Wednesday, 27 January 2016

Resepi Waffle Paling Ringkas, Mudah dan Pantas.

Assalamualaikum.

Apa khabar puan-puan para ibu semua? Pasti ibu-ibu semua terutama yang ada anak belajar di sekolah rendah sibuk pagi-pagi memikirkan apakah menu sarapan dan bento anak-anak ke sekolah kan? Bagi yang dah buat jadual menu tu mudah la sikit, tak perlu nak pening kepala dok fikir menu sarapan pagi. Tapi bagi ibu-ibu macam akak ni, yang asyik bertangguh je nak buat jadual..memang kira tangkap muat je orang kata nak masak apa. 

Waktu malam tu anak-anak dah tanya: "ummi, esok kita makan apa..?" Ha..masa tu lah baru nak tengok stok makanan yang ada di dapur. Maklumlah, kadang-kadang nak memenuhi selera 5 orang anak berusia antara 3 tahun setengah hingga 12 tahun memang susah jugak tu. Nasiblah si baby kecik tu tak pandai nak memilih lagi. Asal ummi buat bubur je dia makan lah..hahaha

Ok kali ni akak nak share satu resepi ringkas dan mudah untuk membuat waffle. Tapi kena pastikan semua bahan-bahan ada kat rumah la. Resepi ni dah beberapa kali akak buat dalam bulan ni. Anak-anak pun suka. Ada entri yang lepas akak share resepi waffle juga tapi kali ni lain sikit. Resepi sebelum ni puan-puan boleh rujuk di sini ya. Bolehla anda cuba resepi waffle yang ni pula. Akak adun guna blender je. 

Beginilah rupa waffle yang akak buat..


Bahan-bahannya:

(Untuk sukatan tepung, susu cair, air & minyak, akak guna cawan rice cooker..saja nak memudahkan ibu-ibu semua)

3 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
2 cawan air suam
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu mentega
1/2 sudu kecil cream of tartar (kalau takde pun ok je)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ayam

Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga semua bahan sebati. Pastikan tepung-tepung tiada lagi melekat di tepi balang pengisar. Jika masih melekat, guna spatula untuk kikis tepung yang melekat dan kisar lagi hingga semua bahan sebati dan halus. Jika anda tengok adunan agak pekat, boleh tambah sedikit air dan kisar lagi biar sebati.

Sementara itu, panaskan waffle maker, bila dah sedia masukkan adunan dan bakarlah hingga masak. Hidang waktu masih panas bersama perisa kegemaran anda. Anak-anak akak suka makan bersama nutella, peanut dan jem strawberi.

Waffle Maker yang akak guna..beli kat Lazada je. 


Memang sekejab je nak sediakan adunan waffle ni tapi kena pastikan semua bahan-bahan dah tersedia lah. Kalau awal pagi tu buat memang sempat sangat lah. Semoga perkongsian resepi kali ini bermanfaat buat anda semua.

Sehingga berjumpa lagi.


9 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  2. Tengah coba kak harap jadi..thanks

    ReplyDelete
  3. Done jadi ...tu jer xx hangup n kembang..kena adjust nanti

    ReplyDelete
  4. mau rangup? tambah secawan tepung beras...

    ReplyDelete
  5. boleh tak gune tepung kek naik sendiri. pastu baking powder xyh buh dah

    ReplyDelete