Sunday, 24 May 2015

MASTERIA: Menyingkap Rahsia Kejayaan Master Hadhatina Dalam Shaklee

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Carian Online

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Didoakan agar anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Entri kali ini saya ingin bercerita lagi tentang gameboard Masteria yang diperkenalkan oleh team Supermom di bawah kendalian Master Hadhatina dan suami iaitu Master Mohd. Kamarul Bahrin (MKB). Bagi anda yang belum kenal dengan Master Hadhatina, beliau adalah salah seorang leader dalam bisnes Shaklee yang berjaya mencapai pangkat tertinggi iaitu Master. Dan beliau juga penerima award Presidential Master pada National Conference 2014.Berdasarkan susur galur Shaklee, saya adalah generasi ke-5 dalam team Supermom dan sememangnya saya berasa amat bertuah berada di bawah leader-leader yang hebat. 

Master Hadhatina & Masteria

Berbalik kepada gameboard Masteria yang telah dilancarkan oleh team Supermom ini, ia merupakan satu inovasi baru yang pertama kali diperkenalkan dalam dunia Shaklee khususnya di Malaysia. Game ini merupakan adaptasi kisah benar perjalanan Master Hadhatina sebagai seorang SID sehinggalah beliau berjaya mencapai pangkat tertinggi Shaklee iaitu Master. Apabila bermain game ini, ia seolah-olah anda telah dapat mengingkap rahsia kejayaan Master Hadha dalam Shaklee.

Idea untuk mengadaptasi kesah kejayaan beliau dalam bentuk game ini adalah berdasarkan teori Kon Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Edgar Dale yang menyatakan bahawa seseorang individu itu akan lebih ingat apabila dia bercakap, buat dan mengalami sendiri apa yang mereka pelajari. Pembelajaran dengan cara ini akan memberikan pemahaman dan ingatan sehingga 90% dan lebih hampir kepada kejayaan. Oleh yang demikian, situasi ini telah memberi idea kepada Master Hadha untuk menterjemahkan pengalamannya dalam bentuk gameboard supaya para pengedar Shaklee terutama yang berada di bawah susur galur team Supermom dapat praktikkan apa yang telah beliau alami.

sumber: milamberblog.com


KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI GAMEBOARD MASTERIA?

1) Keunikan permainan ini yang merupakan inovasi yang pertama seumpamanya di dunia.

2) Ia merupakan adaptasi dari perkongsian pengalaman sebenar Master Hadhatina dan Master MKB dalam dunia Shaklee.

3) Permainan ini dapat melatih selok belok pemahaman tentang bisnes Shaklee di samping dapat menyedarkan para pemain tentang perkara yang perlu dilakukan dan perlu dihindari dalam dunia sebenar.
4) Jalan yang lebih pantas untuk belajar dari pengalaman dengan mengelak dari melakukan kesilapan yang serupa dalam melabur ke tempat yang sepatutnya.
5) Kekerapan bermain permainan Masteria ini akan memberikan ilmu yang lebih bernilai untuk anda berjaya dalam Shaklee.

Apa yang bagusnya tentang permainan Masteria ini, ia dapat memberikan satu nafas baru kepada anda semua terutama para leader Shaklee untuk mengadakan sesi coaching santai sama ada dalam kelas mahupun seminar supaya aktiviti tersebut nampak lebih ceria dan tidak membosankan dengan hanya mendengar ceramah sahaja. Permainan ini juga dapat menjadi alat latihan kepada para leader dan anak-anak didik untuk menuju kejayaan sebenar dalam Shaklee.

Bukan itu sahaja, permainan Masteria ini juga dapat dimainkan oleh seisi keluarga anda bermula dari anak-anak yang berumur 9 tahun ke atas. Dengan cara ini, seluruh ahli keluarga anda dapat mengetahui situasi sebenar perjalanan bisnes anda kerana mungkin pada suatu masa, anak-anak anda akan mewarisi bisnes Shaklee ini kerana ia sendiri merupakan bisnes keluarga. Bahkan dalam masa yang sama permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam keluarga anda.

Dengan memiliki permainan Masteria ini, anda pasti tidak akan merasa bosan lagi untuk mengadakan sesi coaching dengan anak-anak didik anda. Disamping itu, anda sendiri dpat belajar cara sebenar untuk mempertingkatkan skill marketing dan leadership anda. Jom sama-sama tonton video-video ini untuk mendengar pandangan mereka yang telah bermain permainan Masteria ini.

