Foto: Najihah Abdul Mutalib
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang dikasihi.
Ada kalangan rakan dan kenalan saya sering bertanya, kenapa saya menjalankan bisnes Shaklee secara part-time sedangkan saya sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai Pensyarah yang telah memegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) di sebuah universiti awam yang terkenal pula. Apa agaknya yang membuatkan saya terus bersemangat untuk terlibat dengan bisnes ini walaupun saya agak sibuk dengan kerjaya hakiki dan uruskan keluarga dengan anak-anak seramai 5 orang (bakal menimang anak ke-enam tidak lama lagi)? Bahkan adakalanya saya turut terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat, menerima undangan pihak-pihak tertentu sebagai panelis, penceramah, pentazkirah dan juga terlibat dengan kerja-kerja amal untuk masyarakat Islam setempat.
Secara jujurnya, pada awal perkenalan saya dengan Shaklee, saya hanya menjadi pembeli vitamin Shaklee untuk diri sendiri selama setahun. Lepas setahun iaitu pada September 2012, Allah bukakan hati saya untuk menjadi ahli Shaklee, itu pun niat asalnya hanyalah untuk mendapat harga ahli setiap kali membeli produk Shaklee. Dan sementelaah pula, saya sememangnya amat berpuashati dengan vitamin Shaklee yang dah saya amalkan selama setahun sebelumnya.
Kenapa agaknya saya terpikat untuk membeli vitamin Shaklee sedangkan banyak lagi jenama lain yang berada di pasaran?
Setelah membuat sedikit pencarian dan 'penyelidikan', beberapa kriteria yang ada pada Shaklee menyebabkan saya tertarik untuk menjadikan vitamin Shaklee sebagai suplimen harian saya. Antara sebabnya:
1) Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America (ISA), badan antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM dan sijil ini diperbaharui setiap tahun. Rujukan lanjut mengenai Badan Yang Diiktiraf JAKIM sila klik link tertera. Sebagai umat Islam, status kehalalan sesuatu produk patut berada pada kedudukan pertama sebelum kita membuat pilihan.
2) Shaklee telah lama bertapak dan terkenal sebagai sebuah syarikat nutrisi semulajadi no. 1 di Amerika Syarikat dan sudah tentunya di Malaysia. Jadi, saya tidak gusar lagi untuk memilih Shaklee sebagai makanan tambahan saya dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan keluarga saya. Shaklee juga telah mencipta multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 oleh Dr. Forest C. Shaklee dan sejak itu syarikat ini terus mencipta pelbagai lagi produk produk kesihatan semulajadi yang lain.
3) Produk Shaklee telah melalui pelbagai ujikaji R&D bagi memastikan ketulinan dan keberkesanan produknya. Syarikat ini telah melaburkan hampir US300 juta Dolar Amerika dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Oleh sebab itu saya merasa lebih selamat untuk memilih suplimen shaklee memandangkan semua produknya telah menjalani ujikaji klinikal yang sepatutnya.
4) Produk Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Ini juga merupakan faktor penting mengapa saya memilih Shaklee sebagai suplimen harian dan sumber untuk menjana pendapatan. Standard yang dimiliki oleh Shaklee memang tiada tandingan memandangkan Shaklee telah menjalankan lebih daripada 350 ujian untuk setiap ramuan baru bagi mengesan bahan pencemaran berbahaya dan menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahunbagi memastikan ketulinan dan kebolehan potensi sebenar. Pelbagai penerbitan hasil daripada ujikaji yang dijalankan juga telah diterbitkan bagi membuktikan keberkesanan dan kualiti produk-produknya.
Apa yang saya dapat setelah sertai Shaklee?
Pada awalnya niat asal saya jadi ahli Shaklee hanyalah untuk membeli dengan harga ahli iaitu diskaun antara 15 - 20% daripada harga jualan. Pada masa tu saya ambik keputusan untuk join Shaklee selepas lebih setahun menjadi pengguna tegar Shaklee setelah merasai sendiri keberkesanannya terhadap diri dan keluarga saya. Tahap kesihatan saya, suami dan anak-anak bertambah baik setelah mengambil Shaklee sebagai suplimen harian kami.
Selepas 2 minggu menjadi ahli Shaklee, saya terfikir sendirian.. "kenapa aku tak share je kebaikan Shaklee ni pada kawan-kawan supaya ramai lagi yang dapat hidup sihat dengan Shaklee?". Daripada mengadap fb sesaja, dapat juga saya berkongsi kebaikan dan manfaat Shaklee dengan orang lain. Alhamdulillah, perkongsian saya di fb tentang Shaklee mendapat feedback yang baik daripada rakan-rakan fb saya.
