Sunday, 8 March 2015

RESEPI KEK MENTEGA PALING SEDAP DAN MUDAH

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali buat semua pengujung blog ini.

Kali ni saya nak share resepi Kek Mentega paling sedap dan nak buatnya pun mudah. Bahan-bahan basic je diperlukan. Sebenarnya dah beberapa lama juga hasrat hati nak buat kek ni untuk santapan kami sekeluarga tapi disebabkan kekangan masa asyik bertangguh je.

Alhamdulillah petang tadi saya diberi kesempatan masa untuk mem'baking' Kek Mentega ni untuk anak-anak selepas lebih seminggu mixer dan oven kat rumah ni berehat. Resepi ni saya olah sedikit dari buku resepi yang saya beli beberapa tahun lepas. Jom kita tengok bahan-bahannya.



Bahan-Bahannya:

1 buku mentega / 250 gm margerin (suhu bilik).
200 gm gula kastor.
290 gm tepung gandum.
2 sudu kecil soda bikarbonat - diayak bersama tepung.
(boleh juga gunakan tepung naik sendiri dan tak perlu tambah soda bikarbonat lagi)
1 sd esen vanilla.
4 biji telur
4 sudu makan susu cair atau susu segar.
Sedikit coklat cip / coklat rice / kismis jika suka.

Cara Membuatnya:

1) Pukul mentega & gula kastor menggunakan mixer atau manual sehingga kembang.
2) Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
3) Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan.
4) Akhir sekali masukkan tepung berselang seli dengan susu cair tadi dan pukullah hingga sebati.
5) Sementara itu panaskan oven pada suhu 185 darjah celsius selama 10 minit.
6) Sapu loyang dengan mentega dan alaskan dengan kertas minyak jika perlu.
7) Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Kemudian taburkan coklat cip / coklat rice / kismis jika suka.
8) Bakar pada suhu 185 darjah celsius selama 50-60 minit atau sehingga masak. Suhu dan tempoh bergantung kepada jenis oven.

Kek ini sedap dimakan ketika panas mahupun sejuk. Bila dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Mudah kan?

Selamat mencuba dan jumpa lagi..

4 comments:

  1. Tengah tggu kek masak. Takut sebab tak pernah bake sebelum ni. Nak guna oven pun tak reti 😂😂

    ReplyDelete
  2. Macamna jadi x keknya Jazilah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih sukat soda bikarbonat kak. Yg lain dh ok ^_^

      Delete