                                                        Master Lyna & Master Zainul


                                                                 Master Haji Roslan

Jika anda ingin membeli permainan Masteria ini, anda boleh berhubung dengan saya Puan Najihah di talian 013-4517098 atau terus berhubung dengan team Supermom Masteria.

>>>TIDAK TAHU BERMAIN PERMAINAN MASTERIA? JANGAN BIMBANG, ANDA BOLEH SAKSIKAN VIDEO BERIKUT UNTUK MENGETAHUI CARA BERMAIN PERMAINAN INI..


Setakat in dulu entri saya untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi di lain coretan. Bye..

Saturday, 16 May 2015

Supermom Masteria: Game Board Pertama Seumpamanya Dalam Dunia Shaklee..

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang satu permainan papan (game board) yang di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan Master Mohd Kamarul daripada group Supermom Shaklee. Ia baru sahaja dilancarkan bulan lepas dan merupakan satu-satunya permainan yang dicipta khas untuk semua pengedar Shaklee yang ingin mencapai tahap tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu game board Masteria, jom sama-sama kita saksikan video ini.


Saya sendiri dah memiliki 1 set game board Masteria ini. Setelah mencuba bermain Masteria ini, ia seolah-olah seperti berada dalam dunia sebenar sebagai seorang Shaklee Independent Distributor (SID). Game board ala-ala permainan Sayyidina ini memberikan gambaran sebenar bagaimana seorang pengedar Shaklee perlu kepada perancangan yang baik dan cabaran-cabaran semasa yang perlu mereka lalui untuk bergelar seorang Master Coordinator Shaklee.

Supermom Masteria ini amat sesuai dimiliki oleh semua Pengedar Shaklee yang betul-betul ingin aktif dan berjaya dalam bisnes mereka. Dan yang paling utama, para 'leaders' Shaklee amat disarankan untuk membeli game board Masteria ini untuk dimainkan bersama-sama rakan niaga (downlines) masing-masing terutamanya ketika sesi perjumpaan beramai-ramai atau sesi coaching santai. Ini akan menjadikan sesi coaching tidak terlalu hambar dan membosankan.



Untuk memiliki game board Supermom Masteria ini, anda boleh berhubung dengan saya Puan Najihah (013-4517098) atau terus berhubung dengan pihak Supermom Masteria. Saya pasti anda mesti sukakan game board ini kerana ianya bukan hanya boleh dimainkan oleh para SID tetapi juga boleh dimainkan oleh anda seisi keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan dalam keluarga anda.

Sekian dulu untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi. Bye..

Friday, 1 May 2015

Resepi Gulai Ketam Bersama Nenas

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Dah agak lama saya tak berkongsi resepi di ruangan maya ini. Walaupun banyak sebenarnya resepi yang bersusun menanti giliran untuk di kongsi tapi dek kerana kekangan masa, tak sempat saya nak menaip di sini. Alhamdulillah, pagi saya cuba curi masa untuk kongsikan resepi yang saya dah buat dengan anda semua.

Masa sedang hamil ni memang macam-macam menu terasa nak makan. Baru-baru ni teringin nak makan gulai ketam bersama nenas. Kebetulan suami beli ketam masa pergi market, apa lagi saya pun terus beli nenas untuk buat gulai. Jadi, kali ni saya nak share resepi gulai ketam bersama nenas yang saya buat tu. Resepi ni saya olah-olah sendiri je. Buat ikut bahan yang ada kat rumah..

Bahan-bahannya:
4-5 ekor ketam (cuci apa yang perlu dan toskan).
1/2 biji nenas.
1 peket kecil rempah kari ikan.
1-2 sudu kecil jintan manis (ditumbuk halus).
1/2 inci halia.
4 ulas bawang merah (2 ulas untuk menumis, 2 ulas tumbuk masukkan dalam rempah).
2 ulas bawang putih.
Daun kari jika suka.
Santan secukupnya (saya guna santan kotak).
Garam & gula secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara Membuatnya:

1. Masukkan 1 peket rempah dalam bekas, tambah sedikit air panas untuk jadikan pes.

2. Masukkan sedikit halia yang dipotong nipis dan memanjang, 2 ulas bawang merah dan jintan manis yang ditumbuk dalam pes tadi.

3. Sediakan bahan-bahan untuk menumis (bawang merah, bawang putih, dan halia yang di hiris nipis dan halus) serta daun kari.

4. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga berbau harum, masukkan pes rempah tadi. Tambahlan sedikit air.

5. Masak rempah sehingga naik minyak, kemudian masukkan ketam yang telah dipotong dua dan dah dibersihkan.

6. Kacau sebentar, kemudian masukkan santan. Jika pekat, tambah sedikit air. Masak seketika.

7. Kemudian masukkan nenas yang dihiris nipis atau dihiris mengikut kesukaan anda.

8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

9. Biarkan mendidih seketika.

10. Sedia untuk dihidang.

Mudah je resepi ni. Anda juga boleh gunakan rempah kari daging dan tak perlu masukkan jintan manis jika guna rempah kari daging.

Selamat mencuba ya. Jumpa lagi.


Tuesday, 28 April 2015

Resepi Donut Kentang Yang Lembut dan Sedap

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum semua. Didoakan anda berada dalam rahmat Allah.

Pasti ada yang tercari-cari resepi donut yang lembut dan sedap utk anak-anak kan? Pernah dengar donut kentang? Saya pertama kali dengar dan rasa donut kentang ni dah agak lama..jiran kakak saya kat Bangi yang buat dan bagi saya rasa. Dan saya sebenarnya dah cuba buat ikut resepi yang makcik tu beri. Tapi masa tu takde lagi blog macam ni nak kongsikan resepi.

Minggu lepas saja saya cari resepi donut kentang ni di internet. Niat di hati nak buatkan untuk anak-anak. Alhamdulillah...terjumpalah saya resepinya di blog Azlita Masam Manis. Ni resepi yang saya ambik dan ada olah sikit dari blog beliau. Ok jom kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:

1) 1 biji kentang saiz sederhana (basuh dan rebus tanpa membuang kulitnya).
2) 250gm tepung gandum @ tepung hight protein @ tepung roti @ tepung pau.
3) 1/2 sudu kecil garam halus.
4) 2 sudu besar gula.
5) 1 sudu baking soda.
6) 1 1/2 sudu yis kering (saya guna jenama mauripan).
7) 2 sudu susu tepung.
8) 2 sudu margerin @ shortening.
9) 70 mlm air sejuk / air ais.
10) 1 biji telur
11) Gula halus untuk salut donut.

Cara Membuatnya:

1) Kupas kulit kentang yang dah direbus tadi, kemudian lenyek hingga halus. Ketepikan.
2) Ayak tepung, masukkan dalam bekas beserta susu tepung, gula, garam, baking soda, yis. Gaul rata.
3) Masukkan kentang lenyek tadi dan ramas / gaul sebati.
4) Pukul sedikit telur ayam dan masukkan dalam adunan tepung, gaul kesemuanya.
5) Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil uli sebati. Jika terasa sangat melekat, tambahkan sedikit tepung. Uli lagi sehingga menjadi doh yang tak melekat lagi.
6) Simpan @ perapkan doh sehingga naik sekali ganda. Saya masukkan dalam oven untuk perap. Tak perlu 'on' kan oven. Anggaran dalam masa 30 minit.
7) Bila dah naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
8) Canai dan terap menggunak acuan donut. Kalau tak ada acuan, boleh bulat-bulatkan dan buat lubang di tengah.
9) Susun donut dalam bekas yang ditabur sedikit tepung.
10) Rehatkan doh seketika sehingga naik sekali ganda. Jangan terlampau lama nanti ia membesar dan menutup lubang donut di tengah-tengah tu waktu menggoreng.

Tips Menggoreng: goreng donut dengan api sederhana..jangan terlampau panas agar tidak cepat 'hangit' dan jangan terlampau perlahan agar donut tidak menyerap minyak.

Tips Salutkan Gula: Masukkan gula halus dalam plastik, masukkan donut ketika masih panas (setelah toskan minyak) dan goncang-goncang supaya gula melekat. Dengan cara ini dapur anda takkan berterabur dengan gula dan gula tadi boleh digunakan untuk gorengan donut seterusnya.

Tips Untuk Frozen Donut: bakar sekejab dalam oven, dengan suhu 170 darjah selama 7-8 minit. Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Waktu nak menggoreng keesokannya, boleh je teruskan goreng dalam kuali dan minyak yang telah di panaskan.

Cubalah buat donut kentang ni. Sangat lembut dan sedap walau dah sejuk. Boleh juga disalut dengan coklat. Anak-anak pasti suka.

