Assalamualaikum.
Semalam balik dari kerja akak terfikir-fikir nak masak menu apa untuk santapan anak-anak malam nanti. Fikir punya fikir terdetiklah di fikiran nak buat resepi ni. Sebenarnya tak tahu juga apa ke namanya resepi ni tapi dulu akak pernah tengok menu ni di internet. Cumanya akak tak ingat resepinya macam mana.
Jadi, lepas maghrib semalam akak pun memandai-mandai lah mereka cipta resepi ni. Dalam hati harap sangat ianya menjadi, biasalah anak-anak ni kalau tak kena dengan selera diorang kadang-kadang memang diorang tak nak makan atau makan tak banyak. Sebagai ibu ni, kalau anak makan banyak tu mestilah kita suka kan sebab makanan yang di masak habis licin.
Alhamdulillah menjadi juga menu Roti Bakar Berinti Telur dan Cheese ni. Jom akak kongsikan resepinya dengan korang semua. Nanti korang boleh la nak ubah atau tambah bahan-bahannya mengikut kreativiti korang ye.
Alhamdulillah menjadi juga menu Roti Bakar Berinti Telur dan Cheese ni. Jom akak kongsikan resepinya dengan korang semua. Nanti korang boleh la nak ubah atau tambah bahan-bahannya mengikut kreativiti korang ye.
Bahan-Bahannya:
Roti Gardenia
Telur 2-3 biji
Susu Cair (sedikit sahaja)
Sosej @ Isi Ayam (atau apa2 je yang korang nak letak)
Daun bawang, bawang besar atau sayuran lain kegemaran korang
Cheese
Garam / Serbuk Perasa / Lada Sulah (Jika suka)
Cara Membuatnya:
1) Pukul telur sedikit kembang, masukkan susu cair dan garam dan perasa, pukul sebati. Kemudian masukkan bahan sayuran lain dan gaul sedikit.
2) Sapu loyang seperti dalam gambar dengan planta.
3) Canai roti seperti dalam gambar, tekankan roti dalam loyang. Rujuk gambar.
4) Masukkan adunan telur dalam roti, taburkan cheese atas inti telur.
5) Panaskan oven 150-160 darjah selama 10 min, masukkan acuan berisi roti dan telur tadi.
6) Bakar menggunakan api atas selama 10-15 min, seterusnya menggunakan api bawah selama 5 minit.
7) Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan. Boleh dicicah dengan sos jika suka.
Mudah saja resepinya. Korang cubalah buat ya. Selamat mencuba dan jumpa kagi.