Monday, 8 January 2018

Impian Kehidupan Saya 20-30 Tahun Akan Datang

Bagaimana Kehidupan Kita 20-30 Tahun Akan Datang?

InsyaAllah jika dipanjang usia oleh Allah SWT, 20 tahun akan dtg anak sulong akak Haziq bakal berusia 34 tahun. Dan anak bungsu akak pulak Huda berumur 23 tahun.

Dan akak pulak 20 tahun lagi insyaAllah jika masih panjang umur insyaAllah dah pencen masa tu..hehe..dah berusia 64 tahun.

Biasanya pada usia sebegini, kita pasti mengimpikan kehidupan yang aman bahagia, tenang dan gembira bersama insan-insan tersayang..suami, anak2 dan cucu. InsyaAllah masa tu dah ada cucu kot..haha

Kadang-kadang, ketika bersantai-santai bersama suami dan anak-anak, akak ada la menyatakan hasrat dan impian kehidupan yg bagaimana yg diharapkan pada usia "emas" nanti. Akak pernah ckp dengan anak-anak: 

"Nanti, ummi menyimpan hasrat nak buat rumah yang besar dan luas untuk keselesaan anak cucu ummi. Bayangkan anak ummi saja dah ada 6 orang..rumah tu mesti sekurang-kurangnya ada 8 buah bilik. Setiap anak menantu mesti ada sebuah bilik seorang.."

Haa..anak2 apa lagi..semua pakat berangan la nak bilik macamtu..macamni. Akak pun sambung lg..

" Kalau nak dapat rumah macam tu, anak2 semua doakanlah ummi dan baba dimurahkan rezeki oleh Allah..dapat kumpul duit banyak2 blh la capai impian dan hasrat ummi tu.."

Apa lagi semua pakat doa lah..bg ummi cepat2 naik Master Shaklee..

Akak selalu berpesan pada anak2..belajar rajin2 sbb ilmu tu amat penting utk kehidupan..solat dan amal ibadat jgn lupa.."Kalau kesian dan nak balas jasa ummi dan baba, satu ja pesan ummi..belajar rajin2 dan jangan tinggal solat dan rajin baca quran.."

Anak2..ntah faham ke tak apa yg ummi pesan tu. Tapi sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa berdoa dan ingatkan anak-anak selalu tentang itu.

Itulah harapan akak suatu hari nanti..dapat hidup aman damai bersama suami dan anak cucu..xperlu nak kerja keras lagi..masa tu hanya nak bergembira bersama keluarga dan tenang melakukan amal ibadat. Kalau rasa nak pergi bercuti, pergi je..takde sape yang ganggu..hihi..

Jd..asbab nak capai impian itu, mulai dari sekarang dah kena kerja keras utk bg tambah nilai dalam kehidupan dan kebahagian hidup pada masa hadapan. 

Juga mulai sekarang..kena beri didikan dan tunjuk ajar terbaik buat anak-anak..ilmu dunia dan akhirat.

Hidup biar berimpian tinggi..InsyaAllah..moga Allah memakbulkan doa hambaNya ini.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.