Thursday 11 August 2016

Projek D.I.Y: Rompers Baby Bertukar Menjadi Gaun Yang Cantik

Assalamualaikum.


Sebenarnya dah agak lama akak nak share Projek D.I.Y akak yang pernah dikongsi oleh ribuan orang di FB awal tahun hari tu. Bukannya apa, bila kita buat entri khas, mudah sikit kita nak rujuk lepas ni kan. Tapi disebabkan kekangan masa, asyik bertangguh je hasrat nak tulis entri ni. Jadi sementelaah ada masa free skit ni, boleh la akak siapkan entri ni Projek D.I.Y kali ni.

Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil pasti banyak baju rompers untuk baby kat rumah kan? Kalau husband akak ni dia panggil baju 'bikini' haha..waktu baby kecik je lah bagi pakai macamni kan? Dah besar nanti, idoknye boleh pakai macamni..

Sebenarnya beberapa lama dulu akak pernah tengok di FB diorang dok share gambar seorang ibu tu buat gaun anak daripada rompers. Jadi dari situ la akak tiru idea dia. Kebetulan masa akak kongsi di fb, ramai lak yang turut kongsikan gambar akak buat gaun tu..dah jadi viral lak rupanya..takpelah benda baik boleh je kalau nak viralkan. Moga ramai lagi dapat manfaat..ye dok?


Bahan-bahan yang diperlukan


Bahan-bahannya senang je, rompers baby yang dah tak muat, getah pinggang untuk seluar, sedikit kain untuk bahagian bawah gaun gunting dan benang. Kalau korang lagi kreatif boleh la tambah renda-renda dan sebagainya. Sudah semestinya kena guna mesin jahit..tapi kalau sape rajin jahit tangan boleh je kot.




Sebelum dan selepas


Caranya lagi mudah, korang potong je macam dalam gambar tu. Rompers potong kepada dua bahagian, bahagian atas untuk atas gaun, bahagian bawah rompers untuk seluar. Kain tadi pun sama je, potong ikut kreativiti masing-masing. kalau nak buat kedut banyak bahagian pinggang pun boleh. Yang akak buat ni kira basic sangat lah bagi orang yang mahir menjahit.


Taddaaa..Huda dah pakai gaun ummi buat..


Dah selesai jahit semua, pasti korang teruja sangat tengok anak korang pakai. haha.. Sebelum ni akak tak pernah terfikir nak buat macam ni. Rompers kecik banyak bagi kat anak sedara je. Jadi korang lepas ni boleh la buat macamni kan.

Ok setakat ini dulu sharing dari akak..selamat mencuba ya.

Jumpa lagi..bye..