Friday 28 April 2017

Tips Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan Supaya Dapat Tunaikan Ibadah Dengan Bersemangat dan Kusyuk

Pejam celik pejam celik dah tinggal sebulan je lagi kita nak memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak untuk tahun ini. Memang tak terasa pun perjalanan masa kan? Biasanya bulan Ramadhan ni dikenali sebagai bulan ibadah. Sepanjang Ramadhan jugalah Allah membuka segala pintu kebaikan dan menawarkan pelbagai ganjaran bagi sesiapa yang berjaya melakukan pelbagai ibadah dengan sebanyak mungkin.



Namun, kebiasaannya kebanyakan orang jadi lembik dan lemau pula pada bulan Ramadhan atau lebih sinonim dengan panggilan bulan puasa ni. Kenapa pulak jadi lemau? Ya lah, kan kita semua kena puasa, bila puasa selalunya orang tergambar akan keletihan kerana kena menahan lapar dan dahaga kan? Sepatutnya umat Islam perlu jadi lebih proaktif sepanjang Ramadhan tapi bagi sesetengah orang, situasi sebaliknya pula yang berlaku. Ok kali ni akak nak kongsikan tips bagaimana nak kekal cergas sepanjang bulan puasa supaya kita dapat jalankan ibadah dengan bersemangat sekali. 

Berikut adalah beberapa tips yang boleh akak kongsikan supaya kita semua dapat berpuasa dengan bertenaga seterusnya dapat melakukan ibadah lainnya dengan bersemangat dan kusyuk.

Tips 1: 

Niatkan kita berpuasa kerana Allah, bukannya niat untuk menunjuk dan sebagainya. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan supaya kita dapat melakukan pelbagai ibadat dengan bersemangat dan kusyuk.

Tips 2: 

Amalkan pengambilan makanan seimbang sewaktu berbuka dan bersahur

  • Mulakan berbuka dengan memakan kurma kerana ia kaya dengan karbohidrat tingkas dan akan terus diserap oleh badan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh yang berpuasa sepanjang hari. Kurma juga mempunyai khasiat vitamin lain, merupakan makanan rendah lemak dan tinggi serat yang amat baik untuk kesihatan.

  • Kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu seperti sumber lemak daripada binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini mempunyai aras kolesterol yang tinggi. 

  • Lebihkan pengambilan makanan berkarbohidrat yang terdapat dalam makanan manis kerana ia menjadi sumber tenaga segera kepada tubuh.
  • Lebihkan pengambilan air terutamanya air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula. Elakkan pengambilan minuman berkarbonat dan berkafein.

  • Kurangkan pengambilan makanan masin ketika bersahur kerana makanan masin akan menyebabkan kita merasa terlalu dahaga di siang hari.
  • Kurangkan mengambil makanan bergoreng atau berlemak kerana makanan jenis ini akan menyebabkan ketidakhadaman yang membawa kepada pedih ulu hati.


Tips 3:

Bersegeralah sewaktu berbuka puasa, jangan bertangguh-tangguh lagi saat tiba waktu berbuka. Dengan berbuka awal waktu, secara tak langsung akan dapat memberi tenaga segera kepada tubuh yang berpuasa sepanjang hari. Malah umat Islam sendiri amat disarankan supaya berbuka awal waktu.

Tips 4:

Berbuka dengan tenang dan jangan gelojoh sewaktu makan. Elakkan berbuka dengan mengambil makanan dan minuman yang terlampau banyak yang boleh menyebabkan perut menjadi 'sengkak' yang akhirnya membuatkan tubuh menjadi semakin letih dan tidak mampu untuk menunaikan ibadah-ibadah lainnya lagi seperti solat tarawikh dan amalan sunat yang lain.

Tips 5:

Bangun dan bersahurlah walau dengan sebiji kurma dan segelas air. Pengambilan makanan waktu sahur amat penting bagi mengelakkan kita mengalami keletihan melampau di siang hari. Jika terlampau letih, sudah tentunya kita tidak mampu lagi untuk menunaikan amal ibadah lain sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Tips 6:

Sentiasa ingat dan percaya akan ganjaran yang bakal Allah berikan buat mereka yang melakukan ibadah puasa dengan sebaiknya dan menambahkan pelbagai amalan lain lagi sepanjang bulan yang mulia ini. InsyaAllah kita pasti akan sentiasa bersemangat melakukan ibadah dalam keadaan kusyuk dan sentiasa bertenaga.

Tips 7:

Mengambil Suplimen Shaklee Sepanjang Bulan Ramadhan. Ramai orang yang mengakui akan keberkesanan mengambil Set Puasa Shaklee atau lebih dikenali sebagai Mighty Three Gems Set ketika berpuasa sama ada sewaktu berbuka mahupun bersahur. Set ini terdiri daripada ESP, Performance Drink dan Meal Shakes. Ia mempunyai nutrisi lengkap yang diperlukan oleh tubuh sepanjang bulan puasa dan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan serta mampu memberi tenaga siang dan malam hari.

Ia juga boleh dijadikan bekalan minuman sepanjang waktu ketika kita menunaikan solat terawikh.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:


 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.