Sebelum ni saya mengadap fb hari-hari tanpa dapat apa-apa faedah sangat, bahkan kadang-kadang banyak buang masa, tambah dosa, terjebak dengan aura-aura negatif tapi lepas join Shaklee dan mula serius berkongsi kebaikan Shaklee, pelbagai kebaikan dan manfaat yang saya dapat daripadanya. Bahkan dalam group Shaklee kami sendiri amat ditekankan tentang amalan-amalan baik yang wajib diamalkan selain menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Dari segi kerohanian, banyak juga manfaat yang saya dapat sejak join Shaklee ni. Mungkin juga saya mendaftar di bawah group yang amat mementingkan amalan-amalan rohani sebegini. Bahkan antara kami saling ingat mengingati dan saling menyeru supaya berbuat kebaikan. Saya juga dapat kenal ramai ahli keluarga Shaklee yang amat rapat, yang boleh berbincang tentang pelbagai perkara sama ada berkaitan bisnes Shaklee mahupun di luar daripada bisnes ini.
Walaupun saya hanya menjalankan bisnes Shaklee ni secara part time, hanya dengan berkongsi kebaikan Shaklee di fb dan kadang-kadang bercerita dengan kawan-kawan secara offline, saya dapat bantu suami dan keluarga untuk menjana pendapatan bulan. Bermula dari bonus 3 angka, ia meningkat menjadi 4 angka dan 5 angka! Bahkan lebih daripada gaji hakiki yang saya terima. Alhamdulillah...saya sangat bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan buat saya dan keluarga. Dan sudah semestinya semua itu tak akan saya kecapi jika saya masih rasa malu-malu dan malas untuk berusaha. Untuk pengetahuan semua, saya hanya berkongsi mengenai kebaikan Shaklee di luar waktu kerja iaitu petang, malam dan hujung minggu atau cuti umum.
Mungkin juga disebabkan minat berniaga dan kecintaan saya terhadap produk dan bisnes Shaklee menyebabkan saya tidak rasa letih untuk melakukan ini semua. Saya juga sangat gembira apabila sama-sama dapat membimbing rakan-rakan dan anak-anak Shaklee saya mencapai apa yang mereka inginkan. Dan kebelakangan ini saya mula berjinak-jinak dengan blog pula. Saya berkongsi kebaikan Shaklee melalui blog, yang merupakan 'pelaburan' jangka panjang saya dalam bisnes Shaklee ini.
Selain daripada cash bonus, saya juga sudah merasa bonus kereta yang Shaklee beri setiap bulan juga dalam bentung tunai. Bergantung kepada pengedarnya untuk gunakan bonus itu membeli kereta atau apa-apa sahaja. Alhamdulillah..bonus kereta saya juga sudah mencapai 4 angka.
Saya dan suami ketika menerima replika kunci kereta pada Shaklee National Conference 2014 |
Bergambar dengan latar belakang Golden Gate Bridge di Sans Francisco sewaktu trip percuma Shaklee Ogos 2014 |
Setelah lebih dua tahun saya join Shaklee, saya berasa amat bahagia berada dalam kalangan insan-insan positif yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk terus kaya dan berjaya dalam hidup bukan hanya untuk kepentingan peribadi tetapi juga untuk membantu mereka yang amat memerlukan. Dan dengan asbab Shaklee juga, Allah gerakkan hati saya untuk serta Seminar Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan kendalian Dr. Azizan Osman pada Februari 2015 yang lalu. Amat banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada saya selama ini dan salah satu daripadanya yang amat saya syukuri ialah Allah bukakan hati saya untuk serius berkongsi kebaikan Shaklee untuk kebaikan semua.
Bersama ahli keluarga Shaklee ketika berada di Global Conference Shaklee, Long Beach USA |
Antara perkara yang paling manis sejak menjadi Pengedar Sah Shaklee adalah setiap kali mendapat feedback positif daripada pelanggan selepas mereka menggunakan vitamin Shaklee. Seronok kerana dapat membantu ramai orang untuk hidup lebih sihat dengan Shaklee dan sudah pastinya atas izin Allah SWT jua.
Jika anda di luar sana yang masih tercari-cari dan terfikir-fikir terutamanya para suri, bagaimana untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga, jangan malu jangan segan untuk hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes Shaklee. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam Shaklee sebenarnya adalah dari kalangan mereka yang bergelar suri rumah. Hanya bekerja dari rumah tetapi berjaya mendapat pendapatan sehingga mencecah 5 - 6 angka. Saya boleh dihubungi melalui wassap atau sms ke 013-4517098 @ melalui fb @ fb page saya ummihusna vitashop.
Sekian dulu coretan saya untuk kali ini. Walaupun agak panjang, harap anda semua tak bosan membacanya. Moga dapat bertemu lagi di lain masa.
Akhirnya, jom sama-sama kita saksikan video hebat ini..
Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.
Bila dah jatuh cinta..bestnya..thanks kaklong atas perkongsian....
ReplyDeleteTahun depan gi US lg deh
Sronok baca sukses story insan2 hebat :) Membacanya bunyi mudah, menitinya 1-per-1 Allah saja yang tau :) So inspired kak Long. Thanks sudi share :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..rasa macam nak ajak semua anak cucu Shaklee betul-betul buat Shaklee supaya semua dapat 3C (Cash, Car & Convention) yang Shaklee tawarkan..
ReplyDelete