Thursday, 2 March 2017

Moga Impian Ini Tercapai Sebelum Mata Terpejam Rapat

Setiap orang pasti ada impian yang tersemat jauh di sudut hati sanubari masing-masing kan? Kadang-kadang impian inilah yang membuatkan kita terus kuat dan gigih berusaha untuk berjaya dalam hidup.

Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang Allah telah kurniakan kepada saya selama ini tapi ini tidak bermakna bahawa saya tidak boleh berimpian besar untuk mencapai sesuatu yang lain pula. Dengan adanya impian ini, ia adalah faktor untuk kita lebih bekerja keras bagi mencapai apa yang diimpikan.

Impian saya adalah demi kebahagian mereka.


Antara impian utama saya untuk masa terdekat ini ialah ingin mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah bersama suami tersayang. InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan yang satu ini. Memang nak sangat g Haji diusia yang masih diketegori muda berusia. Selain bekalan ilmu rohani, kedudukan kewangan juga perlu stabil dan bebas dari unsur-unsur haram.

Seterusnya impian saya adalah untuk melangsaikan segala hutang piutang yang ada dengan segera. Sebab tu saya berusaha keras untuk berjaya dalam Shaklee demi mencapai impian yang satu ini.

Saya juga ingin memiliki kebebasan kewaangan tanpa memikirkan sebarang sekatan lagi. Bila dah bebas kewangan, apa sahaja yang ingin saya lakukan tidak terbantu dan tersekat-sekat lagi. Contohnya jika saya ingin menderma atau membeli barangan idaman ianya bukan menjadi masalah lagi.

Setiap orang pasti mengimpikan kehidupan bahagia di hari tua nanti. Tanpa perlu bersesak otak memikirkan hutang piutang sana sini. Juga dapat memiliki rumah idaman tersendiri. Begitu juga saya, impian untuk memiliki rumah banglo di tanah dusun yang sudah dibeli sejak beberapa tahun yang lalu.

Saya juga berimpian untuk membahagiakan kedua ibu bapa, suami dan anak-anak dan hidup dalam keadaan bebas kewangan dengan tenang, gembira dan bahagia.

Inilah semua impian yang menjadi push pactor kepada saya untuk terus gigih berkongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang. Juga membantu lebih ramai anak cucu Shaklee saya berjaya sebagaimana yang saya capai malah boleh lebih daripada apa yang saya dapat lagi. Mudah-mudahan impian ini akan tercapai sebelum mata ini terpejam rapat.

Jika anda ingin bersama-sama saya memenuhi impian anda dengan Shaklee, bolehlah hubungi saya dengan segera. Mulakan langkah pertama anda bersama Shaklee hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.