Hasrat nak bawa anak-anak jenjalan melawat muzium 3D Art dah lama tersimpan dalam hati akak ni. Setiap kali tengok gambar kawan-kawan ke muzium tu, akak memang teruja dan rasa nak sangat ke sana. Tambahan pula rumah mertua kat Kota Kuala Muda Kedah tu tak delah jauh sangat dengan Penang kan..
Setiap kali balik kampung, akak pasti suarakan hasrat akak pada suami..nak bawa anak-anak jalan ke muzium 3D tapi ada saja kekangannya. So, tak dapat la pergi. Kebetulan dua minggu lepas akak ada urusan rasmi di UUM, kena bentang kertas kerja dalam satu seminar di sana jadi akak pun bawa anak-anak balik sekali ke kampung halaman memandangkan tiada siapa yang akan uruskan mereka di Gong Badak, Terengganu ni.
Kiranya anak-anak terpaksa ponteng sekolah la..tapi akak dah siap-siap bagi surat pada guru kela diorang. Jadi masa kat sana, akak bawa anak-anak balik rumah mertua juga. Takde plan nak ke mana pun, jadi pada malam hari kejadian akak bagitahu anak-anak nak bawa diorang jalana-jalan ke Musium 3D Penang tu. Biasalah kan, kalau plan on the sport tu selalunya akan menjadi, betul tak.
Nak dijadikan cerita, awal-awal pagi tu kami (akak dan 6 orang anak) meredah hujan renyai-renyai hanya berpandukan waze untuk ke muzium tu. Untuk makluman, suami akak kerja pada hari tu, semua orang kerja dan bersekolah, kami je yang bercuti..hehe
Alhamdulillah, waze memang sangat membantu, selepas sejam lebih kurang kami selamat sampai ke tempat yang dicari. Tapi terpaksa berpusing-pusing banyak kali untuk mencari tempat parking. Akhirnya selepas 3 ke 4 kali pusingan akak mengambil keputusan untuk parking dalam kawasan parking berbayar yang kena berjalan bbrp minit jugak untuk ke muzium tu. Walaupun hujan renyai-renyai, akak dan anakanda berenam redah la jugak. Excited sangat anak-anak nak masuk muzium.
Tiket Masuk |
Tiket untuk dewasa RM15, kanak-kanak 5 tahun ke atas RM10. Kanak-kanak 4 tahun ke bawah kena dikenakan caj. Sebenarnya kat Penang ni ada beberapa Muzium 3D, akak pun pakai redah je tak tahu yang mana satu. Ikut dalam waze je, rupa-rupanya dekat-dekat situ ada lagi muzium konsep yang sama. Muzium yang kami pergi ni namanya Penang 3D Trick Art Museum, kedudukannya berada di tengah-tengah deretan rumah kedai.
Kebetulan masa kami pergi tak ramai sangat pengunjung, maklumlah pergi masa orang bersekolah dan bekerja. Dapat la melawat dan bergambar dengan selesa sikit. Ok jom akak kongsikan gambar kami terutamanya anak-anak ketika berada di sana.
Oh ya, korang jangan risau kalau tak tahu macamana yang bergaya kat satu-satu gambar 3D tu. Diorang dah tanda siap-siap kat mana yang sesuai kameraman duduk, gaya macamna nak buat dan yang bestnya masa kami pergi tu ada staf yang ikut dan tolong ambikkan gambar kami. Tapi akak tak pasti lah kalau waktu orang ramai macamana keadaannya.
Ok, jom layan gambar-gambar kami ni..:)