Foto: Najihah Abdul Mutalib
Tuesday, 28 April 2015
Resepi Donut Kentang Yang Lembut dan Sedap
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Tuesday, 21 April 2015
Bagaimana Saya Boleh Menjana Pendapatan Sampingan Sehingga 5 Angka Dengan Shaklee?
- Niat yang betul untuk jalankan bisnes Shaklee.
- Punyai semangat, kemahuan, kerajinan dan usaha yang berterusan.
- Tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersangka baik.
- Pandai bahagikan masa antara kerjaya hakiki, keluarga, bisnes Shaklee dan diri sendiri.
- Memilih group yang betul untuk memulakan bisnes Shaklee anda.
![]() |
Mentor-mentor saya dalam Shaklee |
Saya sewaktu kelas Blog & Marketing anjuran Ireach |
![]() |
Bersama para leaders yang layak sertai Supermom Intimate Dinner |
![]() |
Bergambar bersama Master Hadha, Master Azrin, Ummi Mai dan para downline saya sewaktu MasCel Master Azrin |
![]() |
Group saya yang makin berkembang. |

Saturday, 18 April 2015
RESEPI AISKRIM MALAYSIA PERISA VICO & MEAL SHAKES MENGGUNAKAN TUPPERWARE SMOOTH CHOPPER
![]() |
Tupperware Smooth Chopper |

Friday, 17 April 2015
TIPS MENAIKI PESAWAT DENGAN ANAK-ANAK KECIL

- Sebolehnya elakkan anak-anak tidur sebelum ke lapangan terbang atau sebelum menaiki pesawat. Kebiasaannya saya dan suami akan biarkan anak-anak leka bermain bagi mengelakkan mereka tidur terutamanya ketika 'masa' tidur mereka seperti waktu tengahari. Ini adalah kerana, bila mereka berasa agak letih dan mengantuk, pastinya setelah naik pesawat mereka akan terus tidur. Jadi ia dapat mengelakkan mereka dari 'membuat perangai' sewaktu dalam pesawat. Anak kecil saya sekarang iaitu Hanis yang berusia 2 tahun 9 bulan, selalunya bila naik je pesawat, selepas 30 minit pertama dia pasti akan tidur dan selalunya dia hanya akan bangun apabila pesawat mendarat.
- Pilih menu makanan untuk kanak-kanak sewaktu menempah tiket. Kebiasannya menu untuk kanak-kanak ini hanya disediakan untuk perjalanan yang memakan masa 2 jam atau 1 jam 50 minit ke atas jika menaiki MAS. Jika penerbangan hanya 1 jam, makanan tidak disediakan. Hanya minuman dan makan ringan sahaja seperti kacang. Bila kita memilih menu kanak-kanak, sekurang-kurangnya mereka akan leka dengan makanan tersebut. Dan kotak makanan itu juga boleh dijadikan model kapal terbang untuk menceriakan mereka.
![]() |
Gelagat Hanis waktu dalam pesawat. Menyanyi lagu kesukaannya.. |
- Biarkan anak-anak membawa apa-apa permainan, buku dan sebagainya supaya mereka dapat bermain ketika dalam pesawat. Anak-anak saya biasanya akan membawa buku atau 'game' yang boleh mereka baca atau main bagi mengisi masa sewaktu berada dalam pesawat sepanjang perjalanan. Bagi anak-anak kecil, mungkin kita sebagai ibu boleh bacakan kepada mereka buku cerita atau lain-lainnya.
- Boleh juga bawa makanan (biskut dan sebagainya) dan minuman kegemaran anak-anak. Jika mereka mula meragam, terutamanya anak-anak bawah 2 tahun, boleh kita berikan mereka makanan atau minuman yang mereka sukai.
- Susukan anak jika anak masih menyusu badan. Sewaktu anak-anak saya masih kecil, jika anak mula nak menangis, saya akan terus susukan mereka. Bagi ibu yang menyusu secara eksklusif, cara ini amat mudah sekali untuk menidurkan anak dan mengelakkan mereka daripada terus menangis dan sebagainya.
- Ajak anak bersembang-sembang atau bercerita. Jika anak-anak tidak mahu makan atau bermain, cuba ajak mereka bersembang atau bercerita apa sahaja dengan mereka. Ini salah satu tips lagi yang dapat melekakan mereka dan mengelakkan mereka bosan sewaktu berada dalam pesawat.
![]() |
Kak Ngah Husna leka munlis diarinya.. |

Tuesday, 14 April 2015
RESEPI PULUT KUNING PALING SEDAP
Foto: Najihah Abdul Mutalib
Sebelum saya mengundur diri, saya nak belanja video testimoni saya sendiri menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. Sudi-sudikanlah menonton dan klik LIKE jika suka video ini ya...
Friday, 10 April 2015
HEALTH AND WELLNESS TALK SHAKLEE
![]() |
Bergambar beramai-ramai usai ceramah. |
![]() |
Saya dan anak-anak Shaklee bergambar dengan pegawai nutrisi Shaklee. |
![]() |
Kami bersama anak-anak. |

Monday, 6 April 2015
RESEPI BREAD PIZZA YANG RINGKAS DAN PALING MUDAH
Foto: Najihah Abdul Mutalib
Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.

