Tuesday 4 October 2016

Awas! Bahaya Produk Kesihatan Beracun.


Risaunya akak baca kisah2 mcm ni..sekarang ni memang banyak ubat atau jamu atau pil2 yg blh kita kategorikan sebagai "beracun". Sebab apa akak ckp beracun? Sebab ia boleh membunuh si pengamalnya..



Ha..kalau korang belajar bab maqasid syar'iyyah, korang mesti tahu kan dalam Islam, nyawa adalah salah satu drpd 5 perkara asas yg perlu dipelihara. Maksudnya mcmna tu? Nak pelihara a.k.a jaga nyawa drpd melayang gitu je..Sbb tu dlm Islam, berdosa besar kalau kita membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri!

Ish..korang mesti ingat teruk sangat tu, mcmna akak blh kaitkan makan pil, jamu n ubat yg bersepah di pasaran ni dgn bab bunuh org n bunuh diri lak ni?

Meh sini akak nak explain..kita kan tahu sebarang jenis ubat2an, pil, jamu dan sebagainya mesti dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM..jd sebelum nak membeli tu kena la buat research skit..sama ada produk yg kita nak beli tu dpt kelulusan tak..lagi2 bg kita yg muslim ni, wajib tgk bab halal lak..adakah produk tu dpt pensijilan halal yg sah dan diiktiraf.

Jangan hentam beli je tanpa usul periksa..tgk org bagi testimoni begitu begini terus nak beli..ini namanya kita sendiri yg membahayakan diri dan nyawa kita sendiri..tindakan kita ni blh menyebabkan nyawa kita terancam dan melayang tau..seolah2 mcm nak membunuh diri la kan..betul x? Soal syarikat pengeluar kenapa buat mcm tu lain citer..



Orang kita ni memang mudah sangat terpedaya bila tgk testimoni dpt kesan cepat, sbb dah terdesak nak kurus..nak cantik..tanpa memikirkan kesan jangka panjang yg akan diperolehi..tgk mcm kakak dalam berita ni, nak sangat kurus cepat, hasilnya badan sendiri.dapat penyakit kronik..hati dan jantung rosak teruk lepas amalkan pil kurus yg dijual online tanpa ada kelulusan KKM..dah la duit habis, penyakit pun dapat.

Jadi, akak nak berpesan pada diri akak, keluarga dan kwn2, jgn sewenang2nya membeli produk yg kita tak tahu asal usulnya, bahan2nya..kdg2 ada bahan kimia terlarang dlm tu sbb tu cepat sgt dpt kesan..jgn ingat ini berkait dgn pil2 utk makan je, krim sapu2 pun bahaya tau..dr kulit dah elok, bertukar jd buruk lak..lg bahaya blh jd kanser kulit.





Alhamdulillah, sejak kenal Shaklee akak tak beralih arah ke produk lain dah. Shaklee ni mendpt kelulusan KKM, ada sijil Halal dr badan antarabangsa yg diiktiraf JAKIM dan lagi mengikat akak dgn produk Shaklee ialah ia ada Landmark Study yg tersendiri..satu2 syarikat suplimen yg ada Landmark Study! Maksudnya, keberkesanan produk Shaklee dah diiktiraf oleh badan antarabangsa berdasarkan ujian klinikan dan academic research dan pelbagai pihak mengakuinya.

Sekali lagi pesanan akak, hati2 memilih produk kesihatan yg berlambak di pasaran kerana sebahagian besarnya adalah produk beracun!

Renungkanlah maksud firman Allah ini dalam surah al-Baqarah ayat 195:

"..janganlah kamu menjerumuskan diri kamu ke arah kebinasaan.."


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.