Thursday 11 August 2016

Kehamilan dan Buasir - Pengalaman Sendiri

Sewaktu hamil anak sulung, saya sering mengalami sembelit sehingga akhirnya membawa kepada terjadinya buasir. Kebiasaannya ibu hamil sering mengalami masalah ini. Jika tidak dikawal, ia akan berlarutan sehingga tempoh berpantang dan selepasnya.


Saya masih ingat ketika hamilkan Haziq (anak sulung) saya cukup takut untuk ke tandas. Disebabkan keadaan itu, najis menjadi keras dan menyebabkan luka di bahagian dubur. Keadaan menjadi semakin teruk selepas melahirkan Haziq akibat teranan yang kuat.

Situasi saya berulang lagi sewaktu hamil anak kedua iaitu kehamilan kembar. Setiap kali nak membuang air besar, saya pasti menangis sebab sakit sangat. Ubat yang diberi oleh Dr pun tiada kesannya. Pernah sewaktu membuang air besar, darah keluar macam air..pedihnya tak dapat nak cerita lagi.

Berjam-jam juga lamanya saya bertapa dalam tandas. Memang terasa siksa sangat ditambah dengan perut yang semakin membesar. Disebabkan terlalu lama mencangkung dalam tandas, buasir saya semakin parah.

Dan ianya menjadi semakin teruk sewaktu melahirkan anak kembar saya..disebabkan saya bersalin normal, teranan yang kuat membuatkan buasir saya terkeluar. Dr sendiri memaklumkan pada saya, dia terpaksa menolak masuk buasir itu ke dalam semula.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman berpantang saya amat tidak menyeronokkan pada waktu itu. Luka pun lambat sembuh disebabkan masalah ini. Masalah ini berlarutan dan berulang kembali sewaktu hamil anak keempat iaitu kehamilan ketiga saya.

Cumanya pada waktu itu, saya sedikit bernasib baik kerana anak keempat itu saya bersalin secara pembedahan kerana kedudukan bayi songsang. Disebabkan tiada proses teranan, kesakitan akibat buasir tidak berlaku pada waktu itu.

Saya ni dikirakan pengidap buasir yang agak kronik beberapa tahun dahulu. Sehingga Dr pernah menyarankan supaya saya melakukan pembedahan untuk mengatasi masalah buasir yang saya hadapi.

Sehinggalah saya berkenalan dengan Shaklee pada penghujung tahun 2011. Setelah beberapa lama saya mengamalkan vitamin Shaklee iaitu Set Asas (Vitalea, Vit C dan B Complex), saya disahkan hamil anak kelima.

Pada waktu itu, saya ambil keputusan untuk amalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP dan Omega. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya tidak lagi mengalami masalah sembelit sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Saya berasa amat gembira dengan keadaan itu dan saya mendapat kegembiraan berganda apabila masalah kejang kaki atau krem sewaktu hamil boleh dikatakan tidak pernah berlaku langsung masa mengandungkan anak kelima dan meneruskannya untuk anak keenam.

Vitamin yang saya ambil sewaktu hamil dan berpantang


Saya menjalani tempoh kehamilan dan berpantang dengan gembira sekali. Tiada lagi berlaku sembelit sewaktu berpantang, tiada lagi situasi takut untuk membuang waktu berpantang. Apa yang menyeronokkan saya, luka jahitan sewaktu bersalin juga sembuh dengan cepat.

Keadaan ini berlaku kerana peranan Ostematrix yang terdapat dalam Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee yang saya amalkan. Ostematrix Shaklee amat membantu para ibu hamil untuk membuang dengan lawas dan dapat mengelakkan berlakunya krem kaki.

Ostematrix Shaklee


Sememangnya ibu hamil amat memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Kadang-kadang walaupun telah minum susu, keperluan kalsium ibu masih belum mencukupi kerana kita berkongsi nutrien dengan bayi dalam kandungan. Oleh sebab itu, kita kena pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi sewaktu hamil untuk mengelakkan sembelit, krem kaki, sakit gigi dan masalah-masalah lain lagi.

Saya amat sarankan para ibu hamil semua mengambil Ostematrix Shaklee. Ia berbentuk tablet yang mudah untuk ditelan dan amat sesuai bagi mereka yang tidak gemar meminum susu. InsyaAllah ia akan dapat mengelakkan dari berlakunya masalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang.

VIDEO TESTIMONI AKAK SENDIRI >>> JOM TONTON

INI PULA VIDEO TESTIMONI IBU BERPANTANG TENTANG MASALAH SEMBELIT BELIAU..


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Klik pada logo berikut untuk pembelian Ostematrix Shaklee Secara Online >>>




Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:




✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.