Tuesday 23 August 2016

Resepi Kuah Kacang Tauhu Sumbat Yang Sangat Sedap

Akak ni memang peminat tauhu sumbat. Kalau sebelah utara sana, tauhu sumbat kami biasanya makan dengan kuah kacang. Sebenarnya akak dah lama nak kongsi resepi kuah kacang ni kat blog akak tapi asyik bertangguh je. Akhirnya dari bulan ke bulan sampai masuk tahun pun tak tertulis lagi entri ni.

Inilah Tauhu Sumbat yang menjadi kegilaan ramai dulu


Kalau korang nak tahu, dulu sekitar tahun 2011-2012, suami akak pernah buat bisnes berasaskan soya sekejab. Apa yang suami akak buat ialah tauhu, taufufah dan air soya. Sebenarnya suka-suka je buat jualan secara sambilan, habis kerja cikgu, balik rumah petang atau malam suami akan mula buat dah produk soya dia tu.

Masa tu suami akak siap beli mesin soya dan ada ambil pekerja sambilan juga terutamanya pada bulan puasa sebab dok berniaga hari-hari. Akak pula masa tu tolong suami buat tauhu sumbat, sekali la dengan kuah kacang juga. Nak dijadikan cerita, produk soya suami laku sangat, tauhu sumbat pun selalu je tak cukup. Pelanggan cakap kuah tauhu sumbat akak sedap. Sampai ada yang minta resepi. Akak bagi je lah kan.

Tapi kali ni spesel untuk korang semua, akak nak share resepi kuah tauhu sumbat kat sini. Jom tengok resepinya.

Bahan-Bahan:

3 cawan kacang tanah yang dah digoreng dan dikisar kasar. Akak biasa beli kacang yang besar warna putih tanpa kulit)

Cili Kering Kisar (ikut kepedasan masing-masing) biasa akak letak 1@2 sudu je.

1 ketul gula melaka (bulat)

Gula pasir 2 sudu besar atau ikut kesedapan masing-masing

Garam secukup rasa

Air asam jawa (jangan terlampau banyak asam jawa nanti masam)

1 ketul kiub ayam (jika suka)

1 sudu tepung jagung

Sedikit Air

Sedikit Minyak Masak


Cara Membuatnya:

Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumis cili kisar.

Campurkan kacang yang dah dikisar kasar bersama air asam jaga dan tuangkan ke dalam tumisan cili tadi.

Masukkan Gula Melaka (patahkan kecil), gula pasir, garam dan kiub ayam kacau dan masak dengan api kecil sehingga gula larut.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam periuk tadi. Pastikan kuah jangan terlalu pekat, biar cair sedikit sebab nak campur tepung jagung tadi.

Rasakan kuah kacang biar secukup rasa, setelah mendidih beberapa ketika bolehlah di makan bersama tauhu sumbat atau cicah bersama cucur udang.

Ok itu sahaja resepinya. Selamat mencuba.

2 comments: