Sunday 26 March 2017

Kuih Keria Gula Melaka Versi Ummi Lembut Dan Sedap

Dah beberapa lama jugak akak ada baca tentang kuih viral Kuih Keria Gula Melaka di fb. Akak tak pasti mungkin ada masuk tv dan akhbar juga kot tp akak tak ikuti sangat.


Dari gambar-gambar yang viral tu dia orang cakap sedap..sedap..kan. Akak pun tak tahu macamana rasanya kan sebab tempat tu jaug sangat, kat Melaka rasanya. Rasanya kuih tu dipanggil Keria Gula Melaka sebab disalut dengan gula melaka je kot.

Memang akak dah biasa buat kuih keria ni dan kuih ni antara kuih feveret akak sejak kecik lagi. Jadi akak cuba-cuba la sendiri buat kuih keria dan salutkan ia dengan air gula melaka. Kebetulan Khamis lepas akak puasa dan terliur pula tengok seorang kawan ni tunjuk keria gula melaka waktu dia pergi bercuti kat Melaka baru-baru ni.

Mungkin penjual kuih keria gula melaka tu ada resepi tersendiri tapi korang boleh la kalau nak cuba resepi akak ni. Rasanya pun sedap..bagi akak la..dan akak tengok suami pun pulun makan mungkin sedap la tu..


Bahan-Bahannya: 

Semangkuk ubi keledek yang dah dibuang kulit (akak guna sebiji keledek yang agak besar, korang boleh tengok gambar mangkuk akak besar mana)

1 3/4 cawan tepung gandum

Secubit garam


Bahan-bahan Air Gula Melaka

Seketul Gula Melaka

3-4 sudu besar gula putih

1/3 cawan air (lebih kurang)

2 helai daun pandan


Cara membuatnya: 

Rebus keledek hingga empuk. (Akak rebus guna periuk noxxa, tekan PC 10 minit)

Sesudah empuk, lenyekkan keledek hingga hancur dan masukkan secubit garam. Lenyek lagi biar sebati.

Masukkan tepung kedalam keledek yang telah dilenyek. Pastikan keduanya digaul sebati. (Awas adunan agak panas).

Bila dah sebati, bentukkan macam bentuk donat kecik sehingga habis.


Panaskan minyak, bila dah panas perlahankan api, masukkan kuih keria dan goreng sehingga kekuningan.

Cara membuat salutan gula pula, masukkan gula melaka, gula putih, daun pandan dan air ke dalam periuk. Masak sehingga pekat.

Akhir sekali, tuangkan air gula melaka yang telah pekat ke atas kuih keria tadi. Pastikan semua bahagia disalut air gula melaka.

Biarkan sedikit suam baru boleh dimakan. Sangat sedap dimakan ketika suam.

Senang kan? Bolehlah korang cuba buat nanti. Ok iti saja sharing akak kali ni. Selamat mencuba.