Monday 13 March 2017

Resepi Cream Puff Sedap Mesti Jadi

Lama betul akak tak kongsikan resepi kat blog ni kan? Alhamdulillah diberi kesempatan untuk share resepi cream puff yang akak buat kelmarin dengan anda semua. Sebenarnya untuk rujukan akak juga resepi ni. Sebab tu suka masuk dalam blog, senang juga akak nak refer.

Masa dalam oven


Akak dah beberapa kali buat cream puff dan memang dah pernah lalui pengalaman buat tak jadi. Ikut dah macam dalam resepi tapi bila masak, jadi bantat. Tak tahu mana salah, mungkin ada la kat mana-mana yang kurang tu.

Ok, kali ni akak ambik resepi dari website Martha Stewart. Sebelum ni ambik resepi dari blog-blog orang Malaysia kita tapi kali ni nak cuba resepi mat saleh lak. Haha..alhamdulillah menjadi, tak bantat dah.

Jom kita tengok resepinya..

Bahan-Bahannya:

1/2 cawan unsalted butter (akak guna planta je sebab itu je yang ada)

1 sudu teh gula

1/3 sudu teh garam (jangan banyak-banyak sangat)

1 cawan tepung gandum

1 cawan air

4 biji telur


Cara Membuatnya:

1) Masukkan air, butter, gula dan garam dalam periuk (akak guna kuali non-stick yang agak besar) dan masak dengan api perlahan.

2) Bila dah mencair kesemuanya, masukkan tepung kacau hingga sebati sehingga ada sedikit lapisan adunan pada periuk. Itu petanda adunan dah ok. Padamkan api dan biarkan seketika.

3) Anda boleh masukkan adunan ke dalam bekas lain tapi akak terus gunakan kuali non-stick tu untuk adunkan dengan telur pula. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati setiap kali sebiji telur dimasukkan. Anda boleh rujuk video di akhir entri ni untuk tengok macamana cara nak mengadun adunan cream puff ni.

4) Bila adunan dah siap, masukkan adunan ke dalam piping bag. Boleh letak nozel kuih samperit atau nozel bulat biasa atau sekadar potong hujung piping bag sahaja.

5) Paipka adunan mengikut saiz kesukaan anda. Akak buat kelmarin besar sikit. Makan dua biji pun dah kenyang.

6) Sementara itu, panaskan oven suhu 180 darjah selama 10 min.

7) Bila adunan dah siap di paipkan, masukkan ke dalam oven, bakar selama 30 minit menggunakan api atas bawah suhu 180 darjah.

8) Cream puff jadi elok bila ada rongga bahagian dalam untuk kita isikan inti kastad.

Sebelum dimasukkan filling. Sorry kastad bertukar warna masa buat ni..gara2 tersilap pewarna merah dengan vanilla.

Siap, buat kastad baru warna kuning..hehe



Bahan-Bahan Custard Cream:

2 sudu besar tepung kastad.

2 sudu besar gula kastor (akak guna gula aising), boleh kurangkan jika tak nak manis.

1 1/3 cawan susu cair @ susu segar.

Sedikit esen vanilla dan pewarna kuning jika suka


Cara Membuatnya:

1) Masukkan kesemuanya ke dalam periuk. Kacau perlahan atas api yang perlahan juga sehingga adunan pekat dan jadi satu lapisan kepingan dalam periuk dan mendidih. Pastikan api perlahan ya.

2) Sejukkan sekejab sebelum di masukkan ke dalam cream puff tadi menggunakan piping bag juga.

Pesanan:

1) Korang kena buat dua adunan kastad macam dalam resepi ni untuk cukupkan dengan cream puff tadi. Bilangan cream puff yang boleh dapat dengan resepi ni ialah antara 25-30 biji mengikut saiz yang dibuat.

2) Boleh sapukan kuning telur atas adunan cream puff sebelum dibakar.

3) Ayakkan gula aising atas cream puff setelah selesai masukkan inti.

Senang je kan buatnya. Boleh dimakan sejuk untuk rasai kenikmatannya.

Selamat mencuba.


2 comments:

  1. Wah!! Tq kak jiha! All-tine-fav ni kuih cream puff. Tapi tak pernah nak buat sendiri, hehe

    ReplyDelete