Sunday, 23 August 2015

Cara Membuat Karipap Pusing Rangup dan Sedap Langkah Demi Langkah

Foto: Najihah Abdul Mutalib
Teks: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum. Didoakan semoga anda semua berada dalam rahmat Allah.

Saya pernah beberapa kali cuba buat karipap pusing tapi tak menjadi. Beberapa tahun dulu saya ada tengok kawan buat kat rumah dia dan tunjukkan caranya tapi resepi dia main agak-agak saja. Dan bila saya balik buat kat rumah tak menjadi pula. Rasa masa tengok tu macam senang dah. 

Lepas tu saya ada buat lagi, saya tak ingat mana saya ambik resepinya. Pun masih tak menjadi karipap pusing saya. Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya terasa nak buat lagi karipap pusing. Kali ni memang bertekad kalau buat mesti jadi. Saya pun google resepi karipap pusing ni. Memang jumpa banyak blog yang kongsikan resepi ni tapi saya ambik resepi di blog Azlita Masam Manis. Alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Ok, ini saya kongsikan resepi dan langkah membuatnya ya.

Bahan-bahan Inti:

Inti Sardin (Ini resepi saya - anda boleh buat apa-apa inti ya)

1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 biji kentang (di potong dadu)

1 sudu cili kering kisar (kalau tak nak pedas tak letak pun ok)

Sedikit sos cili thai atau sos cili biasa

1 tin kecil Sardin 

Gula/garam secukup rasa

Sedikit air dan minyak 


Cara Membuat Inti:

1) Panaskan minyak, tumis bawang besar dan kacau seketika.

2) Kemudian masukkan kentang yang dipotong dadu, kacau seketika.

3) Masukkan pula cili kering yang dah dikisar bersama sos cili dan kacau lagi.

4) Seterusnya masukkan sedikit sahaja air, kacau dan biarkan merenih seketika. Tujuannya adalah untuk melembutkan sedikit kentang tadi.

5) Masukkan sardin yang telah dilenyekkan ikannya, bersama gula dan garam secukup rasa.

6) Kacau dan biarkan seketika sebelum dimatikan api. pastikan air jangan terlalu banyak sebab nanti berair pula inti karipap ni.


Bahan-Bahan Doh:

Doh A:

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar shortening

2 sudu besar margerin

Doh A

Caranya:

Satukan semua bahan untuk doh A dalam satu bekas. Adun sebati sehingga menjadi seperti dalam gambar. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama banyak. Boleh gunakan penimbang jika nakkan sukatan yang sama dan bulatkan doh A tersebut.


Doh B:

2 cawan tepung gandum

1/4 cawan minyak jagung (minyak biasa pun boleh)

Garam secukup rasa (1 sudu kecil je)

1/2 - 1 cawan air (saya guna dalam 1/2 cawan je), tuang sikit-sikit waktu nak adun doh.

Doh B


Caranya:

Masukkan tepung ke dalam bekas yang tahan panas. Buatkan lubang di tengah-tengah seperti dalam gambar. Panaskan minyak tadi, setelah panas tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi di bahagian tengah yang di lubangkan. AWAS SEWAKTU MENGANGKAT DAN MENUANG MINYAK SEBAB IA PANAS. Gaul adunan dengan menggunakan senduk hingga sebati dan rata. Kemudian gunakan tangan dan gaul lagi hingga menjadi seperti serbuk roti. 

Sementara itu, sebatikan garam dalam air, tuangkan air sedikit dahulu ke dalam campuran tepung dan minyak tadi. Uli kesemuanya hingga tidak melekat di tangan. Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama banyak.

Cara satukan doh A dan doh B

CARA MEMBENTUK KARIPAP PUSING:

Ambil 1 bahagian Doh B, canai dan leperkan.Kemudian ambil 1 bahagian doh A dan letakkan di bahagian tengahnya. Bungkus dan kemaskan biar jadi bulat seperti dalam gambar di atas. Ulang langkah ini sehingga habis 4 bahagian doh tadi.



Ambil 1 bahagian doh yang dah disatukan tadi, canai dengan ketebalan sederhana kemudian gulung membentuk seperti silinder (seperti dalam gambar). Kemudian canai lagi dengan ketebalan sederhana juga dan gulung lagi seperti dalam gambar. Ulang langkah ini sehingga habis 4 doh. Rehatkan doh selama 10-15 minit untuk sebatikan ia.



Ambil 1 bahagian doh yang berbentuk silinder tadi, potong kepada 6 bahagian. Ambil sekeping doh yang dah dipotong tadi, canaikan tetapi jangan terlampau nipis jangan terlalu tebal. Kalau nipis susah nak kendalikan doh waktu nak masukkan inti dan kelim dan jika tebal sangat tajut tak masak tenagh pula nanti. Masukkan inti dan tutup kemudian kelim tepinya dengan kemas. Ulang lah proses ini sehingga habis doh anda.

Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api jangan terlampau besar. Jika api besar dikuatiri karipap cepat sangat hangit kulitnya tetapi bahagian dalam belum masak. Jika api terlalu kecil dan minyak belum panas, karipap akan 'makan minyak' pula nanti. Bila dah keperangan warnanya, angkat dan toskan minyaknya.

Inilah hasilnya..


Jika tidak mahu digoreng lagi, masukkan ke dalam bekas susun karipap anda. Lapiskan dengan plastik dan susun sehingga habis. Boleh simpan terus dalam peti sejuk, keluarkan esoknya dan terus goreng.

Karipap ini sangat rangup dan sedap walau ketika dah sejuk. Anda mesti cuba buat, anak-anak saya sangat sukakannya. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat untuk puan-puan. Selamat mencuba ya! Jumpa lagi..





12 comments:

  1. saya minta izin nak cuba tapi x tau bila ada masa lapang tq

    ReplyDelete
  2. Thanks so much sis utk resipinya.. Sy dah buat ikut resipi sis.. Alhamdulillah menjadik pulak (sbb sy mmg xpandai buat kuih/kek, selalunya tk jadik walaupun ikut resipi) karipap pusing sgt rangup mcm yg sy suke..tysm utk ilmunya �� Mmg patut cuba.. Berbaloi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kerana sudi mencuba resepi akak ni..:)

      Delete
  3. Nak tanya satu cawan tu guna cawan sukatan yg standard atau cawan yg kat rumah sbb ramai resipi org msia guna gitu saya nak pastikan sbb saya tunggai di LA

    ReplyDelete
  4. Resepi kak azlita masam manis mmg takpernah mengecewakan walaupun first time buat. Mcm2 resepi sy cuba melalui blog kak ita. Alhamdulillah semua menjadi.

    ReplyDelete
  5. Resepi kak azlita masam manis mmg takpernah mengecewakan walaupun first time buat. Mcm2 resepi sy cuba melalui blog kak ita. Alhamdulillah semua menjadi.

    ReplyDelete
  6. Klu xde shortening, nk ganti kan dgn apa ye? Ke klu xde pun xpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je puan..cuma mungkin kurang sikit je kerangupan + kegebuan. Puan boleh cuba buat.

      Delete