Assalam dan salam bahagia buat mommies semua.
Amacam semua dah guna tips untuk sediakan bubur bayi macam yang akak kongsi baru-baru ni? Alhamdulillah dari feedback yang akak terima, ramai juga yang seronok dapat tips jimat masa tu. Sebenarnya akak pun dapat info tu dari fb juga dan terus kongsikan di sini supaya senang nak rujuk bila diperlukan.
Ok, kali ni akak nak share cara penyediaan dan penyimpanan puri buahan dan sayuran untuk bubur bayi pula. Masa awal-awal kita perkenalkan makanan pejal pada bayi, elok kita beri puri saja tanpa perlu dicampur dengan bubur nasi. Sebab perut bayi baru nak belajar menerima makanan pejal. Macam anak akak Huda masa 6 bulan akak mula perkenalkan makanan pejal, akak mulakan dengan memberi puri buah pisang, betik, epal, labu dan beberapa jenis buahan lagi.
Puri yang sedia untuk dibekukan. |
Selepas itu, bila dah menginjak ke usia 7 bulan, akak pelbagaikan lagi jenis buahan dan sayuran..dan sedikit demi sedikit akak mula buat bubur nasi dicampur dengan puri-puri tadi. Antara manfaat kita pelbagaikan jenis buahan dan sayuran untuk makanan bayi adalah supaya bayi kita tidak cerewet atau tidak menolak makan sayuran dan buahan bila usia makin berganjak.
Kebanyakan cara penyediaan puri senang sangat. Kita hanya perlu merebus atau.steamkan sayuran atau buahan itu sehingga lembut. Kemudian masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dan lembut. Kalau kita nak perkenalkan puri pada awal usia 6 bln, puri tersebut boleh dicampur susu ibu dan dikisar halus.
Puri yang dah beku simpan dalam apa-apa bekas dan masukkan dalam freezer |
Dari segi penyimpanan pula, puri yang disimpan sejuk tanpa beku mampu bertahan sehingga 3 hari dengan syarat tiada sentuhan dengan tangan atau kbjek yang tercemar. Dan jika dibekukan, ia dapat bertahan sehingga sebulan lamanya. Caranya masukkan dalam bekas berbentuk kiub dan bekukan. Bila dah membeku, keluarkan dari bekas kiub dan masukkan dalam plastik lutsinar atau apa-apa bekas yang selamat.
Bila bubur hampir masak, masukkan puri-puri tadi dan masak lagi hingga sebati |
Inilah hasilnya |
Sewaktu memasak bubur nasi, ambik seketul puri @ berapa je yang anda suka (boleh juga dicampur 2 @ jenis puri) dan masukkan ke dalam periuk bubur tersebut. Cara ini memang akan menjimatkan masa para mommies semua sewaktu di dapur. Puri-puri ini boleh disediakan awal pada hujung minggu atau pada malam hari untuk kegunaan sepanjang minggu.
Ok saya rasa sampai sini dulu perkongsian saya kali ini. Moga bermanfaat buat anda.