Sekian dulu perkongsian saya kali ni. Selamat mencuba dan jumpa lagi.



>>> SAMBIL MENUNGGU DONUT NAIK, JOM KITA TENGOK VIDEO TENTANG GAME MASTERIA NI DULU <<<




Tuesday, 21 April 2015

Bagaimana Saya Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Sehingga 5 Angka Dengan Shaklee?

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Didoakan semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.

Kali ni hati saya tergerak untuk kongsikan dengan anda semua macamna saya boleh menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka hanya dengan menjalankan bisnes Shaklee secara part-time. Tujuan saya hanyalah untuk membantu anda semua terutamanya kaum wanita sama ada yang bekerjaya ataupun surirumah mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan dan simpanan keluarga masing-masing.

Mungkin sekarang ni, ada di kalangan anda semua yang berpendapat bahawa dah ramai sangat yang menjual Shaklee, kalau join pun mesti susah nak maju ke depan dan susah nak menjana pendapatan. Saya juga selalu je berhadapan situasi macam ni..biasanya bila saya sarankan kepada kawan-kawan atau sedara mara, pasti ada yang beralasan "dah ramai yang menjual Shaklee kat tempat kerja saya, susah la saya nak promosi nanti", "kat fb penuh iklan tentang Shaklee, nanti diorang kata saya curi pelanggan diorang lak", "saya ni berkerja, memang tak sempat nak buat promosi semua ni.." dan macam-macam lagi 'story' yang diberi.

Sebenarnya, semua ini adalah bergantung kepada usaha, kemahuan dan semangat yang ada pada kita. Jika kita mempunyai niat yang baik dan betul-betul ingin berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya buat kita. Apa yang perlu kita yakin dan percaya bahawa rezeki itu adalah milik Allah SWT dan DIA bebas untuk memberikannya kepada sesiapa saja dari kalangan hambaNya yang dikehendaki. Jadi tak perlu risau walaupun dah ramai orang yang menjual Shaklee, hatta rakan sepejabat, jiran sebelah rumah atau rakan serumah sekalipun, masing-masing Allah telah tetapkan rezeki buat kita. 

Bagi saya sendiri, walaupun saya menjalankan bisnes Shaklee hanya secara 'part-time' yang mana kerja hakiki saya adalah sebagai Pensyarah di sebuah IPTA di Bintulu Sarawak, tetapi disebabkan niat, semangat, kemahuan dan usaha tanpa jemu saya masih dapat bergerak maju dalam bisnes ini. Sehingga bonus Shaklee yang saya terima melebihi daripada gaji hakiki saya sebagai Pensyarah! Antara point penting yang boleh saya tekankan di sini ialah, jika ingin berjaya dalam bisnes Shaklee ini, anda perlu:

  • Niat yang betul untuk jalankan bisnes Shaklee.
  • Punyai semangat, kemahuan, kerajinan dan usaha yang berterusan.
  • Tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersangka baik.
  • Pandai bahagikan masa antara kerjaya hakiki, keluarga, bisnes Shaklee dan diri sendiri.
  • Memilih group yang betul untuk memulakan bisnes Shaklee anda.

Dalam apa-apa pekerjaan yang ingin kita buat, niat yang baik dan betul itu amat penting. Disamping itu, kalau nak berjaya seperti orang lain, kita mesti ubah sikap kita yang negatif kepada sikap positif. Jangan mulut je kata nak berjaya macam orang tu, macam orang ni, tapi usaha kita tiada, 'zero'! Jangan mudah berputus asa kerana gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.

Dalam bab pembahagian masa, ini merupakan point penting yang perlu diberi perhatian oleh semua yang ingin menjalan bisnes part-time terutamanya. Dan bagi saya sendiri, biasa kerja-kerja promosi berkenaan Shaklee saya akan buat di luar waktu pejabat, hujung minggu atau cuti-cuti umum. Contohnya untuk update blog, biasanya saya akan buat pada waktu malam dan hujung minggu. Cara bahagi masa ini juga berkait rapat dengan kemahuan kita. Jika kita memang berkemahuan dan minat untuk jalankan bisnes Shaklee, insyaAllah kita akan 'enjoy' buat semua ini. Bersengkang mata meng'update' blog, pergi ke kelas-kelas untuk menambah ilmu tentang bisnes Shaklee, melayan pelanggan, melayan anak-anak Shaklee dan semua kerja berkaitan bisnes yang kita cintai ini.

Mentor-mentor saya dalam Shaklee

Point terakhir itu bijak memilih group dan mentor Shaklee yang betul. Ha..yang ni memang antara faktor penting yang boleh bantu seseorang untuk berjaya dalam Shaklee. Dan..kita juga mesti merebut semua peluang yang ditawarkan oleh mentor dan group-group ini. Kerana, jika kita salah memilih mentor dan group, mungkin bisnes Shaklee kita tak akan sampai ke mana. Dan mungkin juga akan berkubur di tengah jalan saja!

Dan saya merasa amat bertuah berada dalam group dan master-master hebat antaranya Presidential Master Norita (Group Euphoria), Presidental Master Shariza (group Jutawan), Presidental Master Lyna Noh (group ireach), Presidental Master Hadhatina (group Supermom) dan group OSF di bawah kendalian Master Azrin Mohd. Mereka ini semua adalah mentor-mentor bisnes Shaklee yang amat hebat! Tidak pernah rasa jemu melayan, memberi tunjuk ajar, semangat dan pelabagi insentif untuk anak cucu Shaklee yang berada di bawah susur galur mereka. Dan saya, walaupun dah beberapa keturunan, masih mendapat manfaat dan tunjuk ajar dari mereka ini.

Dalam group ireach misalnya, banyak kelas-kelas 'coaching' yang dijalankan untuk memantapkan lagi skill anak-cucu Shaklee yang berada dlam keluarga ireach. Disamping intensif dan pelbagai 'contest' yang dianjurkan bagi menaikkan semanagat kami semua. Saya sempat join beberapa kelas coaching dalam group ireach antaranya kelas tentang blog, markerting dan seumpamanya.

Saya sewaktu kelas Blog & Marketing anjuran Ireach

Sama juga dengan group Supermom yang diterajui oleh Presidental Master Hadhatina. Sentiasa proaktif memberi tunjuk ajar kepada para dowlines mereka dengan mengadakan pelbagai kelas dan aktiviti. Walaupun saya belum berkesempatan untuk join kelas-kelas yang dianjurkan oleh Supermom disebabkan jarak dan masa, tetapi dalam group online Supermom, dah banyak ilmu yang saya dapat dan praktikkan.Saya juga pernah terpilih menyertai Supermom Intimate Dinner 2014 yang diadakan khas untuk leader terpilih, iaitu menaiki Cruise Tasik Putrajaya secara PERCUMA dengan layanan yang sungguh istimewa! Semua ini di taja oleh Presidental Master Hadhatina dan suami PM Mohd Kamarul Bahrin dari group Supermom!

Bersama para leaders yang layak sertai Supermom Intimate Dinner

Dan yang terkini, group Supermom juga telah melancarkan satu game atau permainan menguji minda yang dinamakan 'Masteria', yang merupakan satu permainan yang dapat membantu seseorang SID (Pengedar Sah Shaklee) itu melangkah ke rank Master Coordinator. Pangkat tertinggi dalam bises Shaklee! Game Masteria merupakan satu-satunya permainan menguji minda yang diciptakan untuk para pengedar Shaklee dan yang pertama di dunia khususnya dalam bisnes Shaklee! Hebat bukan? Sememangnya, saya berasa amat bertuah berada dalam group hebat sebegini.

>>>ANDA BOLEH KLIK VIDEO INI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG GAME SUPERMOM MASTERIA<<<


Satu lagi group yang dikendalikan oleh Master Azrin Mohd iaitu OSF (Our Shaklee Family) juga banyak mengajar saya menjadi seorang SID dan leader hebat Shaklee. Terasa amat beruntung berada dalam group-group hebat kendalian para master Shaklee ini. Disamping itu, saya juga amat bertuah mendapat mentor dan upline hebat lain iaitu Ibu Siti Noriza Saleh (group DCTS), mama Wardah Aina (group Shaklee Star) dan Ummi Mai Md Saupi (group OMS), yang amat banyak memberi manfaat kepada saya untuk berjaya dalam Shaklee seperti sekarang.

