Thursday 11 August 2016

10 Tanda Penting Kehamilan Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Assalamualaikum.

Seringkali kita mendengar ada dari kalangan kawan atau sedara kita yang tidak sedar bahawa mereka hamil. Situasi ini seolah-olah menggambarkan bahawa tiada tanda langsung yang boleh menunjukkan bahawa mereka hamil. Pernah kan kita dengar situasi sebegini? Atau korang sendiri dah alaminya?

Sememangnya bagi sesetengah wanita, tiada petanda langsung yang dapat memberi 'signal' bahawa mereka telah hamil. Akan tetapi, bagi kebanyakan wanita, mereka akan mengalami simptom atau tanda-tanda berikut sama satu, dua atau lebih. Bila terjadi tanda-tanda ini, seseorang itu perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

10 Tanda Anda Hamil 

Pertama: Mengidam

Ia bukanlah satu tanda yang pasti menunjukkan anda hamil tetapi sekiranya anda mengidam makanan-makanan yang pelik diikuti beberapa tanda-tanda lain yang akan akak sebutkan di bawah, anda perlulah membuat pemeriksaan kehamilan secepat mungkin. Mengidam ni pula, tak sama mengikut setiap individu. Kalau mengidam makanan yang mudah dicari ok lagi, tapi kalau mengidam makanan yang susah dicari, jenuh la si suami nak penuhi kehendak isterinya..


Sesetengah wanita hamil mengidam makanan laut


Kedua: Warna Areola Menjadi Gelap


Perubahan warna di sekitar puting payudara juga mungkin menjadi tanda bahawa anda telah hamil Perubahan warna sekeliling puting menjadi gelap bermaksud kemungkinan proses persenyawaan telah berjaya. Akan tetapi, ia juga mungkin bermakna ketidakseimbangan hormon yang tidak berkait dengan kehamilan atau juga kesan daripada kesan kehamilan terdahulu.



Ketiga: Pendarahan atau Kekejangan Akibat Implantasi


Lebih kurang lapan hari dari tarikh ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat. Ia juga diikuti dengan sedikit kekejangan di bahagian bahaw perut (rahim). Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.



Kekejangan di bahagian bawah perut


Keempat: Kerap Membuang Air Kecil


Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mengalami kekerapan untuk membuang air kecil.





Kelima: Kerap Merasa Letih


Jika anda mengalami rasa letih yang kerap, ia mungkin petanda bahawa anda hamil. Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan walaupun ia mungkin bukanlah tanda yang pasti tanpa kehadiran tanda-tanda lain.





Keenam: Payudara Melembut dan Membengkak


Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan. Dan sekiranya anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku tetapi ia menjadi lebih sensitif. Namun, apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan itu akan hilang.


Ketujuh: Perubahan Deria Rasa


Jika anda merasakan perubahan pada deria rasa anda, ia mungkin petanda bahawa anda hamil. Ini adalah kerana bagi sesetengah wanita, mereka akan merasa sedikit payau di mulut. Ada juga sebahagian wanita yang lain mengatakan bahawa mereka tidak tahan dengan bau kopi, teh atau makanan yang biasa mereka suka.


Kelapan: Mabuk Pada Waktu Pagi (morning sickness)


Sesetengah wanita hamil tidak mengalami tanda morning sickness ini tapi bagi sesetengah wanita, mereka mengalami mabuk yang amat teruk. Bagi mereka yang tidak pernah mengalami morning sickness ini, ia adalah sesuatu yang amat bertuah. Anda mungkin mengalami mabuk, loya dan tidak sedap perut seawal dua hari selepas persenyawaan. Ia juga bukan hanya berlaku pada waktu pagi, tetapi juga mungkin berlaku pada waktu petang dan malam. 





Kesembilan: Tidak Datang Haid


Bagi mereka yang mempunyai aturan haid yang baik, jika tiba-tiba haid anda lewat, anda perlulah membuat ujian kehamilan kerana anda mungkin hamil. Tidak datang haid adalah tanda yang paling pasti  bagi wanita yang telah baligh dan mempunyai kitaran haid yang teratur. Namun, jika anda mempunyai kitara haid yang tidak teratur, anda mungkin mengalami kesukaran untuk mengenalpasti tanda kehamilan ini. Anda perlu berjumpa Dr untuk pemeriksaan lanjut.





Kesepuluh: Ujian Kehamilan Yang Positif


Jika anda mengalami sebahagian daripada tanda-tanda di atas, anda bolehlah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah. Setelah dipastikan sesahihanya, bersegeralah untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan. 






Kredit info: babycenter malaysia.


Shaklee mempunyai satu set vitamin yang amat disarakan kepada ibu hamil. Jika anda inginkan info lanjut mengenai Set Kehamilan Shaklee, bolehlah berhubung dengan akak seperti dalam maklumat di bawah.





Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:




✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.