Tuesday 23 August 2016

Kenapa Mr. Roger Barnett Berani Wujudkan Landmark Study Untuk Shaklee?

Kali ni akak nak share tentang Landmark Study Shaklee. Apa tu Landmark Study? Haa..korang mesti selalu dengar perkataan Landmark kan? Analoginya macam ni lah ya, biasanya kita sebut sebagai mercu tanda..contohnya kalau kita nak ke Kuala Lumpur, biasanya landmark atau mercu tanda yang sinonim dengan Kuala Lumpur ialah KLCC, Dataran Merdeka, KL Tower dan seumpamanya lah kan.

Akak bersama Roger Barnett, CEO Shaklee sewaktu
Global Conference Shaklee tahun 2014 di Long Beach, USA


Begitu juga dengan Shaklee, Roger Barnett nak sangat satu Landmark Study dijalankan supaya ada bukti saintifik tentang keberkesanan produk Shaklee terhadap orang ramai. Sebenarnya kisah kecintaan Roger terhadap Shaklee ni bermula selepas beliau dan keluarganya sendiri merasa kesan yang positif setelah mengguna produk Shaklee. Untuk pengetahuan semua, anak Roger adalah seorang pengidap asthma yang agak kronik suatu ketika dahulu.

Setelah berjumpa dengan pelbagai doktor pakar dan mencuba pelbagai jenis ubat serta produk, penyakit anak beliau masih juga tiada penawarnya. Sehinggalah beliau 'berkenalan' dengan Shaklee dan mengambil keputusan untuk menggunakan Set Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee untuk kediaman beliau.



Apa yang menakjubkan, anak beliau tidak lagi diserang asthma setelah beberapa lama mereka menggunakan Set Get Clean Home ini. Rupa-rupanya anak Roger alah dengan habuk dan kotoran yang berada di persekitaran yang juga menjadi punca kepada penyakit asthma.





Setelah Roger menerajui Shaklee Corp., beliau mengarahkan supaya satu survey & kajian saintifik dijalankan terhadap produk Shaklee demi membuktikan kepada orang ramai tentang keberkesanan dan kehebatan Shaklee berbanding brand lain.



Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan dalam Shaklee iaitu sekumpulan saintis dan penyelidik dari University of California, Berkeley yang diketuai oleh Dr. Gladys Block. Dr Block merupakan salah seorang pakar atau ahli epidemiology di USA. 



Kalau korang nak tahu, Landmark Study ini amat berisiko sekiranya resultnya nanti tidak memihak kepada syarikat kerana hasil kajian mesti diterbitkan kepada umum iaitu dalam peer review journal. Tapi Roger Barnet tidak risaukan tentang result yang bakal diperolehi kerana beliau amat yakin dan percaya dengan keberkesanan produk Shaklee.



Kajian telah dijalankan terhadap lebih 1000 orang responden yang mempunyai 3 kriteria berikut:


° Mereka yang tidak mengambil sebarang suplimen tetapi mengamalkan diet sihat.
° Mereka yang mengambil suplimen jenama lain.
° Mereka yang mengambil suplimen Shaklee.


Apa yang memeranjatkan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam graf berikut, result menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplimen jenama lain yang paling berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.







Korang fikir kenapa agaknya ya? Makan suplimen tapi lagi mengundang risiko penyakit? Haa..yang ni akak tak nak cakap apa-apa lah, korang fikir-fikirkan sendiri lah. Sebab tu juga banyak syarikat suplimen yang tak nak buat Landmark Study ni. Takut diorang kantoi nanti..



Dan untuk pengetahuan korang juga, Shaklee adalah satu-satunya syarikat suplimen yang berani mengambil risiko ini. Jadi, kalau akak dok cakap Shaklee ni bagus, korang tak boleh nak marah ya sebab akak ada bukti berdasarkan Landmark Study ni..jadi tunggu apa lagi, jom bertukar jenama suplimen korang kepada jenama SHAKLEE..

Rujukan dan keputusan lengkap mengenai Landmark Study Shaklee ni, korang boleh pergi ke website Landmark Study.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.