Thursday, 6 October 2016

Resepi Nasi Planta Paling Simple

Assalamualaikum..

Sebelum akak terlupa, akak nak kongsikan dengan korang semua resepi Nasi Planta paling simple yang akak buat minggu lepas. Kira Nasi Planta ni kalau orang yang tak biasa masak pun boleh buat dan insyaAllah sedap rasanya. Alhamdulillah..dah beberapa kali akak buat dan anak-anak memang suka nasi planta ni.



Bahan-Bahannya:

5 cawan beras
5 1/2 hingga 6 cawan air (sukatan air ikut jenis beras)
2 sudu besar planta
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit
1/2 cawan susu cair
Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang putih dan bawang merah untuk menumis.
Daun pandan


Cara membuatnya:

Cuci beras, toskan. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah seperti memasak nasi biasa..

Macamana? Mudah kan? Memang mudah sangat. Nasi ni boleh di makan bersama hidangan ayam atau daging..lagi sesuai lah rasanya..hehe..Selamat mencuba ya.