Thursday 25 August 2016

Kenapa Saya Mesti Menjadi Mentor Anda Dalam Shaklee?

Saya nak sangat membantu anda semua menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee sebagaimana yang telah saya capai setelah 4 tahun menjalankan bisnes Shaklee secara part-time dengan serius. Mari saya nyatakan beberapa kelebihan dan pengalaman yang saya ada untuk menjadi mentor anda dalam bisnes ini.



Pencapaian Saya Dalam Shaklee.


° Join Shaklee sejak September 2012.

° Founder Empayar Shaklee an-Najah.

° Telah mencapai rank Senior Coordinator.

° Pernah menerima cash bonus sehingga 5 angka.

° Telah dan masih menerima car bonus @ insentif kereta dr Shaklee.

° Telah menerima insentif percutian PERCUMA Shaklee ke Long Beach, California, USA.

° Telah menerima 3 kali insentif percutian PERCUMA dalam negara.

° Telah menerima 3 kategori leadership award di Shaklee Global Conference, Long Beach, USA.

° Telah menerima leadership award dr Shaklee sewaktu National Conference selama tiga tahun berturut-turut.

° Mempunyai hampir 500 orang anak-anak bisnes di bawah Empayar an-Najah termasuk leader dan pengedar yang aktif sehingga kini.

Sewaktu menerima replika kunci kereta


Kenapa Saya Nak Sangat Menjadi Mentor Shaklee Anda?

Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya tetap sebagai Pensyarah Universiti, mempunyai 6 orang anak berusia 1 hingga 12 tahun dan telah hampir setahun menguruskan rumahtangga dan anak-anak bersendirian kerana suami bekerja di Kedah dan saya di Terengganu. Tetapi saya dapat mencuri sedikit masa saya untuk menjalankan bisnes Shaklee secara part-time dan saya berjaya melakukannya. Saya amat pasti, anda lagi boleh berjaya lebih daripada apa yang saya dapat.

Dahulunya, saya kurang aktif berfb. Kalau berfb pun hanya banyak "buangkan" masa saya dengan scroll fb baca status kawan-kawan je tanpa dapat apa-apa. Tapi kini setelah ber"Shaklee", saya amat aktif berfb malah yang bestnya saya bukannya buang masa dgn baca post kawan-kawan je mcm dulu, kini sambil berfb saya dapat income tambahan setiap 15 hb. Sebab tu saya nak sangat ajar anda mcmna nak cari income secara online ni. Saya nak sangat bantu anda semua.

Dahulu, saya tak de ilmu langsung tentang blog. Kini, saya dah tahu selok belok berblog dan dah boleh ajar anak-anak Shaklee saya create blog. Dan dengan keadaan diri saya sekarang, saya masih sempat update blog apatah lagi anda kan? Jadi gunakan peluang dan kelebihan yang anda miliki untuk bersama-sama saya berjaya dalam Shaklee.

Dahulu, saya dapat naik rank Senior Coordinator sewaktu saya tengah struggle siapkan tesis PHD saya. Saya join Shaklee dan "menyibukkan" diri dengan Shaklee antara sebabnya adalah untuk hilangkan stress saya waktu tengah pening nak siapkan tesis. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah dan pada masa yang sama berjaya juga mencapai rank ke-4 dalam Shaklee selepas Distributor. Jadi, saya amat yakin bahawa anda lagi boleh capai lebih hebat daripada saya.

Kalau anda nak tahu, saya ni seorang yang "pemalu" bila berhadapan dengan orang. Saya susah untuk buka mulut untuk bercerita dan tarik orang join bisnes secara "face to face". Sampai sekarang saya tak pernah bercerita atau memujuk kawan-kawan beli atau join Shaklee secara berdepan. Sebabnya saya pemalu..sebab ni jgk la banyak sangat MLM yang saya join berkubur sahaja. Tetapi tidak dengan Shaklee. Saya boleh berbisnes secara online. Saya bebas bercerita itu ini tentang Shaklee di alam maya ini. Saya jadi tak "malu" dah nak bercerita sebab bukannya berhadapan secara "face to face". Hihi. Jika anda ada sikap macam saya, anda boleh join saya kita sama-sama belajar nanti. Mungkin lepas ni kita boleh belajar untuk berbisnes Shaklee secara offline juga.

Saya tahu ramai kawan di luar sana yang masih tercari-cari kerja atau bisnes part-time untuk menambah pendapatan sampingan keluarga. Jadi saya nak sangat bantu anda untuk merealisaikan impian anda. Tak kira anda masih belajar, tidak bekerja, dah bekerja, sudah pencen, masih bujang, dah berumahtangga dan beranak atau bercucu..semuanya saya alu-alukan untuk bersama-sama saya mencapai impian anda bersama SHAKLEE.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.