Sunday, 20 November 2016

Program Hari Keluarga dan Majlis Graduasi Taska Juhani dan Tadika Cahaya Didik

Semalam akak temankan anak kelima dan keenam akak join Majlis Hari Keluarga dan Graduasi Taska Juhani dan Tadika Cahaya Didik, tempat akak hantar dia orang time akak kerja. Majlis Graduasi hanya libatkan anak-anak 6 tahun dari Tadika Cahaya Didik je, kebetulan pengusaha tadika dan taska tu orang yang sama dan premis pun sebelah menyebelah je.


Untuk murid taska, dia orang hanya buat persembahan dan terlibat dengan pertandingan je. Alhamdulillah, anak akak Hanis pun terlibat dengan persembahan kelmarin iaitu Dikir Barat. Dikir Barat tu untuk anak-anak 3 dan 4 tahun  saja. Memang dah lama Hanis dok berlatih kat rumah pun asyik dok tunjuk dekat ummi dan abang kakak je. Memang tak sabar sungguh kami nak tengok persembahan dia kelmarin.

Ok ni sedutan video persembahan dikir barat kelmarin. Boleh klik link ni ya.

https://www.facebook.com/najihah.a.mutalib/videos/10211140207406222/

Selain daripada itu, ada banyak lagi persembahan daripada anak-anak tadika dan juga pertandingan pakaian beragam dan bayi ceria. Hanis dan adiknya juga masuk pertandingan pakaian beragam tu. Jom tengok gambar-gambar yang akak sempat snap kelmarin.

Kami sampai paling awal..haha

Hanis ketika pertandingan pakaian beragam


Huda ketika pertandingan pakaian beragam 


Hanis dan Huda di atas pentas




InsyaAllah tahun depan Hanis dah tak belajar di sini dah. Akak nak hantar Hanis ke Pasti pulak. Dulu masa kat Bintulu memang Hanis dah belajar di Pasti Bintulu, tapi bila datang sini akak risau adiknya Huda tak dapat suaikan diri di taska baru, jadi akak hantar Hanis sekali dengan adiknya ni..alhamdulillah Huda pun dah ok, insyaAllah Huda akan kekal di Taska Juhani untuk tahun depan.

Taska dan tadika ni terletak di Taman Bestari, Gong Badak..betul-betul berdepan dengan Sek Kebangsaan Gong Badak. Sesiapa yang tinggal di area berhampiran boleh lah hantar anak-anak ke sini.

Ok itu saja coretan akak kali ni, hingga berjumpa lagi..bye..