Saturday 13 October 2018

Tanda-Tanda Rabun Silau dan Cara Untuk Atasinya Dengan Selamat


Rabun silau adalah masalah penglihatan yang boleh mengganggu kehidupan seseorang individu. Ia adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak.



Masalah rabun silau ini boleh terjadi kepada semua peringkat umur sama ada sejak lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap yang berbeza. Rabun silau selalunya datang bersama-sama rabun jauh dan rabun dekat.


TANDA-TANDA RABUN SILAU




Gejala/tanda penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala/tanda. Gejala/tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:
  • Mata kabur pada sebarang jarak
  • Pandangan terherot
  • Mata letih
  • Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
  • Sakit kepala
  • Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
  • Mata sering berkelip atau sering menutup mata

KOMPLIKASI AKIBAT RABUN SILAU


Rabun silau yang tidak dirawat akan menyebabkan penghidap mengalami tanda-tanda seperti di atas. ia seterusnya akan menjurus pada masalah-masalah lain seperti kurang tumpuan dan penurunan prestasi kerja/sekolah. Pada kanak-kanak, rabun silau yang tidak dirawat awal boleh mengakibatkan ambliopia atau mata malas.


CARA ATASI RABUN SILAU


Beberapa langkah berikut boleh diambil untuk mengatasi masalah rabun silau:
1) Cermin mata
Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang selamat, senang dan menjadi pilihan ramai.
2) Kanta lekap
Kanta lekap memberikan penglihatan yang jelas, medan penglihatan yang besar dan lebih keselesaan. Memakai kanta lekap adalah selamat dan efektif jika di selenggara dengan betul. Walaubagaimanapun tidak semua orang sesuai memakai kanta sentuh. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Sila minta khidmat nasihat dari pengamal perubatan bertauliah.
3) Pembedahan
Surgeri adalah pengubahan bentuk kornea secara kekal melalui pembedahan refraksi atau laser. Pembedahan ini menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Jika merancang untuk melakukan pembedahan, pastikan anda telah mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan bertauliah dan perlu diketahui tidak semua orang sesuai untuk melakukan prosedur ini.
4) Pemeriksaan Berkala
Dengan melakukan pemeriksaan berkala, masalah rabun silau mungkin dapat dikesan dari awal dan tindakan selanjutnya boleh diambil untuk mengatasinya daripada menjadi semakin teruk.
5) Pengambilan Suplimen
Pengambilan suplimen juga boleh membantu seseorang menurunkan kadar rabun silau dialami. Antara suplimen yang disarankan ialah:

Vivix
Vivix adalah suplimen yang tinggi dengan antioksida yang membantu memberi tenaga kepada mitochondria iaitu pusat tenaga sel kita. Sel-sel sekitar mata amat memerlukan tenaga yang cukup untuk elak mata menjadi lemah.

Pengambilan vivix juga membantu untuk mengurangkan masalah AMD (Age related Macular Degeneration) iaitu berkait dengan faktor umur meningkat.
Carotomax
Tinggi dengan Vitamin A dan Beta Karotena yang diperlukan oleh mata untuk sihat.

Vitamin A penting untuk retina kita terutamanya di waktu malam. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan masalah okular.
Juga membantu mencegah kekeringan di mata.
TESTIMONI PENGGUNA
Testimoni 1: Kisah Puan Najihah Razali



[SILAU MATA MENURUN SETELAH AMALKAN VIVIX]


"Silau mata Jiha tinggi hingga perlu contact lense khas.

Bermula dengan masalah rabun, dah la power tinggi. Ditambah dengan silau pula. Selama ini memang semakin menaik ataupun tak turun-turun silau mata Jiha ni.

Mata pun sangat sensitif. Ada masa yang tiba-tiba sahaja sebelah mata keluar air, kelam, tak nampak. Paling cemas kalau masa memandu. Dulu kerja berulang alik dari KL ke Sepang.

Tu kalau cuaca biasa, kalau cuaca panas lagi lah hai, rasa mata macam nak tertutup macam ada pemberat.

Tapi tu dulu, Jiha perasan sekarang dalam setahun nak kena macam tu pun payah. Memang Jiha amalkan Vivix dan vitamin Shaklee yang lain untuk kesihatan.

Tak sangka pula bila buat pemeriksaan mata, bacaan silau menurun. Teruja sangat sebab selama ni tak pernah turun malah asek menaik aje.

Jiha akan teruskan pengambilan Vivix dengan lebih konsisten. Harap silau mata akan menurun lagi dan power mata akan menurun juga.

Terima Kasih Shaklee."
Testimoni 2:

Testimoni 3:

Testimoni 4:

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, bersegeralah berjumpa Optometris untuk membuat pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh berikhtiar dengan mengambil dua suplimen yang saya sarankan di atas. Dan sekiranya anda berminat untuk membeli kedua-dua vitamin tersebut, anda boleh klik button di bawah. 

Jangan lupa hubungi saya di talian 013-45170978 selepas membuat pembelian. Pembelian secara online adalah amat mudah dan senang di mana anda boleh menggunakan kredit atau debit kad untuk membuat pembayaran. 
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:




 PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.