Monday 17 April 2017

Halalkah Vitamin Shaklee?

Masa awal-awal pembabitan akak dalam bisnes Shaklee ni, memang dah biasa dengan pertanyaan "Shaklee Halal Tak?", "Ada sijil halal tak?", "Ye ke Halal, kat botol takde logo halal pun..". Dan macam-macam persoalan lagi lah. Akak tak salahkan customer sebab sebagai orang Islam, perkara pertama yang wajib kita tahu apabila membeli makanan sudah semestinya lah taraf kehalalannya kan?

Ok, untuk pengetahuan semua vitamin Shaklee mendapat pengiktirafan halal atau sijil halal yang dikeluarkan oleh Badan Halal Amerika (ISA). Badan halal ini merupakan salah sebuah institusi halal antarabangsa yabg diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dan lagi membanggakan akak, setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil halalnya tanpa sebarang keraguan lagi. Bagi tahun 2017, sijil halal Shaklee adalah sebagaimana yang tertera di bawah.

Sijil Halal Shaklee 2017

Gambar berikut pula menunjukkan Badan Halal Amerika atau Islamic Services Of America (ISA) ini sememangnya merupakan salah sebuah badan halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. atau korang boleh klik link website HALAL JAKIM untuk maklumat lanjut.



Kenapa Tiada Logo Halal Pada Botol Vitamin Shaklee?

Pernah juga akak ditanya soalan sebegini. Untuk pengetahuan semua, produk farmaseutikal seperti ubat, vitamin dan seumpamanya tidak diwajibkan atau tidak perlu memaparkan logo halal pada kotak atau botol mereka. Memadai dengan memohon pensijilan halal dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM dan boleh ditunjukkan kepada pengguna sebagai bukti. Jadi kepada semua pengguna, jika anda membeli sebarang jenis suplimen, sila minta bukti sijil halal daripada penjual untuk mengesahkan kebenaran dakwaan mereka.

Kepada semua pengguna produk Shaklee, anda tak perlu rasa was was lagi tentang status halal Shaklee ya. Selain daripada sijil halal, Shaklee juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan yang paling special, Shaklee telah menjalankan Landmark Study bagi membuktikan keberkesanan produknya selain puluhan ribu ujian klinakal yang dijalankan setiap tahun terhadap setiap satu bahan yang digunapakai dalam produknya.

Jadi, korang semua tak perlu rasa was-was lagi untuk membeli produk Shaklee ya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:




 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







4 comments:

  1. Tq for sharing. Tak salah pilih shaklee

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah gunakan tanpa was-was gitu kan. Terima kasih untuk info ini.


    http://mamakhalishshoppe.blogspot.my/2016/11/tips-diet-untuk-kurus-dengan-mudah-dan-cepat.html?m=1

    ReplyDelete
  3. hak kita sebagai pengguna..buat pilihan yg bijak

    ReplyDelete

  4. alhamdulilah...boleh guna tanpa was2

    ReplyDelete