Bergambar bersama Master Hadha, Master Azrin, Ummi Mai dan para downline saya sewaktu MasCel Master Azrin

Apa yang saya kongsikan dalam entri inilah merupakan antara faktor yang membantu saya berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga mencapai income 5 angka dan pelbagai intensif lain lagi daripada Shaklee! Tanpa semua point penting yang saya 'highlight' kan di sini dan tanpa izin Allah saya pasti tak akan capai segala apa yang telah saya impikan. Jadi nasihat saya, jika anda ingin menjalankan bisnes Shaklee dengan jayanya, anda perlu ada ciri-ciri di atas dan mesti memilih mentor dan group yang betul bagi memulakan bisnes anda.

Group saya yang makin berkembang.


Dan..sekiranya anda berminat menyertai team kami, saya amat mengalu-alukan penglibatan anda. dan saya juga kini mempunyai group sendiri iaitu An-Najah Shaklee Family dengan ratusan ahli keluarga Shaklee yang sayang awesome! InsyaAllah income sebanyak 3, 4, 5 mahupun 6 angka akan jadi milik anda jika anda mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas. Ayuh sertai kami hari ini juga! Sehingga bertemu lagi di lain perkongsian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya..

Saturday, 18 April 2015

RESEPI AISKRIM MALAYSIA PERISA VICO & MEAL SHAKES MENGGUNAKAN TUPPERWARE SMOOTH CHOPPER

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib


Assalamualaikum.

Kali ni saya nak kongsikan resepi paling ringkas nak buat aiskrim Malaysia tapi saya gunakan acuan aiskrim. Kalau tak ada acuan ni boleh je gunakan plastik aiskrim tu. Kebetulan pula kelmarin saya baru terbeli Tupperware Smooth Chopper ni, kira macam review produk juga la kan. Pertama kali guna chopper ni dan terus buat aiskrim sebab anak-anak sangat suka aiskrim.

Senang, mudah dan ringkas saja nak buat aiskrim ni. Kalau anda semua tak ada Tupperware Smooth Chopper ni, boleh guna blender juga, bezanya tekstur aiskrim kita akan jadi lebih gebu dan halus berbanding jika kita hanya bancuh biasa saja tanpa guna chopper atau blender. Saya dan rasa memang sedap aiskrim ni. Kalau kita bancuh biasa agak kasar teksturnya. Ok sekarang kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-Bahannya:

500ml air masak
6 sudu besar Vico
2 sudu besar Meal Shakes Shaklee
4 sudu besar susu pekat




Cara Membuatnya:

Campurkan kesemuanya ke dalam Tupperware Smooth Chopper. Tarik tali chopper beberapa kali. Pastikan anda menggunakan blade khas untuk membuat smoothies. Sedia untuk di masukkan dalam acuan aiskrim. Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Sedia untuk dimakan keesokannya.
Tupperware Smooth Chopper

Mudah dan ringkas kan? Selamat mencuba! Jumpa lagi.

Friday, 17 April 2015

TIPS MENAIKI PESAWAT DENGAN ANAK-ANAK KECIL

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Saat saya mula menulis entri ni, kami sekeluarga sedang bercuti-cuti Malaysia di Johor Bharu, Malaysia. Memang dah lama plan nak bawa anak-anak ke Legoland, alhamdulillah cuti sekolah kali ni Allah beri keizinan buat kami untuk sampai sini. Anak-anak sangat excited bila dapat tahu mereka akan ke Legoland cuti sekolah kali ni. Memandangkan cuti sekolah bulan 12 tahun lepas anak-anak kami hantar ke pondok (mengaji dan menghafaz al-Quran) jadi kali ni kami suami iseri berjanji akan bawa mereka jalan-jalan pada cuti sek bulan Mac.

Pengangkutan udara sebenarnya memang sesuatu yang biasa bagi kami sekeluarga. Memandangkan inilah satu-satunya pengangkutan yang boleh kami naiki untuk pulang ke kampung halaman di Kedah, sekurang-kurangnya setahun dua kali memang kami akan naik pesawat dari Bintulu ke KL dan dari KL ke Alor Setar. Sejak anak-anak baru lahir mereka dah biasa naik kapal terbang. Dan saya sendiri sejak anak seorang hinggalah sekarang anak  5 dan tak lama lagi bakal lahir anak keenam. Usia anak-anak saya kini adalah antara 11 tahun hingga 2 tahun 9 bulan. Mungkin disebabkan kebiasaan ini, jadi tak berlaku sebarang masalah sepanjang perjalanan kami terutamanya ketika berada dalam pesawat.

