimpan kuih raya daripada tong ESP dan Meal Shakes Shaklee.

Sebelum ni saya memang buang ke semua botol dan tong vitamin Shaklee yang saya makan. Sebabnya masa tu belum datang idea untuk buat semua ni. Terasa sayang pula bila mengingatkan botol-botol dan tong vitamin yang dah dibuang dulu.

Alhamdulillah, sejak berpindah ke Terengganu, mudah sikit saya nak mencari bahan-bahan untuk buat projek DIY kali ni. Jom kita tengok apakah bahan-bahannya.



Bahan yang diperlukan ialah:

1) Botol / Tong Vitamin Shaklee

2) Self Adhesive Wall Paper

3) Gunting

4) Pensil

Caranya mudah je. Tanggalkan pelekat pada botol vitamin Shaklee. Tarik perlahan-lahan ya. Lepas tu, ukur kertas pelekat yang dah ditanggalkan tadi atas wall paper dan tekap menggunakan pensil. Gunting ikut tekapan yang dah anda buat tadi. Akhir sekali, lekatkan wall paper pada botol vitamin tadi. Anda boleh buat ikut kreativiti anda ya. Dan hasilnya sangatlah cantik!





Macamana? Mudah kan? Jom lah buat projek D.I.Y ni hari ini. Ok jumpa lagi ya, bye-bye.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu