Sunday, 7 January 2018

Luangkan Masa Bersama Anak-Anak - Cara Saya Recharge Diri


Alhamdulillah..hari ni dah masuk minggu kedua persekolahan anak-anak. Nampak gaya minggu pertama persekolahan berjalan dengan lancar walaupun hanya akak sorang yang handle anak2 di Tganu ni.

Mungkin jg akak dan anak2 sendiri dah terbiasa hidup berjauhan dengan baba membuatkan diri ini jadi tersangat berdikari bergitu juga dengan anak-anak.

Kalau ikutkan rutin harian dan mingguan akak sangat memenatkan. Hatta hari minggu pun (di Tganu Jumaat dan Sabtu) tak seperti hari cuti jadinya. Weekend kelmarin memang tak sempat langsung akak nak berehat.

Ditambah pula tahun ni, anak2 kembar akak nak exam UPSR. Dan atas kesanggupan akak sendiri, akak buat keputusan untuk menghantar kedua2 mereka termasuk Hakim ke Kelas Tuisyen dan Kelas Tahfiz Hujung Minggu. Jadi memang bertambahlah tugas akak yang semenangnya dah nampak pack itu. Dan klu hari Jumaat tu lepas hantar anak2 ke kelas hafazan, akak terus pecut g Kursus Haji. Alhamdulillah..mmg elok dah aturan Allah, klu tak, akak ke kursus Haji anak2 nak kena tinggal kat rumah semua.

Bayangkan jgk, sejak Haziq masuk asrama tahun lepas, setiap kali hujung minggu klu dia tak balik rumah, setiap Sabtu mesti g kat dia. Bw jalan2 @ balik rumah..siap soh msak2 lg utk bw bekalan ke asrama..ha..ms mana nak rehat di hujung minggu? 

Tapi..takpelah..demi kejayaan anak2 dunia dan akhirat..akak sanggup abaikan kejab masa hujung minggu ummi. Dan mungkin juga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik buat diri ini sebab Dia tahu akak kena buat semua ni tanpa suami di sisi.

Untung jgk semester utk diploma skrg ni akak tak kena mengajar. Sejak Jun 2016, memang akak kena mengajar semester sarjana muda dan diploma silih berganti tanpa rehat. Sepatutnya diploma semester ni pun akak kena mengajar tapi disebabkan orang buat jadual silap letak nama pensyarah lain, maka dptlah akak rehat kejab dr mengajar sementelaah pelajar bacelor akan bercuti tak brp lama lg. Tapi, kerja2 lain tetap la kena buat..penulisan buku, jurnal dsbgnya.

Habis tu, bila masa akak nak rehat? Bila masa akak nak recharge diri sendiri? Korang agak bila n macamna akak nak kumpul tenaga balik selepas kepenatan buat itu ini?

Ha..banyak cara yang boleh akak buat. Salah satunya dengan buat biz Shaklee ni! Hehe..sbb dpt release tension tau bila dpt sembang dengan kwn2 dlm group, dpt sembang2 dengan customer, rasa gembira dan puas bila dpt feedback positif dr customer..dan lagi best setiap 15 hb blh dpt BONUS! Yeaaayyy!.

Itu je ke? Tak lah..banyak lg cara recharge diri akak..selalunya time suami dtg Tganu, kami sekeluarga keluar sama2, bw anak2 g pantai ke, g berjogging, main badminton, window shopping..suami akak jgk suka bwa round tgk suasana dan kenal tempat2 kat KT ni..maklumlah kami kan orang baru kat sini..hehe..skrg dh agak lama tak g pantai..rindu plak nak jalan2 hirup udara segar. Kena tgu suami dtglah baru dpt g..



Selain tu, aktiviti yg akak buat bersama anak2 jgk biasa aktiviti memasak dgn anak2 perempuan..anak2 lelaki biasanya suka main game kad dengan baba diorg.

Aktiviti santai2 mcm ni je tapi alhamdulillah sedikit sebanyak dapat release tension akak sepanjang weekdays yang amat memenatkan. Selain tu, ofcoslah cara kita org Islam nak recharge diri balik dengan membaca al-Quran selain bangun malam tunaikan solat sunat walau hanya 2 rakaat.

Alhamdulillah..syukur sangat2 atas kudrat yang Allah berikan buat akak..mudah2an terus diberi kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan tenang dan sabar. Setiap perkara yang Allah berikan kepada kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi.. 


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 6 January 2018

Teknik Blog dan Vlog Tingkatkan Jualan Bisnes Online


Sales ni umpama nyawa bagi peniaga tak kira sama ada online @ offline. Kalau takde sales mcmna perniagaan nak maju betul tak?

Sebelum ni akak agak buntu memikirkan macamana lagi nak upkan personal sales akak. Maklumlah klu hanya guna medium fb, insta n blog akak mmg kurang jg dpt bg fokus 100% sbb akak kan bekerja. 



Kiranya klu buat sharing di fb n insta pun hanya waktu ptg atau malam n pd hari cuti je lah.

Alhamdulillah..lepas setahun mula mencuba guna medium vlog (youtube), personal sales akak meningkat dan berganda dari sebelum ni. 

Syukur sangat hasil kesabaran menunggu dan menggunakan salah satu teknik halimunan ni, sekarang ni boleh dikatakan hari-hari ada prospek vlog wassap tanya pasal vitamin Shaklee.

Dan alhamdulillah, anak cucu Shaklee akak pun dh ramai yang mula bervlog. Akak selalu ingatkan, abaikan je segala perasaan malu, rendah diri dan sebagainya kalau nak sales masyuk. 

Sebenarnya ia bukan hanya.semata-mara sebab sales tapi rasa kepuasan lebih manis bila customer wassap feedback.positif yg mereka dpt.

whatsApp dari customer vlog


Ini salah satu wassap yg akak dpt mlm td dr cust vlog yg bertanyakan tentang vitamin utk kebas2 yg beliau alami.

Bak kata pepatah: man jadda wajada..sape rajin usaha dia akan dapat. Akak doakan semua downlines akak yg tak putus2 berusaha akan dpt hasil positif nanti..amiin.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:


 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, 5 January 2018

Vision Board Penting Untuk Mencapai Impian dan Matlamat Kita



Kawan2 pernah dgr tak pasal Vision Board @ VB? Mesti ramai yang dah tahu dan dah ada #VB masing-masing kan?


Sejujurnya..akak mula tahu pasal VB ni sejak join Shaklee ni lah..sekitar tahun 2012 dulu.

Vision Board ni selalunya ada ditulis impian kita apa yg kita nak capai dalam masa terdekat @ dlm jangka masa panjang. Dan lagi best kalau diletakkan gambar2 menarik berkait dengan impian kita tu.


TUJUAN VISION BOARD

Apa tujuan vision board ni? Sebenarnya #VB ni penting supaya kita tahu matlamat kita dengan jelas dan kita akan berusaha untuk mencapai impian kita tu. Boleh la tampal di tempat2 yg selalu kita tgk mcm peti sejuk, bilik tidur, tempat kerja dll.

Dan kita sbg org Islam pulak..bila dah ada #VB tu kena berusaha dan sentiasa berdoa supaya Allah makbulkan impian kita.

VB Pertama akak

Ok akak nak tunjuklah skit #VB akak masa mula2 join Shaklee dulu..ada sebahagian dah tercapai (yg dibulatkan)..ada yg belum..tapi walau dah 2-3 tahu berlalu..impian tu masih ada dan insyaAllah akan berusaha ke arah itu. 

Especially impian nak naik rank Master Coordinator..tetap ada. InsyaAllah akan terus berusaha ke arah itu.."Alang-alang dah terlanjur berSHAKLEE, biarlah sampai jadi MASTER COORDINATOR.." Wahh..gituuu. Doakan akak ya kawan2.



Gambar kedua plak, #VB akak utk tunai haji thn 2018 ni. Impian ni akak buat tahun lepas..dan tampal di peti ais dan di opis. Hari2 tgk dan pasang niat dan doa..alhamdulillah bln Nov 2017 akak dpt surat tawaran Haji utk tahun 2018 ni..insyaAllah moga impian ini tercapai tak lama lagi..



Gambar ketiga plak..ni Travel #VB keluarga akak..anak2 nak sgt g Jepun. So ummi ckp meh sama2 doakan ummi berjaya kumpul duit Shaklee utk kita g Jepun. Kali ni kena betul2 tekad dan nekad. Nak kena gemukkan bonus Shaklee sbb nak bw satu family 8 org ni bkn calang2 duit nak kena guna kan..? Hihi

Alhamdulillah dengan adanya #VB ni ditampal merata2 dlm rumah ni..moga2 dpt ingatkan akak utk betul2 menyimpan utk tabung travel kali ni..insyaAllah.. 


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 4 January 2018

Set Penyusuan Shaklee Membawa Saya Jatuh Cinta Dengan Bisnes Shaklee


Kenangan stock EBM Hanis hampir 6 tahun yang lalu..

Masa mengandung dan berpantangkan Hanis akak mula ambik set kehamilan dan berpantang Shaklee. Sebelum mengandung tu ada jgk ambik basic set vit c, b comp dan vitalea sbb selalu letih-letih. Tapi sekadar jd consumer..belum join SID masa tu.



3 kali kehamilan sebelum hamilkan Hanis (termasuk kehamilan kembar), akak selalu letih-letih time hamil dan berpantang. Dah tu kerap kena kejang kaki dan sembelit.

Ibu-ibu berpantang ni kalau selalu letih-letih menyebabkan kita cepat moody dan secara tak langsung boleh menggangu proses penyusuan baby kan. Dah letih, badan pun sakit-sakit dan kadang2 blh menyebabkan stress. Ini semua sedikit sebanyak boleh mempengaruhi proses penyusuan baby.

Alhamdulillah..sejak amalkan set hamil dan berpantang Shaklee, akak rasakan kehamilan ke-4 utk anak kelima akak amat berbeza dengan sebelumnya. Walaupun ketiga-tiga kehamilan sebelum tu akak ada ambik suplimen lain jgk utk hamil dan berpantang.

Akak sentiasa gembira je..dan jadi bersemangat untuk kumpul stock EBM utk Hanis sbb akak nak masuk kerja lepas tu. Mmg letih pun kurang dan susu ibu pun meriah.

Sejak dari tu akak cuba berkongsi dengan kawan-kawan fb especially para ibu yang nak menyusukan bayi secara eksklusif mcm akak..tu pun atas nasihat upline yg cdgkan akak buat perkongsian ttg suplimen Shaklee dan teknik2 penyusuan yg betul.

Alhamdulillah lepas dari tu ramai jgk kawan-kawan yang pm tnya tentang penyusuan ni. Dan rezeki anak-anak juga, sejak dari itu sampailah sekarang akak masih berkongsi kebaikan Shaklee menggunakan pelbagai medium online sekarang. Dan biz Shaklee dah jadi income tambahan utk famili kami.. 

Kwn2 kalau nak tau apa2 info berkaitan vitamjn Shaklee, sudi-sudikanlah contact akak ya..


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 3 January 2018

Trip Percuma Shaklee Ke Long Beach, California, USA - Percutian Paling Diingati!


Ini adalah percutian pertama akak ke luar negara. Sangat bertuah rasanya menjadi salah seorang leader Shaklee yang layak mengikuti trip percuma sponsored by Shaklee ke Long Beach, California, USA.


Sebelum join trip ni, akak selalu sangat rasa mustahil utk pergi bercuti ke luar negara. Rasa mcm tak mampu sangat dan ada masanya rasa macam membazir pun ada. Tapi itu dulu lah..sebelum kenal Shaklee dan ahli keluarga Shaklee yang sangat berfikiran positif ni.



Tapi sebenarnya byk input dan faedah yg kita boleh dapat dengan pergi travel ni. Bkn hanya luar negara tapi dalam negara jgk. Punyalah fikiran akak yang agak "sempit" masa tu..dah layak join trip ke US ni pun awalnya akak menolak..taknak pergi..nak pergi trip dalam negara je..hahaha

Maklumlah kita tak pernah g ke luar negara, tetiba dapat g free n dpt pulak ke negara Uncle Sam yg amat mustahil utk pergi kalau takde apa-apa hajat kan. Tp lepas upline dan beberapa orang kawan bg pandangan pd akak..maka akhirnya akak pun pilih jgk utk join trip Shaklee ke US ni.

Fuhh..memang tak salah pilihan akak tu..macam-macam ilmu dan pengalaman yang akak dapat lepas join trip tu. Tengok negara orang putih yg sangat bersih..adab mereka dengan pelancong, budaya..makanan mereka, bandar dan bermacam lagi lah..

Betullah seperti yang dikata..info yang kita dapat dari orang sememangnya tak sama denga apa yang kita lihat sendiri. Sebabnya tak semua yg dtg dr "sana" adalah tidak baik..contoh dlm bab solat..mereka sgt terbuka..masa conference Shaklee siap disediakan bilik solat utk SID muslim. Dan kami nak solat kat tempat2 awam pun takda masalah. Itulah antara kenangan yang tak dapat dilupakan.

Boleh dikatakan trip Shaklee US ni jgk merupakan turning point utk akak dan dapat buka mata akak tentang bestnya dapat travel ke negara luar..dpt kutip byk pengalaman berharga. Bagaimana SID di sana sangat mengagumi kami SID dr Malaysia.

Dan sejak trip itu jgk..akak dapat rasai betapa bestnya layanan Shaklee terhadap qualifiers yg join trip tu..layanan memang tiptop..5-6 bintang blh bagi. Jadi kalau dapat trip Shaklee mmg tak boleh lepaskan..kena g jugak.

Dan kepada SID yang belum pernah merasa teip Shaklee, bekerjalah bersungguh-sungguh utk rasai percutian mewah Shaklee PERCUMA!

Walau tak dapat ke luar negara, dalam negara pun sangat best tau. Tapi trip shaklee slrg takde lagi local..tp regional..bestkan..luar negara jgk. Tahun depan regional trip ke Bangkok..dan international trip dapat naik Mediterranena Cruise uolls! Fuhh mesti best!

Azam akak tahun ni, insyaAllah nak kumpul duit utk tabung travel ni. Nak bw anak2 berjalan jgk. InsyaAllah jika ada keazaman yang kuat, usaha tanpa henti dengan Shaklee atas izin Allah..impian ini pasti terlaksana hendaknya. InsyaAllah.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 2 January 2018

Jika Harimau Mati Meninggalkan Belang, Biarlah Manusia Mati Meninggalkan Nama

Alhamdulillah..Sejak bulan September 2016 akak mula menjinakkan diri bervlog. Tapi masa awal-awal tu memang rasa kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri nak bercakap dalam video. Tapi bila dah acapkali, kita dah tak rasa segan lagi dengan diri sendiri..hihi..


Dan kini, hari-hari ada je masuk mesej daripada prospek vlog. Syukur channel youtube akak ni mula dikenali dan disedari kewujudannya.


Alhamdulillah..moga perkongsian-perkongsian akak dalam pelbagai medium ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada ramai orang. Semoga ia dikira amal ibadat dan amal jariah jugak untuk kegunaan dan manfaat semua.


Ramai jgk yg tanya..mcmna akak dapat buat semua ni..sedangkan akak bekerja dan pjj dengan suami..jaga anak 6 org seorang diri. Satu je yang akak boleh kata.."Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..". Dan semuanya dengan izin Allah jua.


Moga suatu hari ni, walau akak dah takde lagi di dunia ini..orang tetap mengingati akak dengan segala perkongsian ini.. 


• Ingat Shaklee, Ingat Kak Jiah!
• Ingat Resepi, Ingat Dapur Chef Ummi!
• Ingat UPMKB & UMT, ingatlah Dr. Najihah jgk.. hehehe


 Kak Jiah
Founder An-Najah Group


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 1 January 2018

2017 - Menggamit Kenangan, 2018 - Impian dan Harapan


-2017-

Alhamdulillah..berlabuh sudah tirai 2017 yang penuh warna warni dalam hidup akak. Syukur kepada Allah atas segala kebaikan yang telah dilimpahkan buat akak sekeluarga sepanjang tahun lepas.

Juga terima kasih kepada saudara mara serta rakan taulan yang sama-sama menyuntik semangat dan kegembiraan dalam diri ini sepanjang tahun lalu. Semoga Allah merahmati kita semua dengan Rahmat dan Rahim-Nya.

Inilah antara foto-foto yang amat bermakna pada diri ini sepanjang 2017. Banyak lagi yang tak dapat nak dikongsi di sini dan sebagai insan kerdil yang amat lemah, akak amat bersyukur atas pencapaian diri ini sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri dan ibu (PJJ), pensyarah dan SID serta leader kepada anak-anak Shaklee. Walau dalam masa yang sama ia perlu di baiki untuk mencapai satu tangga yang lebih baik!



Semoga lakaran peristiwa 2017 akan menjadi inspirasi buat diri akak sendiri dan mungkin jg sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan semangat buat rakan-rakan semua.


-2018-

Semoga kedatangan tahun 2018 memberi semangat baru buat kita semua. Apa yang akak pegang dari dulu ialah untuk menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada insan yang lain. Walau hanya sebesar zarah sekalipun manfaat itu.

Ayuh kita tanamkan azam untuk lakukan yang terbaik dalam hidup kita. Jom sama-sama baiki dan tingkatkan amalan rohani, serta berikan yang terbaik juga buat diri sendiri, keluarga dan apa juga tugas dan urusan kita.

Bagi akak sendiri, pelbagai perkara besar yang bakal berlaku pada tahun 2018 ini. Perkara yang dah diketahui dan mungkin juga sesuatu 'bakal diketahui', yang hanya Allah sahaja yang tahu. 

Apa jua perkara yang bakal kita hadapi sepanjang tahun 2018 ini, sama-samalah kita berfikiran positif dan mendoakan kebaikan buat kita semua.

Akhir sekali..

• sebagai anak, akak mendoakan semoga abah dan mak terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..

• sebagai isteri, sentiasa mendoakan agar suami tercinta dapat berpindah ke Kuala Terengganu dan dapat tinggal bersama akak dan anak-anak di sini..

• sebagai ibu, sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dalam aspek dunia dan akhirat. Tambahan pula si kembar berdua akan menduduki exam UPSR tahun ini..

• sebagai pensyarah, sentiasa mendoakan agar Allah mengurniakan kesabaran dan kudrat yang tinggi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan ini..

• sebagai leader #annajahgroup, sentiasa mendoakan agar anak cucu An-Najah Group akan terus melakar kejayaan pada tahun 2018 ini. Juga berharap agar #annajah group terus berkembang sepanjang 2018.

• Semoga Allah merahmati kita semua 
• Stay Focus & Think Positive 


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:
 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.