Walau bagaimanapun, ingin saya kongsikan beberapa tips yang mungkin anda boleh ikuti terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin travel menggunakan kapal terbang. Cumanya, perjalanan kami dengan anak-anak hanyalah dalam negara yang memakan masa 2 jam 5 minit untuk destinasi KL-Bintulu. Berikut adalah beberapa tips yang boleh saya kongsikan untuk mengurangkan 'kebosanan' atau mengelakkan mereka daripada 'buat perangai' dan sebagainya sewaktu dalam pesawat.

  • Sebolehnya elakkan anak-anak tidur sebelum ke lapangan terbang atau sebelum menaiki pesawat. Kebiasaannya saya dan suami akan biarkan anak-anak leka bermain bagi mengelakkan mereka tidur terutamanya ketika 'masa' tidur mereka seperti waktu tengahari. Ini adalah kerana, bila mereka berasa agak letih dan mengantuk, pastinya setelah naik pesawat mereka akan terus tidur. Jadi ia dapat mengelakkan mereka dari 'membuat perangai' sewaktu dalam pesawat. Anak kecil saya sekarang iaitu Hanis yang berusia 2 tahun 9 bulan, selalunya bila naik je pesawat, selepas 30 minit pertama dia pasti akan tidur dan selalunya dia hanya akan bangun apabila pesawat mendarat.
  • Pilih menu makanan untuk kanak-kanak sewaktu menempah tiket. Kebiasannya menu untuk kanak-kanak ini hanya disediakan untuk perjalanan yang memakan masa 2 jam atau 1 jam 50 minit ke atas jika menaiki MAS. Jika penerbangan hanya 1 jam, makanan tidak disediakan. Hanya minuman dan makan ringan sahaja seperti kacang. Bila kita memilih menu kanak-kanak, sekurang-kurangnya mereka akan leka dengan makanan tersebut. Dan kotak makanan itu juga boleh dijadikan model kapal terbang untuk menceriakan mereka.
Gelagat Hanis waktu dalam pesawat. Menyanyi lagu kesukaannya..
  • Biarkan anak-anak membawa apa-apa permainan, buku dan sebagainya supaya mereka dapat bermain ketika dalam pesawat. Anak-anak saya biasanya akan membawa buku atau 'game' yang boleh mereka  baca atau main bagi mengisi masa sewaktu berada dalam pesawat sepanjang perjalanan. Bagi anak-anak kecil, mungkin kita sebagai ibu boleh bacakan kepada mereka buku cerita atau lain-lainnya.
  • Boleh juga bawa makanan (biskut dan sebagainya) dan minuman kegemaran anak-anak. Jika mereka mula meragam, terutamanya anak-anak bawah 2 tahun, boleh kita berikan mereka makanan atau minuman yang mereka sukai.
  • Susukan anak jika anak masih menyusu badan. Sewaktu anak-anak saya masih kecil, jika anak mula nak menangis, saya akan terus susukan mereka. Bagi ibu yang menyusu secara eksklusif, cara ini amat mudah sekali untuk menidurkan anak dan mengelakkan mereka daripada terus menangis dan sebagainya.
  • Ajak anak bersembang-sembang atau bercerita. Jika anak-anak tidak mahu makan atau bermain, cuba ajak mereka bersembang atau bercerita apa sahaja dengan mereka. Ini salah satu tips lagi yang dapat melekakan mereka dan mengelakkan mereka bosan sewaktu berada dalam pesawat.

Kak Ngah Husna leka munlis diarinya..
Demikianlah beberapa tips yang boleh saya kongsikan dengan anda terutamanya bagi mereka yang pertama kali menaiki pesawat. Walau apapun keadaan anak-anak kita, elakkan daripada memarahi mereka jika mereka mula 'buat perangai' kerana itu hanya akan menjadikan mereka lebih agresif. Sebolehnya turutkan saja permintaan mereka terutama bagi anak-anak yang masih kecil (2 tahun ke bawah) kerana mereka masih tidak faham apa-apa. Usah risaukan penumpang lain tetapi cuba elakkan anak-anak daripada 'mengamuk' keterlauan dengan memujuk mereka dengan cara yang baik.

Selamat tiba di KLIA

Dan bagi anda dan kita semua yang menaiki pesawat tanpa anak-ana kecil, usahlah terlalu memandang sinis pada ibu bapa yang membawa anak-anak jika anak-anak itu menangis atau 'buat hal'. Sama-samalah kita memahami situasi kanak-kanak yang sememangnya tidak dijangkakan,

Sekian saja coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi di lain waktu.