Saturday, 26 April 2014

RESEPI APAM NASI

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Maaf sebab lama dah saya tak menulis di sini disebabkan kepadatan masa seharian. Niat hati memang berkobar-kobar untuk menulis entri tapi masa selalu mencemburui saya. Alhamdulillah dinihari ni sempat saya mencuri masa untuk berkongsi resepi Apam Nasi yang saya 'post'kan di FB saya beberapa hari lepas. Selepas itu, ramai pula kawan-kawan yang minta saya kongsikan resepinya. Sebenarnya resepi ni juga saya ambil di internet tapi sudah agak lama dan tak ingat lagi website mana. Jadi, saya kongsikan resepi ini untuk kawan-kawan semua.

BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan 'brown sugar'
3/4 cawan gula putih
2 1/2 cawan air
1/2 peket yis
Kelapa parut + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:
Kisar (blend) nasi bersama air sehingga hancur. Kemudian masukkan kedua-dua jenis gula dan kisar lagi sehingga halus.
Dalam bekas lain, satukan tepung dan yis dan gaul rata. Masukkan adunan kisar tadi ke dalam bekas tepung. Lacau hingga sebati. Biarkan adunan selama 30-45 minit atau sehingga naik.
Sementara itu, panaskan periukt kukusan. Air kukusan mesti mendidih betul-betul sebelum dimasukkan adunan ke dalam cawan dan kukis selama 15-20 min. Siap sedia untuk dimakan bersama kelapa parut yg dicampur garam tadi.

*adunan memang agak pekat

Selamat mencuba semua!