Sunday, 5 April 2015
SEHARIAN BERSAMA MASYARAKAT DI SG. PLAN DALAM PROGRAM "BINTULU MOMMIES CHIT CHAT 2.0"
![]() |
Penulis sedang mendemo deko cupcakes |
![]() |
Antara cupcakes yang siap dideko oleh para peserta |
![]() |
Pertandingan bento |
![]() |
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak paling mendapat sambutan |
>>>> JOM TONTON VIDEO TIPS NAK JADI ORANG BERBAKAT<<<<

Saturday, 4 April 2015
TERIMA KASIH DR. AZIZAN OSMAN
Assalamualaikum..
Entri ini sekadar ingin melahirkan rasa terharu dan terima kasih saya terhadap Mentor Kejayaan Asia #1, Dr. Azizan Osman atas kesudian beliau membaca perkongsian saya tentang pengalaman pertama saya menyertai Seminar Intensif Kekayaan dan Kejayaan pada Februari 2015 yang lalu. Atas perkongsian DAO tersebut, menyebabkan pengunjung blog ini melonjak naik dan entri mengenainya telah di kongsi oleh ribuan pengunjung blog.
Tujuan saya menulis entri tersebut hanyalah ingin melahirkan rasa hati saya tentang IMKK kendalian DAO. Saya amat-amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana membuka hati saya dan memudahlan urusan saya ke IMKK lepas. InsyaAllah saya amat berharap untuk berada lagi dalam IMKK pada masa akan datang.
Kepada anda semua, saya amat sarankan anda menyertai IMKK kerana ia dapat merawat kolam jiwa kita yang penuh dengan keladak. Dan dapat membersihkan hati-hati kita daripada pelbagai kotoran yang menempek di sana sini. Sehingga kini, saya masih merindui suasana di IMKK.

5 ASPEK UTAMA PENDIDIKAN AWAL ANAK-ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Didiklah anak-anak sejak dari kecil lagi |
Mendidik anak-anak merupakan satu kesenian yang datang dari jiwa yang halus dan kreatif. Ini bererti, sudah tentunya kesenian ini tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar serta dipenuhi dengan perasaan amarah yang yang meluap-luap. Ditambah pula yang berhadapan dengan situasi ini adalah anak kecil yang diibaratkan umpama kain putih..suci dan lembut jiwanya. Dan anak-anak ini akan mengikut apa sahaja yang mereka lihat melalui pemerhatian apa sahaja yang dilakukan oleh orang dewasa, jika tiada bimbingan yang sewajarnya.
Menurut tokoh ilmuan Islam, Imam al-Ghazali yang telah mengupas dan membicarakan isu pendidikan awal kanak-kanak dalam kitab karyanya yang agung iaiu Ihya' Ulumuddin telah mengemukakan 5 elemen asas yang perlu dititikberatkan terutamanya pada peringkat awal perkembangan anak-anak. 5 elemen tersebut adalah:
1) Qudwah (Role Model).
Ibu bapa patut menjadi role model buat anak-anak mereka. Tunjuk dan pamerkan perlakuan, percakapan, tingkah laku, adab dan segalanya yang kita zahirkan dalam kehidupan kita dengan baik. Kerana anak-anak kecil kebiasaannya akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai hero dan contoh ikutan mereka.
2) Mulahazah dan Mutaba'ah (Memerhati dan Mengikut).
Setiap masa anak-anak akan sentiasa memerhati tindak tanduk kedua ibubapa atau orang dewasa yang berada di sekeliling mereka. Daripada pemerhatian itulah, sedikit demi sedikit mereka akan mula mengikut apa yang dilakukan oleh orang dewasa terutama orang dewasa yang rapat dengan mereka seperti ibu bapa, abang kakak, guru dan sebagainya.
3) I'tiyad (Kelaziman / Kebiasaan).
Sekiranya situasi ini tidak dikawal dan diawasi, ia akan menjadi satu kelaziman bagi anak-anak yang akhirnya mereka beranggapan bahawa perbuatan orang dewasa itu adalah baik walaupun sebenarnya tidak.
4) al-Thawab wal Iqab (Reward & Punishment)
Setiap tindakan dan perlakuan anak-anak, sekiranya ia baik harus mendapat reward atau ganjaran. ganjaran boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti kata-kata pujian, hadiah-hadiah tertentu dan sebagainya lagi. hadiah itu tak semestinya sesuatu yang mahal, memadai sesuatu yang dapat menaikkan semangat anak-anak untuk terus berbuat sesuatu yang baik. Dan sekiranya anak-anak melakukan kesalah, boleh dikenakan hukuman ringan atau denda yang seidkit sebanyak dapat engajar anak-anak agar tidak mengulangi kesilapan mereka.
5) Nasihat
Cara terbaik yang wajib dilakukan oleh para ibu bapa ialah sentiasa menasihati anak-anak. Bercakap dengan nada yang bersesuaian dengan usia anak kecil dan mengajar mereka dari sehari ke sehari dalam keadaan tidak formal mahupun sebaliknya. Imam al-Ghazali pernah menukilkan dalam kitabnya 'ayyuha al-aulad', jiwa hendaklah dididik dengan jiwa juga.
Demikianlah 5 elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal perkembangan mereka. 5 elemen asas ini dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab karangannya yang terkenal iaitu Ihya Ulumuddin. Berkenaan teknik didikan anak-anak di peringkat awal ini, Ibn Khaldun mengingatkan para pendidik termasuk ibu bapa dan para guru dalam kitabnya al-Muqaddimah: "Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik ana-anak akan memberi kesan yang buruk kepada anak-anak. Keadaan ini akan menjadikan mereka berfikiran dan mempunyai jiwa yang sempit, hilang kecerdasan, malas, terbawa-bawa kepada kepada kelakuan negatif seperti berbohong, berkelakuan jahat dan sebagainya.
Mudah-mudah artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan panduan buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak kalian. Akhirnya sekali, marilah kita sama-sama menonton video ini, yang mengajar kita tentang tips untuk menguruskan anak-anak kecil sambil kita berniaga online atau melakukan kerja-kerja harian yang lain. Bagaimanakah cara untuk kita membiarkan mereka leka dalam dunia mereka tanpa mengganggu urusan dan kerja kita. Jom sama-sama kita tonton!
Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.
