Saturday 20 October 2018

6 Punca Lelaki Tidak Subur Yang Perlu Diambil Tahu Oleh Para Suami

Tahukah anda apakah punca lelaki tidak subur? Adakah para suami ambil tahu mengenai punca-punca ini? Perkara ini amat penting diketahui oleh pasangan yang belum dikurniakan cahayamata setelah lebih setahun berkahwin. Jom kenali punca-punca tersebut.



Sekarang ni, ramai je para suami yang mempunyai masalah kesuburan tapi takut atau malu untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan bagi menceritakan masalah mereka. Tuan-tuan dan encik-encik tak sepatutnya bersikap begini, anda mesti segera untuk berjumpa dengan doktor bagi menyelesaikan masalah anda.

Jika sudah lebih daripada 1 tahun anda kerap bersama dengan isteri tanpa melakukan sebarang tindakan yang boleh menghalang si isteri untuk hamil tetapi si isteri tetap juga belum hamil, ini bermakna pasangan ini perlu segera berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca mengapa perkara ini terjadi. Kali ini saya akan kongsikan tentang punca bagi pihak suami.


Apakah Punca Lelaki Tidak Subur?


1) Saluran Sperma Tersumbat.

Suami atau lelaki tersebut mungkin mengalami masalah saluran yang membawa sperma tersumbat. Akibat daripada sumbatan ini, ia boleh menghalang sperma daripada bercampur dengan air mani. Bagaimana sumbatan ini boleh terjadi? Ia boleh terjadi akibat jangkitan, kecederaan atau sememangnya beliau dilahirkan dengan keadaan sedemikian.

Organ Pembiakan Lelaki

Masalah sumbatan ini boleh diatasi dengan cara pembedahan. Oleh sebab itu, suami isteri yang mempunyai masalah ketidaksuburan ini perlu berjumpa Dr untuk mengetahui langkah seterusnya yang boleh diambil.

Seseorang lelaki yang telah membersihkan saluran sperma yang tersumbat mempunyai 50% hingga 75% peluang untuk subur semula setelah sumbatan itu dibersihkan.


2) Masalah Sperma Yang Tidak Tetap

Masalah berkaitan sperma yang tidak normal ni memang kerap berlaku. Sperma lelaki boleh jadi terlalu kurang, bentuk yang tidak normal, pergerakan yang tidak betul dan mungkin juga sukar bergerak.

Untuk masalah ini, para suami boleh mengambil ubat subur atau membuat rawatan kesuburan seperti:

i- Mengambil ubat ganadotrophins:

Ubat kesuburan yang amat membantu jika suami anda tidak dapat menghasilkan apa-apa sperma.


Selain itu, jika anda ingin mengambil suplimen yang semulajadi dan selamat untuk membantu menghasilkan sperma yang berkualiti, anda boleh mengambil CoQtrol Plus dan Zinc Plus Shaklee. Bacaan lanjut mengenai fungsi Coqtrol dan Zinc Plus untuk atasi masalah ketidaksuburan, boleh baca di sini.



ii- Membuat Rawatan IUI:

Rawatan inseminasi dalam rahim dengan sperma suami anda.

iii- Suntikan Sperma (ICSI):

Membuat rawatan suntikan sperma.


3) Masalah pancutan (ejakulasi)

Punca utama suami tidak subur juga mungkin berlaku disebabkan pancutan suami yang tidak tepat (sperma tidak bergerak dengan baik), atau mungkin spermanya tertinggal atau ternaik dalam pundi kencing.



Masalah ini dapat diatasi dengan berjumpa Dr untuk mendapatkan rawatan dan juga mengambik ubat kesuburan atau suplimen-suplimen tertentu.


4) Penggunaan Minyak dan Ubat-Ubatan


Seorang suami yang kerap mengambik ubat-ubatan juga boleh menjadi punca kepada ketidaksuburan beliau. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberi kesan kepada ketidaksuburan sperma atau yang boleh menyebabkan sperma rosak.


Elakkan Pengambilan Ubat Yang Berterusan


Antara ubat-ubat yang perlu diawasi ialah seperti:

a) Ubat antibiotik
b) Sesetengah ubat yg diambil utk masalah
darah tinggi.
c) Ubat untuk rawatan ulser
d) Steroid


5) Masalah Hormon Testosteron Yang Rendah

Ada pendapat menyatakan bawah penurunan jumlah sperma juga adalah disebabkan oleh kadar hormon testosteron yang rendah. Apakah itu hormon testosteron? Testosteron adalah hormon yang dihasilkan oleh kaum lelaki dalam testis dan kelenjar adrenal.

Kadar testosteron yang tinggi dapat mempengaruhi kesuburan lelaki yang berkait dengan gubunga seksual dan juga dapat meningkatkan fungsi organ reproduksi. Kadar testosteron bagi seorang lelaki mencapai kemuncak pada usia 40 tahun dan akan makin menurun selepas itu.

Jadi untuk memastikan kadar testosteron anda tidak menurun sebelum tiba masanya, faktor pemakanan paling penting kena kawal.


6) Penyakit Fizikal

punca lain kepada masalah ketidaksuburan lelaki juga adalah disebabkan oleh penyakit fizikal yang dialami oleh seseorang individu. Antara penyakit yang boleh menyebabkan masalah infertiliti ini ialah seperti darah tinggi, kencing manis dan seumpamanya. Oleh sebab itu, semua lelaki mesti menjaga kesihatan diri dengan baik bagi menghindari penyakit-penyakit ini. \


Pengambilan Suplimen

Selalunya kaum lelaki atau suami amat susah untuk mengamalkan suplimen sebagai amalan harian mereka. Namun, bagi para suami yang mengalami masalah ketidaksuburan ini, anda mestilah konsisten mengambil vitamin dan pastikan vitamin yang diambil adalah semulajadi, selamat dan bebas bahan kimia merbahaya.

Dalam Shaklee, terdapat beberapa suplimen yang boleh diamalkan osetiap hari bagi meningkatkan kesuburan dan kualiti sperma iaitu Set Lelaki Sejati. Set ini terdiri daripada CoQtrol, Omega Guard, Zinc dan Vitamin E. Untuk bacaan lanjut mengenai fungsi vitamain-vitamin ni, boleh rujuk di sini.



Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, dan berminat untuk membeli Set Lelaki Sejati ini, boleh terus klik link di bawah. Anda juga boleh wassap saya di talian 013.4517098 @ wassap terus ke link berikut ( www.wasap.my/0134517098/set+kesuburan+lelaki ).



Untuk sebarang pertanyaan lain mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.