Sunday 7 January 2018

Luangkan Masa Bersama Anak-Anak - Cara Saya Recharge Diri


Alhamdulillah..hari ni dah masuk minggu kedua persekolahan anak-anak. Nampak gaya minggu pertama persekolahan berjalan dengan lancar walaupun hanya akak sorang yang handle anak2 di Tganu ni.

Mungkin jg akak dan anak2 sendiri dah terbiasa hidup berjauhan dengan baba membuatkan diri ini jadi tersangat berdikari bergitu juga dengan anak-anak.

Kalau ikutkan rutin harian dan mingguan akak sangat memenatkan. Hatta hari minggu pun (di Tganu Jumaat dan Sabtu) tak seperti hari cuti jadinya. Weekend kelmarin memang tak sempat langsung akak nak berehat.

Ditambah pula tahun ni, anak2 kembar akak nak exam UPSR. Dan atas kesanggupan akak sendiri, akak buat keputusan untuk menghantar kedua2 mereka termasuk Hakim ke Kelas Tuisyen dan Kelas Tahfiz Hujung Minggu. Jadi memang bertambahlah tugas akak yang semenangnya dah nampak pack itu. Dan klu hari Jumaat tu lepas hantar anak2 ke kelas hafazan, akak terus pecut g Kursus Haji. Alhamdulillah..mmg elok dah aturan Allah, klu tak, akak ke kursus Haji anak2 nak kena tinggal kat rumah semua.

Bayangkan jgk, sejak Haziq masuk asrama tahun lepas, setiap kali hujung minggu klu dia tak balik rumah, setiap Sabtu mesti g kat dia. Bw jalan2 @ balik rumah..siap soh msak2 lg utk bw bekalan ke asrama..ha..ms mana nak rehat di hujung minggu? 

Tapi..takpelah..demi kejayaan anak2 dunia dan akhirat..akak sanggup abaikan kejab masa hujung minggu ummi. Dan mungkin juga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik buat diri ini sebab Dia tahu akak kena buat semua ni tanpa suami di sisi.

Untung jgk semester utk diploma skrg ni akak tak kena mengajar. Sejak Jun 2016, memang akak kena mengajar semester sarjana muda dan diploma silih berganti tanpa rehat. Sepatutnya diploma semester ni pun akak kena mengajar tapi disebabkan orang buat jadual silap letak nama pensyarah lain, maka dptlah akak rehat kejab dr mengajar sementelaah pelajar bacelor akan bercuti tak brp lama lg. Tapi, kerja2 lain tetap la kena buat..penulisan buku, jurnal dsbgnya.

Habis tu, bila masa akak nak rehat? Bila masa akak nak recharge diri sendiri? Korang agak bila n macamna akak nak kumpul tenaga balik selepas kepenatan buat itu ini?

Ha..banyak cara yang boleh akak buat. Salah satunya dengan buat biz Shaklee ni! Hehe..sbb dpt release tension tau bila dpt sembang dengan kwn2 dlm group, dpt sembang2 dengan customer, rasa gembira dan puas bila dpt feedback positif dr customer..dan lagi best setiap 15 hb blh dpt BONUS! Yeaaayyy!.

Itu je ke? Tak lah..banyak lg cara recharge diri akak..selalunya time suami dtg Tganu, kami sekeluarga keluar sama2, bw anak2 g pantai ke, g berjogging, main badminton, window shopping..suami akak jgk suka bwa round tgk suasana dan kenal tempat2 kat KT ni..maklumlah kami kan orang baru kat sini..hehe..skrg dh agak lama tak g pantai..rindu plak nak jalan2 hirup udara segar. Kena tgu suami dtglah baru dpt g..



Selain tu, aktiviti yg akak buat bersama anak2 jgk biasa aktiviti memasak dgn anak2 perempuan..anak2 lelaki biasanya suka main game kad dengan baba diorg.

Aktiviti santai2 mcm ni je tapi alhamdulillah sedikit sebanyak dapat release tension akak sepanjang weekdays yang amat memenatkan. Selain tu, ofcoslah cara kita org Islam nak recharge diri balik dengan membaca al-Quran selain bangun malam tunaikan solat sunat walau hanya 2 rakaat.

Alhamdulillah..syukur sangat2 atas kudrat yang Allah berikan buat akak..mudah2an terus diberi kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan tenang dan sabar. Setiap perkara yang Allah berikan kepada kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi.. 


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.