Sunday 7 August 2016

Bagaimana Memilih Kalsium Terbaik?

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.

Kalsium merupakan salah satu mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bila kita sebut tentang kalsium, ia sudah tentunya amat berkait dengan tumbesaran, tulang dan gigi. Jadi, sekiranya tubuh kita kekurangan kalsium, secara ironinya sudah pastilah kita akan menderita penyakit-penyakit berkaitan tulang dan gigi juga tumbesaran.

Sekarang ini, terdapat pelbagai jenis jenama kalsium yang dijual di pasaran Malaysia. Tetapi harus diingatkan bahawa, sebagai pengguna kita mestilah bijak memilih dan membeli supaya ia setimpal denga nilai duit yang kita laburkan.

Dalam entri ini, akak nak kongsikan sedikit tips dengan korang semua tentang bagaimana ingin memilih kalsium yang terbaik. 3 tips tersebut ialah:

1) Pilihlah produk kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang lebih baik oleh tubuh.
2) Elakkan produk kalsium yang diperbuat daripada tulang dan dolomite (sejenis batu kapur) untuk mengelak daripada keracunan makanan.
3) Elakkan mineral 'chelated' kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.



Apa yang membezakan Ostematrix Shaklee dengan kalsium yang lain?

Kalsium Shaklee atau lebih dikenali dengan Ostematrix adalah kalsium yang mempunyai kandungan yang paling seimbang kerana kadar penyerapannya adalah 99%. Ia diformulasikan secara unik iaitu daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ianya bukan hanya mengandungi kalsium, tetapi juga mengandungi Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron. Kesemua nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan yang baik oleh tubuh dan mengahalang endapan sesetengah mineral.

Kajian oleh para saintis Shaklee menunjukkan bahawa pengambilan 2 caplets Ostematrix sehari telah menyebabkan peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam. Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplimen adalah dengan mengukur perubahan tahap kalsium dalam darah selepas menggunakan suplimen tersebut.

Apakah Manfaat Utama Ostematrix Shaklee?

1) Menguatkan tulang.
2) Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas.
3) Meringankan stres.
4) Memperbaiki masalah haid.
5) Mengimbangi pH tubuh.
6) Memperbaiki hiperaktiviti tubuh dan sakit gastrik.
7) Kandungan Vitamin D dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus  dan mampu memperbaiki penyakit berkaitan tulang.
8) Magnesium pula dan membantu menggalakkan komposisi tulang dan rawan serta membantu sistem saraf.
9) Zinc, mangan, boron dan kuprum membantu memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.

Cadangan pengambilan utk memelihara kesihatan: 2 tablet, 2 kali sehari / 4 tablet 1 kali sehari. Boleh ditingkatkan dos pengambilan bagi penyakit yang lebih kritikal seperti tulang retak dan masalah kekejangan otot dan lain-lain.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: 


✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.