Sunday 7 August 2016

Resepi Kek Buah Lazat Yang Pasti Membuatkan Anda Terpikat

Assalamualaikum. Didoakan semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Dah agak lama rasanya akak menyepi dari berkongsi resepi-resepi di blog ni dengan korang semua. Maklumlah baru pindah ni, macam-macam perkara nak kena settlekan. Alhamdulillah, hari ni diberi peluang dan ruang masa untuk akak kongsikan dengan korang semua satu lagi resepi kesukaan akak iaitu kek buah.

Sebenarnya, sebelum ni akak tak berapa suka makan kek buah ni..sebab kalau yang beli tu rasanya manis sangat dan kurang memenuhi selera akak. Sehinggalah baru-baru ni akak teringin nak mencuba resepi dari Azlina Ina di FB. Akak pun cuba la buat ikut resepi dia, alhamdulillah sedap juga dan tidak mengecewakan.

Dalam masa yang sama, masa raya hari tu akak ada order kek buah ni dengan seorang rakan Shaklee akak..kek buah dia pun sedap sangat dan memang memenuhi selera akak..kira makan berkali-kali sampai tak terasa dah nak habis. Lepas tu, akak pun minta resepi daripada beliau. Alhamdulillah kawan akak bagi resepinya dan benarkan akak berkongsi di blog ni.

Sebenarnya resepi ni lebih kurang je kot dengan resepi Azlina Ina, akak pun tak cek satu-satu tapi lebih kurang je lah akak rasa. Ok jom kita tengok bahan-bahannya.

Antara bahan yang digunakan

Bahan-Bahannya:

300gm gula pasir (blh kurangkan ikut tahap kemanisan yang anda suka..akak kurangkan sikit je dalam 10gm. kalau tak kurang pun dah ok)

250gm butter (orang kata butter terbaik untuk kek buah ialah butter jenama Tatura macam yang akak guna kat atas tapi boleh je guna apa-apa brand pun)

1/4 cawan air

250gm buah campuran (akak campurkan sikit buah kurma & tambah kismis)

300gm tepung naik sendiri (boleh guna tepung gandum + ditambah sesudu kecil soda bikarbonat)

3 biji telur gred A

1 sudu teh esen vanilla

1/4 sudu teh cream of tartar


Cara membuatnya:

1) Masak gula pasir (untuk jadikan gula hangus), bila dah hangus (cair semuanya) campur 1/4 cawan air dan kacau sampai larut.

2) Kemudian masukkan butter yang dah dipotong dadu, kacau sebati.

3) Sementara itu, rendam buah campuran dalam air suam selama 1-2 min untuk buang segala manisan dan toskan. Setelah itu masukkan dalam campuran gula hangus dan butter tadi, kacau sebati.

4) Biarkan sejuk seketika, kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda dan cream of tartar.

5) Pukul telur seketika, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi..kacau lagi hingga sebati seperti dalam gambar di bawah.

Kacau sebati adunan gula hangus, telur, buah campuran dan campuran tepung.


6) Panaskan periuk kukusan biar air betul-betul mendidih.

7) Bahagikan adunan kepada dua bekas, setiap satu adunan lebih kurang 600gm lebih. Boleh gunakan bekas loyang yang ditutup atasnya dengan aluminium foil atau bekas kontainer bertutup seperti dalam gambar akak. Pastikan bekas tu bertutup ya waktu mengukus supaya air dari periuk kukusan tak menitis.Boleh juga balut penutup periuk dengan kain jika tiada aluminium foil atau bekas container tu.

8) Kukus selama 3 jam. Jangka masa ni jika korang bahagi 2 adunan tadi. Kalau nak kukus semua sekali dalam bekas besar, kena kukus selama 6 jam tau.

9) Selepas tiga jam (atau 6 jam), tutup api dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan bolehlah dimakan..


Kek yang dah siap...sedap baq hang!
Macamana? Mudah je kan? Boleh la cuba lepas-lepas ni..akak pun dah dua kali buat, ingat nak buat lagi nanti. Bahan-bahan semua dah tersedia. Ok korang semua..jangan tak buat tau. Sehingga berjumpa lagi..

Bye bye.