Assalamualaikum & selamat bertemu kembali.
Seperti yang dijanjikan, kali ni akak nak kongsikan cara nak buat homemade chicken stock untuk diguna sewaktu memasak bubur bayi. Masa akak post kat fb menu bubur baby akak Huda yang baru menginjak 8 bulan, ada kawan pm bgtau tak elok letak chicken stock dalam makanan bayi. Sangkanya akak letak chicken stock yang siap dibeli macam jenama maggie atau knorr. Bila akak terangkan stok ayam tu akak buat sendiri, baru dia teruja dan excited nak cuba buat juga.
Senang je sebenarnya nak buat chicken stock ni. Korang boleh buat guna tulang ayam @ boleh guna isi ayam. Kalau guna tulang ayam, lena rebus lama sikit untuk dapatkan patinya. Lepas dah dapat pati tu, bolehlah masukkan dalam bekas kiub dan bekukan.
Akak biasa buat guna isi ayam je. Malas nak merebus lama-lama kalau guna tulang ayam tu. Bahan-bahannya senang je..jom kita tengok bahan-bahan untuk buat chicken stock.
1) Ayam dipotong dadu (ikut suka banyak mana nak.
2) Daun sup jika suka @ apa-apa sayur yang anda suka
3) Air secukupnya.
Caranya; rebus kesemuanya hingga ayam empuk. Setelah itu, sejukkan seketika dan kisar kesemuanya menggunaka blender hingga halus. Lepas tu, masukkan dalam bekas kiub ais. Pastikan bekas bertutup sebelum dibekukan.
Cara penyimpanan; setelah beku, keluarkan daripada bekas kiub, masukkan dalam plastik, labelkan diluar plastik untuk memudahkan pengecaman dan simpan di bahagian beku peti sejuk. Setiap kali masak bubur bayi anda, bolehlah masukkan seketul kiub dalam bubur. Memang sedap bubur tu. InsyaAllah bayi anda pasti sukakannya.
Simpan dalam plastik lutsinar dan labelkan |
Untuk pengetahuan korang, kiub ayam ni boleh disimpan beku sehingga sebulan lamanya. Meh akak belanja gambar kuib ayam homemade yang akak buat. Senang sangat anak buatnya, lepas ni kiub pati bilis pun korang boleh buat. Kadang-kadang nak masak ni kita kena kreatif juga kan?
Ok setakat ni dulu perkongsian kali ini. Moga bermanfaat buat anda semua. Bye..
Oppsss..sebelum tu, jangan lupa tonton video testimoni akak ni ya..hehe
Oppsss..sebelum tu, jangan lupa tonton video testimoni akak ni ya..hehe
Kalau tak letak dlam peti cair tak?
ReplyDeletemaksud puan lepas dah beku tu ke? klu lama2 dibiarkan diluar peti ais mmg akan cairlah..mcm ketul ais juga..
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Bagusnya..boleh buat juga untuk anak2 lepas ni.tak perlu beli stok ayam lagi.
ReplyDeleteCubalah Didie..
Delete