Sunday 14 October 2018

7 Tanda Penyakit Tibi dan Kaedah Merawatnya Agar Tidak Berjangkit dan Melarat

Tibi adalah penyakit berjangkit no 1 dan dianggap antara penyakit yang tertua di dunia. Ia pertama kali dikesan dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir pada tahun 460 Sebelum Masihi. Ia dikesan sebagai penyakit yang paling cepat merebak dan boleh membawa maut.



Di Malaysia, penyakit Tibi muncul sebagai pembunuh no. 1 antara tahun 1945 hingga 1957. Sebahagian besar katil-katil di hospital kerajaan dipenuhi oleh pesakit-pesakit Tibi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, umumnya, satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna, satu daripada setiap tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda sedia mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.

Kuman-kuman tibi menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan. Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan mereka sempat melawan kuman-kuman tibi.

Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.


BAGAIMANA TIBI MEREBAK?

Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.



Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.




7 TANDA PENYAKIT TIBI

Kebanyakan pesakit Tibi akan mengalami tanda-tanda berikut:

Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
- Kahak berdarah
- Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
- Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
- Hilang selera makan
- Berat badan menyusut
- Mudah letih dan lemah badan


GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN

Terdapat beberapa golongan paling berisiko mendapat jangkitan tibi iaitu: 

• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.



LANGKAH PENCEGAHAN TIBI


• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG

• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.



RAWATAN PENYAKIT TIBI


Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.


Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.


PENGAMBILAN VITAMIN

Pengambilan vitamin Shaklee amat disyorkan kepada pesakit tibi bagi membantu meningkatkan sistem imun, menghalang bakteria daripada merebak, memastikan sel tubuh badan sihat, membantu membersihkan saluran pernafasan dan mengurangkan keradangan serta alergik atau asthma.

Antara vitamin yang patut diamalkan oleh pesakit Tibi ialah Vivix, Vitamin C, Omega Guard dan Garlic Complex.


Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, bersegeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Anda juga boleh berikhtiar dengan vitamin Shaklee yang disarankan dan pembelian boleh dibuat secara online seperti dinyatakan di bawah. Pembelian juga boleh dibuat terus melalui saya dengan menghubungi di talian 013-4517098.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.