Sunday 18 June 2017

Resepi Choc Chips Almond Yang Rangup dan Sedap

Seminggu lagi dah nak raya, mood nak membaking pun dah kunjung tiba. Tapi, kekadang tu bila fikir buat kuih raya tapi tak sempat tunggu raya, tragis sungguh rasanya kan? Especially untuk para ibu yang ada ramai anak, kalau buat awal kuih raya nampaknya memang tak sempat tunggu raya pun dah habis.



Actually Choc Chips Almond Cookies ni baru kuih ke-3 akak buat untuk raya tahun ni. Tapi seperti biasa, biskut pertama iaitu cornflakes mentega kacang madu dan biskut kedua iaitu semperit dah selamat masuk perut anak-anak. Eh bukan anak-anak saja, ummi pun tumpang sekaki makan dengan diaorang..hehe

Ok kali ni akak nak kongsikan resepi biskut Choc Chips Almond yang akak buat kelmarin buat tatapan korang semua. Boleh juga jadi simpanan akak untuk masa depan. Lain kali kalau nak buat tak perlu bersusah lagi nak cari resepi. Buka je blog akak ni kan?

Untuk pengetahuan korang, resepi ni akak ambik dari page cikgu Azlina Ina Fans yang terkenal dan pemurah dengan resepi-resepinya. Banyak resepi yang dikongsikan di page beliau. Korang boleh la usha page cikgu Azlina untuk dapatkan pelbagai resepi ya.



Untuk resepi yang akak buat ni, sukatannya akak buat 1/2 daripada sukatan cikgu Azlina Ina. Boleh dapat sampai 100 biji dan kalau korang buat kecik-kecik lagi mungkin boleh up sampai 120 biji tau. Rasa? Memang sedap sangat, rangup semua ada. Memang terbaiklah resepi ni. Ok, jom akak kongsikan resepinya.

Bahan-Bahannya:

A
250 gm butter @ marjerin
1 cawan gula perang lembut
1/4 cawan gula putih halus
1 sudu kecil esen vanilla

B
1 bj kuning telur gred c pun ok
1/4 cawan minyak masak


1/2 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil susu tepung (jika suka)
3 sudu besar serbuk koko
3 cawan tepung gandum Cap Ros      

Ni la tepung gandum Cap Ros. Gambar dari page cikgu Azlina Ina
                                                                                


1/2 cawan almond slice @ banyak mana yang korang suka. Almond tak perlu sangai.
1 cawan choc chips @ banyak mana yang anda suka.


CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul bahan A menggunakan whisk hingga sebati.

2. Masukkan bahan B. Kacau lagi hingga sebati.

3. Ayak semua tepung dan serbuk koko kecuali susu tepung, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan A+B tadi, dan adun menggunakan tangan hingga sebati semuanya.

4. Akhir sekali masukkan almond dan choc chips dan adun sebati.

5. Simpan adunan dalam peti sejuk 45 minit hingga sejam dalam bekas yang bertutup.

6. Panaskan oven pada suhu 175 darjah selsius selama 10 minit.

7. Bentukkan doh ikut kesukaan anda, nak lagi cantik, golekkan (tekan) atas lebihan choc chips dan almond untuk nampak lebih cantik bahagian luarnya. Susun atas dulang pembakar yang dah disapu marjerin.

8. Bakar pada suhu 175 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak, kepanasan oven ni sebenarnya ikut oven masing-masing.

9. Jangan masak terlalu lama nanti hangus almond.

10. Biarkan sejuk dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.




Tarra dah siap biskut raya kita. Korang mesti cuba buat cookies ni sebab rasanya sangat sedap dan rangup. Selamat mencuba ya semua..



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. Macam best je. Bahan pun senang cari..boleh buat ni.:-D

    ReplyDelete
  2. milky cookies almond crunch😘😘
    ok jom step by step xde sebab sama step mcm biskut yg penah cikgu share cume bahan2 die je beza..
    250g butter wajib gune anchor atau tatura,scs unsalt baru die kuat rasa milky
    1 cawan gule perang kalau suke manis tambah sket lg
    sedikit esen vanila
    1 bijik kuning telur
    whisk kan
    lepas tu masukkn 1/4 cawan minyak masak (4sb lebeh kurg)
    whisk lg
    sementara tu ayak
    2 1/4 cawan tepung gandum+1sk baking powder+1sk soda bikarbonat(240g tepung tu dalam gram lebeh kurg)
    1/2 cawan susu tepung ape2 jenama xpe wajib ade
    3sb serbuk koko
    1sk emolco coklat
    1sb tepung beras
    2sb tepung jagung
    masukkn dalam adunan whisk td sket2 smbil gaul dgn ujung jari..adunan mmg agak lembek ye..masukkn 1 cawan coklat chips jika suke dan 1 cawan setengah almond nips atau almond slice gaul rata..simpan chiller atau peti ais bahagian bawah 30 mnt
    baru cubit2 kan atau sudu kan atas tray sapu minyak..
    bakar suhu 160 masa 30 hngga 35 mnt bergantung suhu oven masing2..baru masak panas2 die mmg lembut sket dah sejuk die rangup.tips nak tau die masak ngam2..try dulu sket dan set masa tgk oven korg boleh pegi bape lama baru die ngam masak
    jgn baru pestime buat ko tibai 1 tray letak 35 mnt jenis oven cepat panas hamik rentung..dah la bahan mahal tu weh..nangis tepi bucu oven smpai melecur pipi

    ReplyDelete