Tuesday 14 April 2015

RESEPI PULUT KUNING PALING SEDAP

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak kongsikan resepi dan cara saya buat pulut kuning yang paling sedap. Resepi berasaskan pulut ni memang antara kegemaran saya sekeluarga. Dan bagi saya sendiri memang dah lama saya biasa buat pulut kuning atau pulut lemak yang dimakan dengan durian, cempedak mahupun mangga.

Dulu saya selalu tengok mak buat dan adun atau orang Kedah sebut 'eron' pulut dengan santan. Lepas tu baru saya tahu kaedahnya dan setiap kali buat mesti menjadi..lembut, lemak dan sekata teksturnya. Maksudnya tak ada yang tak terkena santan..semuanya lembut dan lemak. Sebab kadangkala terkena pulut kuning yang tak sekata adunannya.



BAHAN-BAHANNYA:

5 cawan beras pulut (saya gunakan sukatan cawan rice cooker). Kalau nak lagi lembut guna beras pulut susu.
3-4 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit garam.
2 helai daun pandan.
2-3 cawan santan pekat (saya biasa anggarkan sahaja).

CARA MEMBUATNYA:

1) Rendam beras pulut bersama-sama kunyit selama 4 jam.
2) Selepas 4 jam, toskan beras pulut seketika.
3) Panaskan periuk kukusan, kukus beras pulut tadi selama lebih kurang 30 hingga 45 minit atau sehingga masak. Pastikan selepas 15 minit anda kacau dan alihkan pulut dalam periuk kukusan tadi agar ia masak dengan sekata.
4) Sementara itu, masak santan pekat tadi dengan api perlahan. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
5) Masukkan sedikit garam dan pastikan anda kacau santan sambil memasak agar tidak 'pecah minyak'. Setelah santan agak panas, tutup api.
6) Antara tujuan santan dimasak seketika adalah supaya pulut kuning tahan lama dan tidak mudah basi.
7) Setelah itu, masukkan pulut yang telah masak tadi dalam bekas dan masukkan santan tadi. Pastikan santan meliputi keseluruhan pulut.
8) Biarkan seketika dalam anggaran 5 minit agar santan tadi menyerap ke dalam pulut kuning kita tadi.
9) Setelah itu, adun pulut dan santan tadi hingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Sila pastikan tiada pulut yang berketul. Jika anda rasa kurang santan, boleh tambah santan dan adun lagi hingga sebati.
10) Pastikan proses mengadun dilakukan ketika pulut dan santan masih panas. Jika dah sejuk, kurang menjadi dan pulut anda mungkin keras.
Mudah je kan? Pulut kuning boleh di makan dengan kari ayam / telur atau mengikut kegemaran anda. Juga boleh dimakan dengan ayam masak merah atau serunding.

Sebelum saya mengundur diri, saya nak belanja video testimoni saya sendiri menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. Sudi-sudikanlah menonton dan klik LIKE jika suka video ini ya...



Setakat ini dulu perkongsian resepi saya kali ini. Selamat mencuba!

14 comments:

  1. Mohon untuk salin dan cuba. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Mohon untuk salin dan cuba. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Boleh..silakan MakYang..terima kasih sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  4. Kak..daun pandan tu nak masukkan masa bila..mengidam pula nak makan pulut kuning ni

    ReplyDelete
  5. daun pandan masukkan waktu kukus pulut tu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt najihah..nak tumpang tanya..lps dah campur pulut dgn santan tu..nak kena kukus lg ke?

    ReplyDelete
  7. xperlu kukus dah..adun je pulut n santan tu sampai nampak berminyak..

    ReplyDelete
  8. First time nak buat nih. Kukus pulut guna bekas aper? Terima kasih infonya..

    ReplyDelete
  9. First time nak buat nih. Kukus pulut guna bekas aper? Terima kasih infonya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna periuk kukusan biasa (masak atas dapur gas) dan saya masukkan beras dalam penapis plastik yang tahan panas. boleh juga alas perikut kukusan tu guna daun pandan dan terus masukkan beras dan kukus.

      Delete
    2. saya guna periuk kukusan biasa (masak atas dapur gas) dan saya masukkan beras dalam penapis plastik yang tahan panas. boleh juga alas perikut kukusan tu guna daun pandan dan terus masukkan beras dan kukus.

      Delete
  10. SAYA MEMANG SUKA PULUT KUNING SEJAK ZAMAN KANAK2 LAGI.. BARU TADI ORANG RUMAH BUAT.. SAYA SUKA MAKAN DENGAN KARI DAGING.. WALAUBAGAIMANAPUN TETAP MAK YANG BUAT LAGI SEDAP!! SEMOGA ANAK2 MUDA BELAJAR MEMBUATNYA AGAR MAKANAN TURUN TEMURUN INI TIDAK HILANG BEGITU SAHAJA.. IA PERLU DIWARISI SELAMANYA!!

    ReplyDelete
  11. SAYA MEMANG SUKA PULUT KUNING SEJAK ZAMAN KANAK2 LAGI.. BARU TADI ORANG RUMAH BUAT.. SAYA SUKA MAKAN DENGAN KARI DAGING.. WALAUBAGAIMANAPUN TETAP MAK YANG BUAT LAGI SEDAP!! SEMOGA ANAK2 MUDA BELAJAR MEMBUATNYA AGAR MAKANAN TURUN TEMURUN INI TIDAK HILANG BEGITU SAHAJA.. IA PERLU DIWARISI SELAMANYA!!

    ReplyDelete