Foto: Najihah Abdul Mutalib
Assalamualaikum dan salam ceria buat semua. Kali ini saya nak kongsikan resepi biskut samperit yang saya selalu buat untuk anak-anak. Satu keluarga kami memang suka makan biskut semperit ni. Anak-anak pun pasti akan ringan tulang untuk membantu saya buatkan biskut kegemaran mereka ini. Resepi ini saya ambil dari kakak ipar saya di kampung.
Ramai pembantu |
Bahan-bahan:
1 buku butter @ 250gm margerin
1 cawan gula ising
1 sd kecil esen vanilla
1 bj kuning telur
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung gandum (jika adunan lembut, tmbhkan tepung gandum sedikit lg)
2 cwn tepung jagung
Buah ceri / coklat cip untuk hiasan
Cara membuatnya:
1. Putar mentega & gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kuning telur, putar lagi hingga sebati.
3. Ayak semua jenis tepung, satukan dan masukkan dalam adunan, gaul sebati.
4. Terap menggunakan acuan semperit, letakkan ceri @ coklat cip sebagai hiasan.
5. Panaskan 10 minit pada suhu 175 darjah celcius, bakar adunan selama 15 minit @ hingga masak.
Selamat mencuba!
rajin anak anak..syukur Alhamdulillah
ReplyDeletemmg suka diorg ni nak tolong ummi..terutama klu ummi masak makanan kegemaran mereka..
ReplyDelete