Assalamualaikum..
Terasa agak lama akak tak berkongsi resepi kat sini. Ada je sebenarnya resepi yang nak dikongsi tapi agak kesempitan masa nak menaip entri nya. Kebetulan sekarang akak tinggal di Bintulu bersama anak-anak je..suami dah dapat pindah balik semenanjung mulai awal Januari yang lalu. Memang terasa padat sangat masa sebab nak kena uruskan 6 orang anak dan selesai semua perkara. Jadi memang nak menulis entri blog ni kena cari masa di celah-celah masa yang ada. Tapi disebabkan memasak & penulisan ni dah agak sebati dengan akak, memang membuak-membuak je rasa nak menulis.
Ok, berkenaan resepi kali ni iaitu Siakap 4 Rasa akak ada buat baru-baru ni. Anak-anak suka sangat..suka akan rasanya dan suka ikannya. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang kaw punya lah! Siakap 4 Rasa ni anak akak yang bagi nama, sebab rasanya masam, manis, masin dan pedas. Jom akak kongsikan resepinya. Kalau ada yang ingin mencuba silakan ya.
Bahan-bahannya:
Untuk menggoreng ikan
1 ekor ikan Siakap - siap dibersihkan
1 biji telur
1/2 cawan tepung jagung
Sedikit garam
1 biji telur
1/2 cawan tepung jagung
Sedikit garam
Untuk sambal tumis
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
(Dimayang semuanya untuk tumis)
2-3 sudu besar cili kering kisar (blh krgkan atau lebih ikut kesukaan)
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos cili thai
Sedikit air
Garam & Gula secukup rasa
1/2 cawan nenas dipotong dadu
1/2 biji carot di potong memanjang
1 biji bawang besar dipotong bulat
Sedikit daun sup untuk hiasan
4 ulas bawang putih
1 inci halia
(Dimayang semuanya untuk tumis)
2-3 sudu besar cili kering kisar (blh krgkan atau lebih ikut kesukaan)
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos cili thai
Sedikit air
Garam & Gula secukup rasa
1/2 cawan nenas dipotong dadu
1/2 biji carot di potong memanjang
1 biji bawang besar dipotong bulat
Sedikit daun sup untuk hiasan
Cara membuatnya:
Celup ikan siakap ke dalam telur, kemudian ratakan tepung jagung yang telah dicampur sedikit garam. Goreng hingga kekuningan di dalam kuali yang mempunyai minyak yang agak banyak. Gorenglah sehingga masak, angkat dan toskan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak masak tumis bawang merah, bawang putih dan halia, goreng seketika. Setelah itu masukkan cili kering kisar, kacau biar cili sedikit masak. Masukkan sedikit air, diikuti dengan ketiga-tiga sos tadi. Kemudian perasakan dengan gula dan garam kacau seketika. Akhir sekali masukkan nenas dan karot. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan bawang besar dan daun sup sebagai hiasan.
Menu ini sedap dimakan ketika masih panas bersama nasi yang masih panas juga. Dari segi rasanya, ia adalah mengikut citarasa korang semua. Sama ada nak lebih pedas, manis, masam atau masin. Resepi ni akak tak letak cuka sebab dah ada ketiga-tiga sos tadi dan air yang keluar dari buah nenas juga.
Sesekali masak spesel untuk keluarga memang seronok. Terutamanya bila tengok mereka makan bertambah. Jadi korang mesti cuba buat ni ya.
Setakat ini dulu, sehingga berjumpa lagi. Bye & wassalam.